Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom May 16, 2019 @ 3:14pm

Ketahui bahaya disebalik variasi warna darah haid dan implikasinya pada kesihatan

Apabila memperkatakan mengenai darah haid atau menstruasi, perkara yang biasa wanita bincangkan adalah kitaran darah haid yang tidak menentu, misalnya lewat datang haid, ataupun mengalami dua kali menstruasi dalam sebulan termasuklah jumlah darah yang banyak.

Bagaimanapun, jarang sekali kita ambil tahu mengenai jenis warna darah haid. Sebagai wanita adalah penting mengetahui jenis warna darah haid yang dialami pada setiap bulan kerana ia menentukan tahap kesihatan yang dihadapi.

Hakikatnya, warna darah haid mempunyai maksud yang tersendiri. Rupa-rupanya, setiap warna yang berbeza menerangkan apa yang kurang dan apa yang terlebih dalam badan kita.

1. Warna Merah Jambu

Foto: Alodokter

Jika warna darah kelihatan merah jambu, ini bermakna anda mengalami tahap estrogen yang rendah. Kajian menunjukkan bahawa jika anda mempunyai tahap estrogen yang rendah, ini bermakna anda terlebih bersenam. Bila terlebih bersenam, ia akan menjejaskan peredaran haid anda. Jangan ambil mudah kerana tahap estrogen yang rendah boleh menyebabkan anda mengalami osteoporosis jika tidak dirawat dengan segera.

2. Warna Cair

Foto: vitamiiin.com

Darah haid yang tidak likat atau cair, bermaksud bahawa anda kekurangan nutrien. Kajian Mount Sinai School of Medicine di New York mendapati bahawa tekstur darah haid yang cair menunjukkan seseorang itu berkemungkinan menghidapi penyakit anemia. Jika keadaan ini berlarutan, segeralah bertemu dengan doktor untuk rawatan lanjut.

3. Warna Coklat Gelap

Foto: Prevention

Rasanya ramai wanita yang mengalami hal ini dan ia dianggap normal. Darah haid berwarna coklat gelap kerana anda jarang membuang air kecil sekali gus menyebabkan darah haid berlebihan akan lebih lama tersimpan dan tidak melalui proses pembuangan air kecil. Jika anda dapati darah haid berwarna coklat gelap, ketahuilah bahawa ini adalah proses biasa pada awal haid dan hujung kitaran haid.

4. Warna Merah Gelap

Foto: nulis

Warna merah gelap dan tekstur ala-ala jem strawberi adalah antara warna darah haid yang akan dialami oleh wanita. Ini bermaksud bahawa anda mempunyai tahap progesterone yang rendah dan tahap estrogen yang tinggi. Jika ketulan darah agak besar daripada kebiasaan, ini bermakna anda mengalami ketidakseimbangan hormon yang tinggi. Jadi, disarankan untuk anda mengurangkan kadar pengambilan produk tenusu, kacang dan makanan manis untuk melihat perbezaannya. Wanita yang sering menglami pola darah haid sebegini mudah terdedah kepada uterine fibroids.

5. Warna Campuran Merah dan Kelabu

Foto: shutterstock.com

Kalau anda mengalami tanda sebegini, jangan berlengah lagi segeralah mendapatkan rawatan doktor. Untuk pengetahuan anda, haid yang berwarna merah bercampur kelabu, mungkin menunjukkan anda mengalami masalah kesihatan yang dipanggil sexually transmitted infection (STD). Ini bermaksud anda boleh berjangkit dengan kuman tanpa disedari dan begitu juga pasangan anda.

6.Warna Merah Terang

Foto: seelenfluegel

Ini adalah warna yang diidamkan oleh semua wanita! Jika darah haid anda berwarna merah terang dan kelihatan seperti jus buah ceri, ini bermakna anda mempunyai tahap kesihatan dan kitaran haid yang normal.

Setiap wanita mungkin akan mempunyai pengalaman haid yang berbeza, tetapi jika anda mempunyai darah haid sebegini secara konsisten, ini bermakna anda mengalami tahap hormon yang normal.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 10 Apr 2019

Mengembara dengan menaiki pesawat bagi ibu hamil. Selamat atau tidak?

Risiko keguguran berkurangan apabila kandungan mencecah usia 28 hingga 30 minggu.

Sihat Wed, 11 Sep 2019

Cara penjagaan apabila memakai pendakap gigi

Kenalah tahu cara menjaga pendakap gigi apabila memakainya!

Sihat Mon, 13 Aug 2018
Featured Thu, 7 May 2020
Featured Wed, 26 Jun 2019
Sihat Thu, 4 Oct 2018

Betul Ke ‘Gigi Bongsu’ Akan Tumbuh?

Pembentukan gigi bongsu terjadi seawal usia 12 hingga 25 tahun.

Featured Fri, 30 Nov 2018

Sepasang Mata Besar Memang Menawan, Tapi Risikonya Mungkin…Sindrom Axenfeld Rieger

Sindrom Axenfeld Rieger bukan saja menjejaskan penglihatan tetapi menyebabkan kecacatan fizikal.

Sihat Wed, 26 Sep 2018

Sinonim Dengan Panggilan Bunga Kubur, Melur Banyak Khasiatnya

Bunga melur dapat atasi masalah jeragat dan pigmentasi.

Featured Thu, 7 Jun 2018

5 Manfaat Buah Nangka Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Anda

Selain isinya yang manis, buah nangka juga mempunyai khasiat yang berguna untuk anda.

Featured Thu, 18 Jun 2020
error: Content is protected !!