Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom April 24, 2019 @ 2:00pm

Rindu Lebaran, koleksi kurung ‘mengancam’ sentuhan tukang jahit termahir, Ezuwan Ismail

Rindu Lebaran, tema pilihan koleksi raya Ezuwan Ismail pada tahun ini, kembali mengangkat nostalgia kurung tradisional, kurung pesak gantung, kebaya dan kurung Kedah. 

Menampilkan 28 rekaan yang mana 24 daripadanya untuk perempuan dan selebihnya lelaki, sentuhan moden ‘disenyawakan’ selari dengan citarasa zaman IT menerusi penggunaan fabrik  renda broked, linen dan renda Perancis yang ditambah dengan perincian minimalis sesuai untuk kelesaan beraya di desa dan di kota. 

 

Dihadirkan dalam pelbagai pilihan warna tanah seperti merah jambu, biru firus, kuning gading dan juga warna pekat seperti merah senduduk, hijau zamrud dan hitam kumbang.

 

“Kehangatan nostalgia aneka kurung, sengaja saya kembalikan kerana pemakaiannya yang ‘tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.’ Terlihat manis dan sopan buat si pemakai, menyerlahkan keanggunan wanita Melayu itu sendiri. Pencirian minimalis diberikan agar terlihat mewah dan glamor di pagi lebaran.

 

“Koleksi untuk lelaki terdiri daripada rekaan baju Melayu Johor dengan penggunaan fabrik bercorak kotak-kotak dan garis vertikal daripada fabrik linen serta kapas dengan padanan warna pastel,” kata pereka yang bergelar Tukang Jahit Termahir itu.

 

Dipertontonkan kepada umum pada 14 April  lalu dalam acara peragaan pentas Gaya Koleksi Raya 2019 anjuran Andrewsmodel Malaysia yang berlangsung di The Boulevard, Publika,  Ezuwan bersama kumpulan trio E1 turut memanfaatkan kesempatan itu untuk melancarkan single kedua bersempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi. 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dah decide dah yg mana? #rindulebarancollections #tukangjahittermahirmalaysia #tompok2tahiayam #ezuwanismail

A post shared by Tukang Jahit Termahir MALAYSIA (@ezuwanismail) on

Menamakan single berkenaan dengan judul yang sama iaitu Rindu Lebaran, ia adalah hasil karya nukilan komposer terkenal S Atan, sementara lirik Siso Kopratasa. 

“Saya dapat ilham menamakan koleksi raya kali ini dengan nama Rindu Lebaran selepas merakamkan lagu dengan komposer S Atan,” katanya.

Sekalipun berdepan kecaman dan kontroversi termasuk dipertikaikan mutu vokal  ketika melancarkan single pertama, Semalam Sahaja pada 14 Februari lalu, ia tidak menghalang penyanyi utama anggota kumpulan trio E1 ini meneruskan minat nyanyiannya. 

Malah langkah kumpulan trio berkenaan yang turut dianggotai Zulyasrani dan Ariff Imran bagai dirahmati saat berpeluang menggunakan khidmat komposer otai bernama penuh Hashim Said itu.

“Sejak awal lagi saya memang mendambakan lagu raya ciptaan S Atan. Kalau dulu lagu raya ciptaannya untuk Allahyarham Sudirman, kumpulan Black Dog Bone dan Datuk Jamal Abdillah antara yang bersifat malar segar hingga sekarang. Saya dan anggota E1 yang lain memang bangga kerana dapat menyanyikan lagu raya sentuhan emas daripada beliau.

“Tak sangka impian kami itu kini jadi kenyataan.  Kami ambil masa rakamkan lagu raya itu dalam tempoh kurang dua jam. Saya sendiri berdepan situasi ‘genting’  ketika  rakaman dilakukan kerana dimarahi abang S Atan kerana dia memang diketahui cukup tegas semasa bekerja. Saya tak ambil hati dan anggap semua itu sebagai proses untuk saya belajar dan memperbaiki kelemahan diri,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 17 Jul 2021

“You Buat Kami Hilang Rasa Hormat”..- Isu Ebit Lew, Sharnaaz Ahmad Tegur Sikap Caprice

Semalam, artis Caprice telah tampil menceritakan kepada orang ramai mengenai isu sebenar yang berlaku antara dirinya dan Ustaz Ebit Lew di Gaza. Baca artikel berkaitan: “Tapi Kena Pose Untuk Camera 2 Kali… Orang Gaza Persoal […]

Featured Mon, 3 Nov 2025

Kilafairy Kongsi ‘Dapat Mimpi’ Sebelum Berhijab – “Mula-Mula Saya Tak Percaya, Esok Saya Terus Order Tudung & Call Neelofa”

Kilafairy secara terbuka berkongsi kisah di sebalik penghijrahannya apabila mengakui keputusan untuk bertudung datang selepas mengalami mimpi tentang syurga dan neraka.

Featured Tue, 16 May 2023

“Tak Tengok Jadual Terus Locked!”- Floor 88 Tak Sabar Kongsi Pentas Dengan Wali Band

Tak sabar nak tengok Konsert Wali Band x Floor 88 Sabtu ni!

Featured Wed, 9 Jul 2025

“Reels & Video Islamik Adalah Sumber Kekuatan” – Neelofa

Mungkin boleh follow tips Lofa ni okay!

Featured Fri, 16 Dec 2022
Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Sun, 3 May 2020
error: Content is protected !!