Euforia Bola 2026
Acara By: Fadzlena Jafar April 26, 2019 @ 1:30pm

Mencari makanan kucing halal dan bermutu? Powercat ada jawapannya

Sejak kebelakangan ini, hobi membela kucing semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ada yang membela kucing baka istimewa yang harganya mencecah ribuan ringgit, ada juga yang sekadar membela kucing jalanan.

Tidak kira apa jenis kucing peliharaan itu, kebanyakan pemilik pasti mencari makanan yang bermutu tinggi, tetapi pada harga berpatutan kerana kos menyediakan keperluan haiwan peliharaan ada kalanya boleh mencecah sehingga ratusan ringgit sebulan.

Zoo mini Powercat di kilang Adabi, Rawang menempatkan hampir 30 ekor kucing yang diberi makanan Powercat. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Powercat, jenama makanan kucing keluaran Powerpets food Sdn Bhd (Powerpets Food), anak syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) yang mula dipasarkan pada tahun 2014 bukan saja menampilkan makanan bermutu pada harga berpatutan, tetapi juga halal sesuai untuk kegunaan pemilik kucing yang beragama Islam.

kilang powercat

Produk terbaru Adabi, makanan kucing halal, Powercat diproses dalam keadaan yang dikawal selia di kilang Adabi, di Rawang bagi memastikan kebersihannya. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Presiden Adabi, Adrian Roslan, berkata beradasarkan soal selidik yang dijalankan terhadap keinginan dan kehendak pelanggan mendapati ramai pelanggan khususnya Melayu yang ingin mencari makanan kucing halal.

“Data menunjukkan ramai pemilik kucing dalam kalangan Melayu mencari makanan kucing yang dijamin halal kerana bimbang tersentuh makanan itu apabila hendak memberi makanan kepada haiwan peliharaan mereka.

“Oleh itu, berdasarkan keperluan pengguna itu Adabi mengambil inisiatif untuk mengeluarkan makanan kucing yang halal dan 100 peratus keluaran Bumpiutera,” katanya ketika ditemui pada majlis lawatan media ke kilang Powercat di Rawang, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengurus Operasi Adabi, Hamid Jailani; Pengurus Produk Powercat, Diba Baharuddin dan Pengurus Promosi dan Media Korporat Adabi, Roshidi Zabidi.

Lawatan ke kilang Powercat

powercat

Lawatan media ke kilang Powercat bersempena dengan pengumuman Elizabeth tan (tengah) sebagai duta Powercat. NSTP/MAHZIR MAT ISA

Bersempena dengan lawatan itu, media turut dibawa meninjau zoo kucing di kilang Adabi yang mempunyai hampir 30 ekor kucing membabitkan kucing jalanan dan kucing baka mahal.

Sukar menentukan yang mana kucing jalanan ataupun kucing baka mahal kerana semuanya kelihatan kemas dan comel, sekali gus menunjukkan pengambilan Powercat sebagai makanan harian berjaya membantu tumbesaran kucing terbabit.

Selain itu, cara penyediaan makanan kucing Powercat turut diselia dalam keadaan terkawal bagi menjaga kebersihan dan mutu pemprosesan produk terbabit menggunakan mesin berteknologi tinggi.

Duta Powercat

Duta pwercat

Elizabeth Tan dilantik Duta Produk Powercat. NSTP/MAHZIR MAT ISA

Pada majlis itu, Powercat turut memperkenalkan dutanya, penyanyi terkenal Elizabeth Tan yang mempunyai dua kucing daripada baka Parsi dan British shorthair.

Pemilihan Elizabeth bukan saja kerana beliau mempunyai kucing peliharaan, tetapi juga populariti penyanyi yang terkenal dengan lagu bertajuk Semua Sudah.

Sebagai duta, Elizabeth akan mempromosikan Powercat sebagai makanan kucing unggul pilihan warga Malaysia selama setahun.

Produk Powercat turut dieksport ke Singapura, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

 

5 fakta mengenai makanan kucing Powercat

1. Dijamin halal kerana penggunaan bahan mentah yang halal dan bermutu, selain kaedah pemprosesan yang dikawal serta bermutu

2. Selain makanan kucing kering, Powercat turut mempunyai makanan basah yang dihasilkan 100 peratus oleh Adabi.

3. Antara manfaat kandungannya ialah kaya dengan protein, nutrisi dan Omega 3 serta Omega

4. Tiada pewarna, pengawet mahupun garam tambahan.

5. Powercat mendapat piawaian daripada The Association of American Feed Control (AAFCO) dan ISO9001:2015, malah lebih membanggakan apabila piawaian bertaraf GMP+BB yang menjamin keselamatan makanan haiwan itu diaudit dari Belanda.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 31 May 2019

Silka Cheras rai 35 Penghuni Rumah Kasih Nurul Hasanah

Petugas Silka Cheras beramal dengan cara tersendiri!

Acara Tue, 22 Nov 2022

Festival Petaling Jaya International Folklore 2022 Bakal ‘Gegar’ Bermula 28 November.. Konsert Istimewa WINGS Jadi Tarikan!

Wow menariknya!! Ada konsert WINGS, dikir barat oleh Issey, wayang kulit Pok Chu, bunga api dan banyak acara menarik lain! Jangan lepaskan peluang pergi PJ Folklore 2022 okey! 🤩🤩🤩

Gaya Hidup Wed, 18 Jul 2018

Basahkan Tekak Anda Dengan Dua Minuman Ini. Memang Segar & Puas!

Memang ‘heaven’ lah kalau dapat minum air sejuk!  

Featured Sat, 7 Jan 2023

“Aduh, Mana Nak Cari BF Macam Ni?” – Muat Naik Hasil Suntingan Imran Aqil, Dahlia Razal Buat Netizen Single Rasa Sendu

Pempengaruh Dahlia Rizal berkongsi video hasil suntingan tunangnya, penyampai radio Imran Aqil di akaun TikTok miliknya. @indomie.dComei la dia editkan 🥹🥰 i post ok sayang hehe♬ original sound – Dahlia Rizal Menerusi perkongsian itu, Dahlia […]

Acara Fri, 5 Dec 2025

Affiliate Jadi Pintu Rezeki Baharu Wanita Asnaf Jana Pendapatan

Semakin ramai wanita membuktikan mereka mampu menjana pendapatan sendiri.

Gaya Hidup Mon, 29 Jun 2020
Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

3 Perkara Ini Mampu Buat Suami Bertambah Sayang Pada Anda. No 1 Paling Penting!

Bagi mewujudkan suasana harmoni dalam berumahtangga ini anda harus bijak mencari pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Gaya Hidup Thu, 2 Aug 2018

6 Kesilapan Yang Anda Tidak Tahu Ketika Guna Tisu Pembersih Wajah

Penggunaan tisu pembersih wajah boleh mendatangkan kerosakan serius pada kulit wajah jika ia tidak digunakan dengan teknik yang betul.

Featured Mon, 18 May 2020
error: Content is protected !!