Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin October 13, 2020 @ 1:45pm

Cara Mudah Bayar Balik Pinjaman PTPTN Hanya Dengan E-Wallet Sahaja

Seperti yang kita sedia maklum, dengan pergerakan yang agak terbatas, hampir semua urusan dilakukan secara online. Dan, ini tidak terkecuali buat semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingin membayar balik pinjaman mereka dalam masa yang terdekat.

Hanya dengan E-wallet!

Selain pemotongan gaji, kini bayaran balik pinjaman boleh dilakukan hanya dengan menggunakan e-wallet sahaja. Ini termasuklah, Touch n Go dan Boost.

Dapatkan Nombor Akaun Pinjaman PTPTN

Sebelum membuat bayaran, dapatkan nombor pinjaman PTPTN terlebih dahulu untuk urusan pemotongan melalui akaun PTPTN anda ATAU boleh dapatkannya secara online menerusi PTPTN.

Cara bayaran menggunakan E-Wallet

Ikuti panduan di bawah untuk langkah mudah membayar PTPN menggunakan e-wallet.

  1. Buka aplikasi e-wallet (Touch n Go/ Boost) dan Klik Pay Bills

2. Klik PTPTN Ujrah ATAU PTPTN Konvensional

3. Masukkan nombor akaun pinjaman dan jumlah bayaran. Minimum RM10.

4. Klik Pay Now

5. Baki akan ditolak mengikut jumlah pinjaman.

Bagaimanapun, pinjaman PTPTN juga boleh dibayar menggunakan simpanan KWSP atau boleh sahaja membuat permohonan Direct Debit untuk bayaran balik pinjaman PTPTN korang!

Sumber : edubestari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Mar 2026

“Saham ASB Tak Banyak, Tapi Saham Akhirat Dari Threads Alhamdulillah Makin Bertambah” – Betty Rahmad

Betty dengan sinis mengatakan dia bersyukur apabila mendapat saham akhirat yang banyak daripada netizen. 

Selebriti Fri, 3 Nov 2023

“Arwah Suami Sangat Bertuah Kerana Masih Dapat Doa Ibu Setiap Hari” – Farah Ahmad

Doa saya setiap hari adalah untuk kekalkan kerinduan supaya saya sentiasa berdoa untuknya – Farah Ahmad

Trending Mon, 7 May 2018

Snapchat ‘Turun Padang’ Banteras Salah Guna Media Sosial!

Ini bermakna Snapchat bakal menyertai aplikasi lain seperti Instagram dan rangkaian sosial Google+ serta laman sosial pelopor dalam kumpulan itu iaitu YouTube, Microsoft, Twitter dan Facebook dalam ‘kod tata laku’ untuk melihat kandungan yang mencurigakan dalam masa 24 jam dan mengeluarkannya.

Trending Sat, 26 May 2018

Jenazah Nur Alya Selamat Dikebumi

Bapa Allahyarham, Hairi Jamil, 45, dilihat sugul dan menahan sebak ketika melihat jenazah anak sulungnya diturunkan ke dalam liang lahad.

Featured Thu, 9 Jan 2025

Manis Berhijab, Fasha Sandha Mohon Doakan Yang Terbaik – “Saya Belum Cukup Bagus Untuk Cakap Bab Keagamaan”

“Pada saya, banyak lagi kelemahan yang harus saya perbaiki’ – Fasha Sandha

Hiburan Thu, 20 Nov 2025

‘Diserang’ Warga Indonesia Isu Batik, Aisha Retno Tampil Bersuara

Aisha Retno berkata dia amat menyukai batik Indonesia memandangkan ibunya adalah orang asli negara berkenaan

error: Content is protected !!