Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops January 19, 2018 @ 10:33am

Jom Detok Dengan Jus

Tahukah anda, makanan yang sering dinikmati di restoran atau kafe mungkin mengandungi MSG atau bahan penambah perisa yang boleh memudaratkan tubuh badan.

Penggunaan bahan-bahan tambahan seperti gula, karbohidrat serta lemak juga boleh menghasilkan racun dan radikal bebas yang boleh menambah berat badan serta mempercepatkan proses penuaan.

Jadi cara yang paling mudah untuk menyingkirkan racun atau toksin daripada tubuh badan ialah dengan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Selain itu, anda juga boleh mengambil jus buah-buahan dan sayuran untuk tujuan detok.

Beberapa kajian mendapati epal, bawang merah, tembikai, halia, lobak merah, strawberi dan kiwi mempunyai banyak manfaat kepada tubuh badan. Malah, ia juga membantu mengembalikan bentuk badan idaman!

Jom semak kombinasi buah yang bagus dijadikan jus detok!

1) Jus mangga & strawberi

Antioksidan merupakan salah satu perkara penting untuk proses detoksifikasi. Antioksidan memang banyak terkandung dalam kedua-dua buah ini. Sediakan sebiji buah mangga, tiga atau empat biji strawberi dan segelas blueberry. Campurkan kesemua bahan ini dan kisar menggunakan blender sampai halus untuk menikmati jusnya yang lazat.  

2) Jus epal & ceri

Kedua-dua buah ini kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, B kompleks, C dan E. Kombinasi buah-buahan ini hanya mengandung sekitar 192 kalori. Khasiat dalam jus ini dapat memperkuatkan  tulang dan melambatkan proses penuaan.

3) Jus lobak merah & halia

Sediakan beberapa keping halia, sebiji lobak merah, sebiji ubi bit dan setengah biji buah epal . Kisar semua bahan ini dan tambahkan ketulan air batu jika ingin dinikmati segar. Pengambilan halia dalam minuman mampu meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam tubuh badan.

4) Jus lemon

Jika anda seorang yang sering terkejar-kejar dengan masa atau malas, jus detok paling mudah ialah dengan memerah setengah biji lemon ke dalam air suam dan minum setiap pagi. Boleh tambahkan madu untuk mengurangkan rasa masam. Jika diamalkan, anda akan merasakan perubahan kepada tubuh badan. Jus lemon baik untuk pembuangan toksin.

Selamat mencuba!

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 11 Apr 2018

Sebenarnya Berapa Kerap Patut Anda Cuci Seluar Jeans Anda? Ini Jawapannya

Bila baru perlu kita cuci jeans? Selepas dua kali pakai atau 4 kali?

Featured Tue, 2 Jul 2019
Gaya Hidup Tue, 29 Oct 2019
Featured Tue, 28 May 2019

Prestasi pekerja wanita menurun ketika berada di dalam pejabat yang terlalu sejuk – kajian

Minda mereka terbukti lebih produktif jika suhu pejabat lebih tinggi.

Gaya Hidup Mon, 29 Jan 2018

Senaman Setiap Hari, Selamat Atau Tidak?

Melakukan senaman setiap hari boleh memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan.

Gaya Hidup Fri, 22 Jun 2018
Featured Tue, 12 May 2020
Featured Wed, 17 Jul 2019
Gaya Hidup Thu, 11 Oct 2018

Doktor Ini Kongsikan Cara Betul Untuk Sejuk Beku & Nyah Beku Bahan Mentah

Ais pada bahan mentah yang tidak cair dengan sepenuhnya akan menyebabkan bakteria membiak.

Gaya Hidup Sat, 26 Jan 2019

Krim pelindung matahari boleh membunuh terumbu karang, ketahui bagaimana anda boleh menyelamatkannya

Banyak terumbu karang di sekeliling dunia hampir musnah kerana hal ini

error: Content is protected !!