Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 30, 2026 @ 12:41pm

“Saham ASB Tak Banyak, Tapi Saham Akhirat Dari Threads Alhamdulillah Makin Bertambah” – Betty Rahmad

Nama usahawan dan personaliti media sosial, Betty Rahmad sejak kebelakangan ini hangat menjadi sebutan ramai di media sosial.

Meskipun sering menjadi kritikan ramai, namun begitu Betty dilihat kekal tenang berdepan cemuhan netizen.

Menerusi perkongsian di platform Threads miliknya, Betty dengan sinis mengatakan dia bersyukur apabila mendapat saham akhirat yang banyak daripada netizen.

“Saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) saya tak berapa banyak tapi saham akhirat dari Threads ni, alhamdulillah. Makin hari makin bertambah.

“Rezeki tak disangka-sangka. Terima kasih tau,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, ada segelintir netizen yang kurang senang dengan kenyataan Betty itu, namun sesetengah mereka turut menitipkan kata-kata semangat buatnya agar terus kuat menempuh ujian tersebut.

Artikel Berkaitan: Umie Aida Peluk Erat Betty Rahmad Selepas Dihimpit Kontroversi, Titip Kata Semangat – “Biarlah Ada Yang Membenci…” 

Artikel Berkaitan: “Demi Allah! Saya Tidak Pekik” – Betty Rahmad Perjelas Situasi, Label Kenyataan Individu Berbaur Fitnah 

Artikel Berkaitan: “Sejak Buat ‘Bachelorette Usrah’, Hidup Saya Bawah Pemerhatian… Cakap Apa Pun Salah” – Betty Rahmad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 May 2025

“Saya Akan Bagitahu Satu Dunia, This Is Our Movie!” – Ceddy Ang Bangga Dengan Kehebatan Ejen Ali The Movie 2

Filem Ejen Ali The Movie 2 menerima reaksi luar biasa daripada penonton dan pempengaruh tempatan!

Trending Thu, 4 Jun 2020
Hiburan Fri, 17 Oct 2025

Hazwani Helmi Dedah Sisi Lain ZRA – “Macam Seorang Ayah, Dia Hargai Pandangan Anak Muda”

Hazwani Helmi dedah ZRA meraikan setiap individu tanpa mengira pangkat atau nama.

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Nadia Brian Dilamar Di Kota Paris, Romantiknya!

Jika betul bagai apa dikata, Selamat Pengantin Baru Nadia Brian!

Contest Tue, 14 Jan 2020

xtra好康头 | 送你双威主题乐园门票玩转金鼠年

欢乐数不清!xtra好康头要送你双威主题乐园门票,让你在这个农历新年玩转金鼠年~

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Jamal Abdillah Teringin Lihat Anak Kedua Jadi Mufti

Insya Allah… semoga impian Dato Jamal dimakbulkan Allah SWT.

Selebriti Sun, 4 Jan 2026

Dr Izhar Ariff Kongsi Pandangan Hukum Beli Kain Kafan Mahal, Turut Beri Respons Komen Warganet – “Bagi Orang Kaya Yang Zakatnya Berjuta, Tak Membazir Setakat RM999”

Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff, Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM tampil memberi pandangan hukum menerusi Instagram rasminya.

Featured Thu, 10 Nov 2022

Tak Berlakon Dalam Kampung People 3, Peminat Mahukan Hun Haqeem – “Dia Hidupkan Watak Baby Boo Jekfer”

Oh no my baby boo Jekfer.. Agak agak kenapa Hun Haqeem tak pegang watak Jekfer dalam drama Kampung People musim ketiga ek?

error: Content is protected !!