Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops May 7, 2019 @ 2:00pm

8 tanda pasangan anda sebenarnya sedang menipu anda

Semua orang mungkin pernah menipu dalam hidup mereka. Ada yang menganggap menipu untuk kebaikan atau ‘tipu sunat’ itu dibolehkan.

Bagaimanapun, dalam sesuatu hubungan percintaan itu, ada jenis penipuan yang tidak patut diambil ringan.

Dengan itu, jom ketahui cara untuk mengenal pasti sama ada pasangan anda berlaku jujur atau tidak dengan anda selama ini,

Menurut nasihat pakar hubungan dan penganalisa tingkah laku, di bawah ini adalah tanda-tanda yang menunjukkan pasangan anda sebenarnya menipu.

Tingkah lakunya lain daripada biasa

Tahukah anda mengenai mesin yang boleh mengesan penipuan? Jika seseorang itu sedang diperiksa dan garisan mesin itu tiba-tiba bercelaru, itu bermakna dia sedang merasa tertekan. Antara puncanya mungkin kerana dia menipu.

Bagi pasangan anda pula, periksa jika dia menolak pelawaan untuk membuat apa-apa aktiviti bersama-sama lebih kerap daripada biasa. Perhatikan jika dia cuba mengelak daripada berjumpa dengan anda.

Pada masa yang sama, perhatikan juga jika dia menunjukkan rasa kasih sayangnya lebih banyak daripada biasa.

Apa-apa pun, jika anda perasan yang dia berkelakuan pelik, itu mungkin satu petanda yang memberitahu ada sesuatu yang membelenggunya.

Entri media sosialnya tidak serupa dengan apa yang dia katakan

Jika pasangan anda memaklumkan anda di mana dia akan berada, tetapi menurut Instagram dia pergi ke tempat lain, ini mungkin bermaksud perancangannya telah berubah – ataupun dari awal lagi dia memang tidak jujur.

Foto: anyaberkut/ iStock

Dia berkata dia tidak pernah menipu

“Jika seseorang itu berkata dia tidak pernah menipu, jangan percaya,” kata penganalisa tingkah laku Roger Strecker yang berpengalaman.

Semua orang akan menipu sunat dari masa ke masa, dan kadang kala memang tidak salah. Tetapi anda perlu tahu untuk membezakan antara tipu sunat dengan penipuan yang boleh memberi kesan yang serius.

Dia tidak memandang mata anda

Jika pasangan mengelak daripada memandang mata anda, itu bermakna dia ada sesuatu yang ingin disorok.

“Jika selalunya dia memang merenung mata anda, tetapi tiba-tiba dia berhenti, itu satu petanda yang dia sedang menipu,” kata pakar hubungan Rachel Sussman.

Dia cuba menjauhkan diri

Roger juga berkata bahawa mereka yang menipu akan cuba mewujudkan jarak antara dirinya dengan orang yang sedang bercakap dengannya. Jarak ini bukan sahaja secara fizikal, tetapi juga psikologi.

Dia menuduh anda yang menipu atau curang

Foto: Reader’s Digest Canada

Ini mungkin cara pasangan anda mengalihkan perhatian anda daripada kesilapannya! Sebenarnya dia yang menipu, tetapi anda pula dipersalahkan.

“Apabila pasangan anda berpotensi untuk berlaku curang, menipu atau mencuri, dia akan anggap yang anda pun mungkin membuat perkara yang sama,” kata pakar hubungan Jackie Viramontez.

Seseorang memberitahu pasangan anda sedang menipu

Memang sukar untuk mendengar dari mulut orang lain mengenai pasangan anda yang sebenarnya bukan seperti yang disangka.

Mungkin anda akan cuba menafikan dan  tidak menghiraukan sesiapa yang berkata mengenai kecurangan pasangan anda.

Jika seorang sahaja rakan atau ahli keluarga anda yang berasa ragu-ragu, tutup sahaja telinga. Tetapi jika ada ramai yang berkongsi kerisauan mereka atau menunjukkan bukti, silalah berbincang dengan pasangan anda.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Feb 2023
Gaya Hidup Tue, 23 Jan 2018

Magis Alam di MaxOne Hotel Ubud

Jika merancang bercuti ke Bali dan ingin menginap di daerah Ubud yang kurang hiruk-pikuk kota, apa kata anda memilih Max One Hotel Ubud yang terletak di Jalan Raya Pengosekan Ubud, Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali.

Gaya Hidup Thu, 8 Mar 2018

10 Perkara Anda Kena Tahu Jika Haid Tak Teratur, No. 6 Paling Penting!

Apabila masalah haid tidak teratur mungkin menjadi satu masalah besar buat anda kan? Mesti terfikir yang diri anda tidak subur atau mempunyai penyakit tertentu. Betul tak? Yela, biasanya datang haid pada setiap bulan, tiba-tiba pada bulan yang berikutnya haid tidak muncul-muncul dan berlarutan sehingga bulan yang berikutnya. Mestilah risau!

Gaya Hidup Fri, 19 Jan 2018

Jom Detok Dengan Jus

Cara yang paling mudah untuk menyingkirkan racun atau toksin daripada tubuh badan ialah dengan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Selain itu, anda juga boleh mengambil jus buah-buahan dan sayuran untuk tujuan detok.

Gaya Hidup Tue, 12 Nov 2019

Elemen inovasi, ‘sporty’ dan sejarah warnai koleksi terbaharu Onitsuka Tiger

Koleksi pakaian musim bunga dan musim sejuk tahun 2020

Featured Wed, 29 Apr 2020
Featured Wed, 15 Apr 2020

Pelakon Avengers bantu BeautyUnited sumbang dana perangi COVID-19

Pengasas jenama kecantikan AS bersatu taja PPE

Featured Thu, 8 Mar 2018

Pengeluar Barbie Lancarkan Koleksi Patung Berinspirasikan Ikon Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia

Pengeluar barang mainan Mattel meraikan kaum Hawa dengan melancarkan patung-patung Barbie yang berinspirasikan ikon-ikon wanita dahulu dan kini dari seluruh dunia.

Gaya Hidup Tue, 20 Aug 2019
error: Content is protected !!