Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin May 16, 2019 @ 6:17pm

Masih tercari-cari baju raya yang sesuai? Ikuti panduan pereka fesyen untuk kekal menawan ketika cuaca panas di desa

Beraya di kampung adalah suatu kemestian apabila tiba bulan Syawal. Pada waktu inilah kebanyakan wanita akan tampil melaram dengan persalinan yang indah dan menarik.

Begitupun, cuaca yang panas kadangkala membantutkan semangat untuk berhari raya.

Dalam hal ini, pemilihan busana memainkan peranan yang penting dalam memastikan hari raya tidak terganggu dek cuaca panas yang membahang di kampung.

Pereka fesyen tempatan, Wan Huzaidi Wan Hussein, berkata pemilihan fabrik yang bersesuaian dengan cuaca panas seperti di Malaysia amat penting bagi memastikan keselesaan si pemakai sepanjang berkunjung ke rumah sanak-saudara.

“Pemilihan bahan adalah aspek yang paling penting dalam pemakaian seseorang terutamanya ketika sambutan hari raya di desa. Walaupun tampak cantik, tetapi tidak selesa digayakan boleh menjejaskan sambutan hari raya anda.

Foto: NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

“Oleh itu, keselesaan adalah kunci utama ketika berhari raya. Jangan tampak cantik bergaya, tetapi anda rasa kurang selesa sepanjang hari,” katanya.

Oleh itu, tidak hairanlah jika beliau menekankan aspek keselesaan dan keunikan rekaan busana itu sendiri. 

Semua persalinan yang dipaparkan adalah daripada koleksi yang direka dan dijahit oleh Wan Huzaidi sendiri yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang fesyen! 

Tidak lokek dalam berkongsi ilmu dalam pemilihan baju yang menarik , beliau sempat memberikan panduan yang berguna untuk anda rujuk ketika membeli-belah baju raya nanti. 

Warna

Warna memainkan peranan yang penting. Rona yang gelap seperti hitam dan biru gelap merupakan warna penyerap haba.

Ini menyebabkan anda akan mudah berpeluh dan tidak selesa ketika beraya nanti.

Begitupun, bagi yang berbadan gempal, warna hitam adalah teman sejati anda jika ingin kelihatan sedikit langsing daripada biasa.

Foto: NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

Kain alas

Baju yang jarang kadangkala memerlukan kain alas atau lining. Meskipun ia penting, tetapi kadangkala ia agak merimaskan terutamanya ketika cuaca yang panas.

Untuk mengelakkan rasa panas yang membahang, gunakan kain alas daripada bahan aritachi.

Bahan ini adalah amat bagus untuk dijadikan sebagai kain alas kerana teksturnya yang lembut, sejuk dan menyerap peluh.

Kain renda

Kebanyakan fesyen baju raya pada tahun ini banyak mengetengahkan konsep lace atau kain renda yang unik.

Begitupun, sukar untuk mencari kain renda yang selesa untuk dipakai, bukan?

Apa kata anda cuba bahan jenis fresh lace kerana harganya agak mahal, tetapi kualitinya sangat bersesuaian untuk dijadikan sebagai kain renda.

Foto: NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

Ukur baju di badan sendiri

Ini adalah yang paling penting!

Cari busana yang bertepatan dengan selera dan bajet anda. Jangan hanya mengikut aliran fesyen terkini semata-mata. Beri ruang kepada tubuh anda untuk bernafas dengan mencari persalinan yang tidak terlalu ketat, tetapi masih mampu mempersonakan mata yang memandang.

Maklumlah, waktu hari raya nanti, pasti anda akan menjamu pelbagai juadah yang enak-enak bukan?

Pastikan anda tidak terlalu memikirkan pandangan orang dan bergaya mengikut keselesaan!

Selamat membeli-belah!

Foto: NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

Jika anda berminat untuk mendapatkan koleksi dari Wan Huzaidi, hubungi beliau di talian 013-9380713. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 28 Aug 2019

4 bahan bahaya dalam kosmetik

Kalau nak kulit sempurna, berhati-hati beli produk kecantikan!

Oh Lawa Wed, 14 Feb 2018

Teringin Nak Pakai High Heels Tapi Takut Sakit Dan Tak Selesa? Cuba 6 Tips Ini

Wanita-wanita yang pakai kasut bertumit tinggi dengan yakin dan jayanya mesti dicemburui ramai.

Oh Lawa Mon, 23 Apr 2018

Wow! Makeup Musang King Kini Di Pasaran. Pencinta Durian Wajib Beli!

Lipstik perasa durian? Macam pelik tapi nampak menarik!

Oh Lawa Wed, 29 May 2019
Featured Mon, 6 May 2019

Inilah perbezaan di antara Krim BB dengan Krim CC. Jangan tersalah pakai!

Pilih produk yang betul dan yang kulit anda perlukan!

Oh Lawa Sun, 15 Apr 2018

Jangan Tersalah Memilih Warna Kanta Lekap, Ia Harus Sepadan Tona Kulit

Pemakaian kanta lekap jenis fancy atau berwarna, sememangnya berupaya merubah penampilan wajah seseorang selain teknik solekan termasuk mewarnakan rambut.

Namun keghairahan mengenakan kanta lekap untuk kelihatan wow! perlu dipertimbangkan dengan mengambil kira kesesuaian tona kulit anda

Oh Lawa Wed, 30 Jan 2019
Featured Fri, 21 Feb 2020

Linda Rafar & Diana Rafar bongkar rahsia kecantikan

Ketahui rahsia adik-beradik itu kekal cantik berseri

error: Content is protected !!