Euforia Bola 2026
Trending By: tex_admin April 29, 2019 @ 11:53am

Remaja berusia 16 tahun ini pinjam RM16,000 daripada rakan-rakan hanya untuk membeli kasut kegemaran!

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Zaman remaja sememangnya tidak lari daripada melakukan kesilapan yang memalukan dan ada kalanya lucu apabila diimbas kembali. Fasa yang janggal ini kadangkala meninggalkan impak yang besar dalam hidup dan memberikan pengajaran yang berguna pada suatu hari nanti.

Begitu pun, bagi remaja berusia 16 tahun dari Seremban ini, tindakannya boleh dianggap sebagai keterlaluan apabila beliau dikatakan meminjam sebanyak RM16,000 daripada rakan-rakannya hanya untuk membeli kasut-kasut kegemarannya.

Menurut laporan dari Kwong Wah, remaja terbabit telah ‘mengumpul’ wang itu daripada 16 orang rakan berbeza daripada serendah RM100 sehingga sebanyak RM2000 tanpa pengetahuan ibu bapanya. Wang berkenaan digunakan untuk membeli pelbagai kasut dan barang mewah lain.

Perbuatannya terbongkar apabila rakannya mengunjungi beliau di rumah untuk meminta wang yang dipinjam dikembalikan. Kebetulan, ibunya turut berada di rumah pada waktu itu, sekali gus menyebabkan tembelangnya pecah.

Memandangkan tiada sebarang perjanjian yang dilakukan membabitkan urusan peminjaman wang terbabit, ibunya terpaksa merayu kepada rakan-rakan anaknya supaya memberikannya masa untuk melunaskan pinjaman itu.

Beliau bukan sahaja menyusahkan dirinya, malah ibunya turut terkena tempias daripada kejadian itu. Setakat ini, hampir kesemua hutang anaknya berjaya dilunaskan kecuali pinjaman yang dilakukan sebanyak RM2,000.

Bagi membuktikan bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyelesaikan bayaran hutang anaknya, ibu remaja itu membuat laporan polis pada 20 April lalu.

Bagaimana pula dengan anda? Apakah tindakan yang ibu anda akan lakukan sekiranya perkara ini terjadi?

Sumber: World of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 15 Nov 2018

Tunai Permintaan Tunang Juga Mangsa Korban Lion Air, Gadis Ini Bersanding Sendirian. Sedihnya!

Rio, merupakan antara 189 mangsa nahas pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang terhempas 13 minit selepas ia berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu.

Hiburan Tue, 25 Mar 2025
Featured Thu, 10 Apr 2025

Isu Pramugari Persoal Fasha Sandha Naik Kelas Ekonomi, Zeera Azizi Anggap Intonasi Punca Salah Faham

Kata Zeera, mungkin berlaku salah faham antara pramugari berkenaan dan Fasha pada ketika itu disebabkan penggunaan intonasi yang digunakan.

Featured Tue, 23 Dec 2025
Featured Sat, 4 Jun 2022

Didakwa Jual Produk ‘Timbang Kilo’ & Overclaimed, Nana Mahazan Minta Netizen Buat Kaji Selidik Sebelum Tuduh

Memang takde insurans betul mulut netizen ni 😤 Kan dah kena ‘sekolah’ dengan tuan empunya produk 😂

Hiburan Thu, 22 May 2025

Fattah Amin Akui Kecewa, Filem ‘Kulit Wayang’ Kurang Sambutan

Fattah Amin akui kecewa filem Kulit Wayang tak dapat sambutan

error: Content is protected !!