Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops March 11, 2020 @ 6:47pm

Wanita ini hasilkan seni kek Jeli 3D yang sangat cantik, sayangnya nak makan

Jeli atau agar-agar kini bukan sekadar pencuci mulut ringkas kerana ia mengalami inovasi baharu dengan penghasilan seni kek jeli tiga dimensi (3D) yang cantik dan menakjubkan. Keunikan hasil kerja kek jeli 3D menjadikan pencuci mulut itu semakin popular dan mendapat permintaan ramai.

Ibu kepada tiga anak, Zahara Naaz binti Anis Ahmad merupakan antara pengusaha kek jeli 3D yang semakin dikenali ramai menerusi jenamanya, Hidden Blooms. Idea untuk mendalami ilmu seni kek jeli 3D mula tercetus kerana beliau sendiri gemar memakan pencuci mulut berkenaan.

kek jeli 3D sedap cantik  hidden blooms

Kredit gambar: Instagram Hidden Blooms

Kagum dengan kecantikan seni kek jeli 3D yang sangat menarik, wanita berusia 36 tahun itu berkata, beliau nekad untuk mengikuti kelas membuat kek jeli 3D dan memulakan perniagaan kek jeli 3D secara atas talian sekitar Mei 2017.

“Saya memiliki latar belakang pendidikan dalam jurusan Teknologi Maklumat. Setelah dikurniakan cahaya mata pertama, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

“Alhamdulillah, suami dan anak-anak adalah pendorong utama dan mereka juga banyak memberi inspirasi kepada saya,” katanya kepada Hijab & Heels.

Wanita berasal dari Shah Alam itu turut berkongsi, ketika baru berjinak-jinak dalam pembuatan kek jeli 3D, beliau berlatih hampir setiap hari selama sebulan untuk mengasah bakatnya.

kek jeli 3d cantik sedap

Kredit gambar: Instagram Hidden Blooms

Berdasarkan pengalamannya itu, Zahara akui, bidang itu memerlukan kesabaran yang tinggi bagi menghasilkan karya kek jeli 3D yang cantik.

“Kek jeli 3D memerlukan banyak kesabaran dan dedikasi. Semuanya bergantung pada imaginasi dan kreativiti seseorang kerana kek jeli 3D dikarya secara terbalik. Kita tidak boleh membetulkan apa yang telah dikarya di dalam kek jeli 3D dan ia adalah satu perkara unik yang membezakan kek jeli 3D dengan manisan yang lain.

“Setiap langkah harus dilakukan dengan berhati-hati, justeru jika anda baru dalam bidang ini dan ingin mencuba, jangan putus asa. Pada mulanya, mungkin anda akan mengambil masa yang lama untuk menghasilkan satu kek jeli, tapi lama-kelamaan, waktu karya akan bertambah pendek,” katanya yang mengambil masa kira-kira empat jam untuk menyiapkan kek jeli 3D, bergantung pada saiz dan perincian bunganya.

kek jeli 3d cantik sedap

Kredit gambar: Instagram Hidden Blooms

Di sebalik corak dan rekaan 3D yang unik menggunakan jarum dan picagari, Zahara yang pernah menyertai pertandingan seni kek jeli peringkat antarabangsa di Hanoi, Vietnam turut menitikberatkan rasa yang sedap pada kek jelinya.

Antara perisa yang ditawarkan Hidden Blooms ialah longan, laici, pandan gula Melaka, cendol, kelapa, sirap bandung, tembikai susu, mangga dan banyak lagi.

Menurut Zahara, kek jeli 3D perlu disimpan di dalam peti sejuk dan seeloknya dimakan dalam tempoh empat hari.

Jom lihat foto-foto menarik karya kek jeli 3D yang dihasilkan oleh Zahara. Memang cantik!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 3d Jellycakes by Zahara Naaz (@hidden.blooms) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 3d Jellycakes by Zahara Naaz (@hidden.blooms) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 3d Jellycakes by Zahara Naaz (@hidden.blooms) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 3d Jellycakes by Zahara Naaz (@hidden.blooms) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 3d Jellycakes by Zahara Naaz (@hidden.blooms) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 3d Jellycakes by Zahara Naaz (@hidden.blooms) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 3d Jellycakes by Zahara Naaz (@hidden.blooms) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 3d Jellycakes by Zahara Naaz (@hidden.blooms) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 3d Jellycakes by Zahara Naaz (@hidden.blooms) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 3d Jellycakes by Zahara Naaz (@hidden.blooms) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 3d Jellycakes by Zahara Naaz (@hidden.blooms) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 3d Jellycakes by Zahara Naaz (@hidden.blooms) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 3d Jellycakes by Zahara Naaz (@hidden.blooms) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 28 Apr 2025
Featured Sat, 22 Oct 2022

Tak Terganti Dedikasi Farahdhiya Buat Arwah Ayah Tercinta

Selepas 18 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, penyanyi dan pelakon Farahdhiya atau lebih mesra disapa Farah mencipta sendiri lagu Tak Terganti. Didedikasikan untuk seseorang yang istimewa, lagu tersebut disifatkan cukup dekat di hati. “Ramai sebenarnya […]

Featured Fri, 27 Mar 2020

Kerajaan salur RM250 bilion bantu setiap lapisan masyarakat

Pakej rangsangan ekonomi komprehensif tangani COVID-19

Featured Wed, 24 May 2023

Elfira Loy Berharap Dihindari Individu Talam Dua Muka – “Jangan Jadi Fake Depan Saya”

Min setujuu! Takut eh dengan orang talam dua muka ni 😢😢

Featured Sat, 7 Jan 2023

“Datang Balik Berbincang? You Block I…” – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberikan respons terhadap berita pernikahan suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar menerusi rakaman video, semalam. Menerusi hantaran tersebut, Sarah memberitahu dia akan menjelaskan dan akan memperbetulkan beberapa soalan mengelirukan yang […]

Featured Tue, 6 May 2025
error: Content is protected !!