Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin May 14, 2019 @ 6:00pm

Risau anak anda mempunyai berat badan berlebihan? Ini resipi Jejari Ayam enak untuk kekal sihat

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Kanak-kanak yang comel dan gempal sering mencuri perhatian ramai terutama ketika masih pada peringkat prasekolah.  Anda tidak boleh menahan diri daripada berkata,”Comelnya!” sambil mencubit lembut pipi mereka.

Begitupun, berat badan yang berlebihan sejak kecil kadangkala boleh menjadi masalah apabila mereka menginjak dewasa. Hal ini kerana, berat mereka mungkin akan kekal jika tidak dikawal dengan cara yang betul.

Kajian terbaharu juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai masalah berat badan berlebihan akan mengalami obesiti apabila mencecah usia 35 tahun.

Pengarang Majalah Kesihatan Harvard, Dr Claire Mccarthy, berkata obesiti adalah masalah yang bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang dewasa, malah turut dialami oleh kanak-kanak.

“Masalah ini berlaku dalam kalangan keluarga yang mempunyai kaitan dengan keadaan ekonomi dan tidak mengamalkan pemakanan yang sihat,” katanya.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda haruslah berusaha untuk menyediakan makanan yang sihat dan bertenaga bagi anak-anak.

Perkara utama yang harus anda titik beratkan adalah saiz hidangan dan fokus kepada bahan-bahan semula jadi, selain mengelakkan sama sekali makanan segera seperti burger dan sebagainya.

Jika anak anda inginkan makanan bergoreng, pastikan anda memasaknya sendiri dan jangan beli di kedai. Dengan cara ini, anda boleh mengawal bahan-bahan yang diletakkan dalam masakan anda.

Jika anak anda mempunyai berat badan berlebihan, ini resipi sihat yang boleh anda cuba.

Untuk pengetahuan anda, resipi ini hanya mempunyai 264 kalori sahaja.

Foto: Pinterest

Jejari ayam:

2 cawan bijirin kepingan jagung

2 cawan serbuk roti

1/3 cawan keju jenis parmesan (anda boleh menggunakan mana-mana keju disukai)

Sedikit daun bawang

1/2 sudu serbuk paprika

Garam secukup rasa

2 biji putih telur (asingkan putih dan kuning telur)

900 gram ayam

Sos pencicah:

1/2 cawan dadih

2 sudu besar kepingan cili (Jika mahukan kurang pedas, anda boleh letakkan hanya sesudu besar)

1/2 sudu perahan lemon

1 ulas bawang putih, diparut

Garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Bagi jejari ayam, gabungkan bijirin, serbuk roti, parmesan, paprika dan setengah sudu garam dalam plastik yang boleh ditutup.

2. Hancurkan kesemua bahan terbabit menggunakan belakang kuali atau penggolek roti sehingga menjadi halus dan sebati.

3. Setelah itu, letakkan ke dalam mangkuk yang besar.

4. Dalam bekas yang berasingan, pukul putih telur dengan dua sudu besar air.

5. Seterusnya, celupkan ayam ke dalam putih telur dan pastikan ianya meliputi ke seluruh bahagian jejari ayam terbabit.

6. Setelah itu, bakar jejari ayam selama 15 minit dalam suhu 165 darjah Celcius.

7. Untuk sos pula, campurkan dadih, kepingan cili, sesudu besar air, perahan lemon dan garam secukup rasa. Sejukkan dalam peti ais untuk rasa yang lebih sempurna.

Hidangan anda siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Food Network , Harvard Health, Publishing

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 29 May 2018
Eat Travel Tue, 7 May 2019

Berbuka sambil menderma dengan NY Steak Shack Share The Love Campaign

RM5 akan disalurkan dengan setiap pembelian menu istimewa pada bulan Ramadan ini.

Eat Travel Fri, 19 Jul 2019

5 sebab ibu bapa perlu lakukan aktiviti memasak bersama anak

Mungkin mereka boleh menjadi tukang masak terkemuka suatu hari nanti.

Eat Travel Sun, 16 Dec 2018

Guna Mi Segera Indomie Untuk Hasilkan Sebuah Kek Kahwin. Biar Betul?

Teringat zaman universiti selalu makan mi segera!

Eat Travel Mon, 9 Dec 2019

Mudahnya buat kek tiramisu dengan resipi ini

Pemanis mulut Itali ini popular di Malaysia

Eat Travel Wed, 11 Mar 2020
Eat Travel Thu, 26 Mar 2020

Gedung buku, destinasi ilmu yang menarik untuk diteroka

Bawa ahli keluarga ‘bercuti’ dalam lautan ilmu

Eat Travel Sun, 17 May 2020
Eat Travel Fri, 7 Dec 2018

10 Tip Untuk Melancong Dalam Group Yang Ramai

Tak kiralah dengan keluarga atau rakan, tip-tip ini pasti akan menyenangkan kerja.

error: Content is protected !!