Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd October 20, 2020 @ 2:06pm

Solat Jumaat dan Nikah Di Negeri Selangor Hanya Dibenarkan Di Zon Hijau

Berikutan peningkatan kes covid-19 di Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hanya membenarkan solat Jumaat dan majlis akad nikah diadakan di masjid dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID). 

Jumlah Jemaah Terhad

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata berdasarkan kepada faktor geografi dan keadaan semasa, hanya daerah Sabak Bernam adalah zon hijau.

“JAIS menetapkan bagi membenarkan Solat Jumaat didirikan di semua masjid dan surau kebenaran Jumaat di daerah kategori zon hijau (Sabak Bernam) dengan bilangan jemaah Solat Jumaat adalah dihadkan kepada 23 orang pegawai dan ahli jawatankuasa bagi masjid dan 16 orang pegawai dan ahli jawatankuasa bagi surau Jumaat.

“Jumlah yang sama juga dibenarkan bagi mendirikan solat fardu lima waktu dengan had kehadiran 23 orang jemaah di masjid dan 16 orang jemaah di surau dalam kalangan pegawai dan ahli jawatankuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, bagi zon kuning dan merah, JAIS memutuskan untuk tidak membenarkan Solat Jumaat dilaksanakan di masjid dan di surau kebenaran Jumaat.

“Semua majlis akad nikah di masjid dan PAID yang dibenarkan sebelum ini, ditangguhkan bagi daerah yang dikategorikan zon kuning dan zon merah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 21 Apr 2018

Zul Ariffin Kongsi Gambar ‘Anu’ Di Instagram?

Pelakon yang tak habis-habis dengan kontroversi ini akhirnya sekali lagi bakal diajukan soalan-soalan panas apabila telah berkongsi gambar kemaluannya di instagram

Trending Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Wed, 30 Jul 2025

Pernah Rasa Tak Layak Jadi Artis, Agy Sedia Berdamai Dengan Luka Lama.. Buka Kisah Peribadi & Trauma Sejak Kecil

Kenapa ada orang tak suka saya, walaupun saya tak kacau sesiapa? – Agy

Trending Wed, 4 Nov 2020
Trending Thu, 24 May 2018

Raja Perlis Murka

Menurut Baginda, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari lalu

Trending Tue, 5 Jan 2021
Featured Thu, 3 Nov 2022

Dihasilkan Sejak 10 Tahun Lalu, Lagu ‘Malu’ Mungkin Jadi Buah Tangan Terakhir Syafiq Naser

Bermula dengan video-video lucu yang sering dimuat naik di Instagram sehingga dikenali sebagai selebriti media sosial, Syafiq Naser kini semakin berjinak-jinak dalam dunia seni suara. Terdahulu, dia pernah mengeluarkan single pertamanya, Lenggang yang meraih perhatian […]

error: Content is protected !!