Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom April 16, 2019 @ 4:00pm

‘Orang dapur’ pun boleh melaram dan tampak menawan dengan Koleksi Raya 2019 TudungPeople!

Tahun lalu, jika koleksi lebaran keluaran Tudung People terinspirasi daripada kisah hidup enam ikon wanita berhijab sebagai motif rekaan, bagaimana pula dengan koleksi yang diketengahkan pada Aidilfitri kali ini?

Masih lagi mengangkat peranan wanita di dalam kehidupan, Koleksi Raya 2019 Tudung People yang bertemakan ‘Realiti Raya’ menyingkap kepentingan ‘orang dapur’ yang bertungkus-lumus menyediakan juadah di pagi Hari Raya.

 

Meski ‘berperang’ di dapur, penampilan di pagi lebaran haruslah menawan dan paling penting sekali selesa ketika melakukan kerja serta tidak perlu mendedahkan aurat yang mungkin dilihat tanpa sengaja oleh tetamu.

Secara umumnya, koleksi ini merangkumi persiapan balik kampung, mengemas rumah untuk tetamu yang bakal berkunjung, menyediakan juadah raya dan bersantai bersama keluarga, sehinggalah ke berpakaian indah di pagi Raya.

Dipersembahkan pada acara pertunjukan fesyen Gaya Koleksi Raya 2019 dibawakan oleh Fashion Valet dan berlangsung di pusat membeli-belah Publika baru-baru ini, Koleksi Raya 2019 Tudung People yang dinamakan sebagai Afya Grace menawarkan 23 warna pastel tanpa corak yang cukup menawan, mudah dililit, boleh di pelbagaikan gayanya dan santai dipakai.

Bagi meraikan wanita muslimah yang berhijab, jenama ini juga memperkenalkan pilihan tudung terkini yang dapat memudahkan cara pemakaian hijab tanpa perlu diseterika atau menggunakan pin.

Semestinya hari raya tidak akan lengkap tanpa sentuhan glamor dan anggun. Kemenangan yang perlu diraikan dan kemeriahan berhari raya adalah konsep yang diketengahkan TudungPeople menerusi rekaan corak bunga eksklusif tahun ini.

Kali ini, TudungPeople memaparkan warna yang lebih berani dan memperkenalkan semula versi bawal dalam setiap rekaan. Koleksi Raya tahun ini, bakal memberikan kejayaan kepada TudungPeople dalam menghasilkan cetakan yang berkualiti dan tentunya digemari ramai.

Foto: TudungPeople

Foto: TudungPeople

Foto: TudungPeople

2019 juga turut memberi kesempatan buat TudungPeople  untuk berkolaborasi bersama beberapa jenama terkenal. Buat pertama kalinya, TudungPeople akan bekerjasama dengan jenama kosmetik terkenal Indonesia, Wardah untuk menghasilkan rekaan edisi khas yang dikenali sebagai Wardah White Secret.

TudungPeople juga turut bekerjasama dengan jenama HijUP sebagai salah satu usaha untuk melebarkan sayap TudungPeople ke Indonesia.

Bagi mengukuhkan lagi penjenamaan TudungPeople,  tahun ini TudungPeople menjalankan kerjasama dengan siri hiburan kanak-kanak  Omar & Hana. Ini adalah kolaborasi sulung untuk memperkenalkan koleksi ibu-anak.

 

Foto: TudungPeople

Sentiasa bergerak aktif, koleksi sukan TudungPeople pula akan berkolaborasi dengan acara sukan maraton terkenal iaitu Standard Chartered KL Marathon 2019.

Ini adalah penghormatan besar buat TudungPeople yang dipilih sebagai jenama muslimah pertama yang berganding bahu dengan acara sukan bertaraf antarabangsa itu.

Selain itu, TudungPeople turutl membuka premis pertama di IPC Damansara bulan ini. Ini adalah langkah pertama TudungPeople untuk meluaskan perniagaan ke pusat beli-belah dan diharap dapat memenuhi permintaan meluas daripada pelanggan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 3 Dec 2019

ISETAN The Japan Store tampil segar dengan wajah baharu

Bukan sahaja jenama Jepun, jenama tempatan pun ada

Oh Lawa Mon, 29 Oct 2018
Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

Ais Kiub Aloe Vera Boleh Kecutkan Jerawat. Ini Cara Membuatnya

Aloe vera ini 100% selamat untuk kulit wajah anda.

Oh Lawa Fri, 6 Jul 2018

Efisien Rekaan Abaya Sejak Larangan Arab Saudi Terhadap Pemandu Wanita Berakhir

Mengenakan pakaian abaya dengan potongan jumpsuit bersulam dan berwarna-warni yang cukup efisien, gaya mereka dilihat menyerlah dalam kalangan para wanita lain yang memakai abaya berona hitam

Oh Lawa Wed, 30 Jan 2019
Featured Thu, 5 Sep 2019
Featured Mon, 22 Jun 2020

Merkuri dikesan dalam 3 produk penjagaan kecantikan buatan tempatan

Pengguna boleh alami kerosakan buah pinggang

Oh Lawa Sat, 18 Aug 2018

‘Baju Bodo’ Favourite Style Allahyarham Puan Sri Saloma, Dijelmakan Kembali!

Baju bodo menggunakan kain jarang akan diubah suai semula mengikut kesesuaian fesyen masa kini.

Oh Lawa Sat, 24 Nov 2018
Featured Tue, 11 Jun 2019
error: Content is protected !!