Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops February 14, 2018 @ 4:55pm

Teringin Nak Pakai High Heels Tapi Takut Sakit Dan Tak Selesa? Cuba 6 Tips Ini

Wanita-wanita yang pakai kasut bertumit tinggi dengan yakin dan jayanya mesti dicemburui ramai. Bukan apa, ingat senang ke nak pakai kasut tumit tinggi ini? Lebih-lebih lagi kalau mereka memakai kasut jenis stiletto, kita yang tengok ini pun rasa terseksa! 

Cabaran utama bukan sekadar nak cari keseimbangan apabila berjalan tapi nak berdiri pun susah. High heels ini nampak je stylo, tapi tak semua jenis kasut selesa untuk dipakai.

Bila anda memakainya, berat badan akan beralih ke depan tapak kaki dan kalau pakai lama-lama bukan setakat melecet tapi kaki anda ada juga potensi untuk cramp dan bengkak.

Tapi jangan risau! Ikuti 6 tips ini untuk pastikan anda rasa selesa apabila memakai high heels.

1. Beli kasut yang berkualiti tinggi

www.marieclaire.co.uk

Jenis material kasut yang tak berkualiti atau yang macam plastik selalunya menyekatkan fleksibiliti dan pernafasan kaki anda. Lama-lama nanti gerenti melecet. Material yang disyorkan ialah leather yang berkualiti tinggi. Tapi kena ingat! Kasut yang mahal atau berjenama tak semestinya berkualiti. Jadi sebelum beli itu, pastikan dulu material ataupun design yang mana yang sesuai dengan kaki anda.

2. Pastikan lengkungan tapak kasut anda sesuai

commons.wikimedia.org

Kalau kasut tumit anda mempunyai “arch” yang terlalu tinggi, gerenti anda akan rasa tidak selesa. Ini sebabnya ramai wanita memilih high heel yang bertapak tebal. Walaupun heelnya panjang, arch kasut tersebut tidak terlalu melengkung. Jadi sebelum beli sesuatu kasut bertumit tinggi tu, cuba berjalan sambil memakainya dan pastikan selesa. 

3. Periksa ketebalan tapak kasut anda

disqus.com

Menurut pakar, semakin tebal tapak kasut maka semakin selesa kaki anda nanti. Kaki anda akan terasa lebih tekanan jika tapak kasut anda tidak berkusyen. Extra padding di kasut anda itu penting jika anda ingin memakainya untuk jangka masa panjang.

4. Tampalkan tape pada jari kaki ketiga dan keempat

www.today.com

Bila lagi nak feeling macam ballerina? Teknik ini memang sudah lama diguna pakai oleh penari-penari ballet. Dengan mengikat jari kaki ketiga dan keempat sekali dengan tape, anda akan sekaligus mengurangkan tekanan di tapak depan kaki anda. Ia mungkin akan mengambil masa untuk biasakan, tapi kalau teknik ini berkesan, susah-susah sikit pun tak apa, kan?

5. Pertimbangkan di mana anda akan pergi

www.marieclaire.co.uk

Adakah anda akan berjalan di atas permukaan konkrit atau rumput? Kalau di atas konkrit, kasut bertumit tebal lebih sesuai untuk dipakai bagi jangka masa panjang. Kasut yang bertumit tirus (stilettos) memanglah cantik tapi nanti sukar untuk kita seimbangkan diri kalau permukaan yang kita pijak itu tak sekata. Selain dari stability, heel yang tebal juga akan berikan lebih banyak sokongan kepada kaki.

6. Pakai produk yang melindungi kaki anda dari melecet

dailymail.co.uk

Secara lazimnya, memakai kasut bertumit tinggi ini sebenarnya tidaklah selesa sangat, malah anda akan rasa 100 kali lebih tak seronok jika kaki anda melecet. Untuk mengurangkan kemungkinan ia berlaku, anda boleh cuba pakai krim atau alat khas yang boleh didapati di kedai-kedai keperluan peribadi seperti Watsons ataupun mana-mana kedai kasut. Setakat letakkan plaster je tak cukup! Produk ini berfungsi untuk mengurangkan geseran kulit pada kasut anda dan terus menyekat blisters dari muncul.

Jom cuba!

Sumber: www.thisisinsider.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 31 Dec 2018
Featured Mon, 6 Apr 2020
Featured Fri, 5 Jul 2019

Benarkah kulit wajah perlukan antibiotik? Ini jawapannya!

Jangan ambil antibiotik tanpa preskripsi doktor!

Oh Lawa Fri, 24 Aug 2018

Cuci Beauty Blender Anda Dengan Teknik Mudah Ini, Gerenti Nampak Macam Baru!

Kalau pakai sabun saja, tak semestinya semua kotoran akan hilang.

Oh Lawa Fri, 30 Nov 2018

Ini Cara Merawat Kulit Tangan Kering Yang Paling Efektif

Cuba gosok tangan anda sekarang, rasa kering atau tidak?

Featured Mon, 6 May 2019

Inilah perbezaan di antara Krim BB dengan Krim CC. Jangan tersalah pakai!

Pilih produk yang betul dan yang kulit anda perlukan!

Featured Tue, 8 Jan 2019
Oh Lawa Thu, 25 Oct 2018

Enam Penerbangan Dengan Uniform Super Stylish, Bikin Penumpang Starstruck!

Memang cantik-cantik uniform enam penerbangan ini, pasti rasa semangat untuk bertugas kan!

Oh Lawa Wed, 10 Jul 2019
Featured Fri, 8 May 2020
error: Content is protected !!