Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops May 16, 2019 @ 11:00am

Adakah roti selamat untuk dimakan oleh bayi?

Ringkas sahaja tetapi sedap, roti ialah makanan yang disukai ramai tidak kira usia. Tetapi bolehkah ia dihidangkan kepada bayi kecil? Pada umur berapakah sesuai untuk bayi menikmatinya?

Bukan roti sahaja, apa jua makanan pejal hanya sesuai diperkenalkan kepada bayi setelah umurnya mencecah enam bulan. Pada waktu itu, dia memerlukan nutrien lain sebagai pelengkap bagi susu ibu.

Tetapi roti hanya sesuai diberikan kepada bayi apabila umurnya menginjak ke tujuh bulan. Inilah waktu yang mana sistem pencernaannya mampu menghadam pelbagai jenis makanan,

Menurut laman web The Asian Parent, ibu bapa perlu menyokong tumbesaran bayi mereka dengan menyediakan makanan yang mengandungi nutrien.

Secara umumnya, kandungan nutrien dalam roti berbeza-beza mengikut jenisnya, tetapi menurut pakar, roti gandum adalah pilihan yang paling sihat.

Sekeping roti gandum (wheat bread) mengandungi 70 gram kalori, 1 gram lemak, 4 gram protein dan 11.5 gram karbohidrat.

Foto: Robin Hood Flour

Jenis roti yang sesuai

Sebelum memberikan anak kecil anda roti, pastikan dia tidak mengalami sebarang alahan terhadap makanan itu.

Rujuk dengan doktor terlebih dahulu kerana sesetengah roti mempunyai gluten yang tidak sesuai bagi anak kecil, terutamanya untuk mereka yang mengalami masalah ekzema.

Mengenai jenis roti, pilihan yang sesuai untuk bayi amat terhad berbanding untuk orang dewasa.

Contohnya, roti coklat mengandungi kadar serat yang tinggi, justeru boleh membuatkan anak anda cepat kenyang dan mengurangkan nafsu makannya.

Selain itu, pengambilan serat yang banyak boleh menghalang penyerapan zink dan zat besi dalam badan, jadi untuk selamat, hidangkan roti putih sahaja.

Bagaimanapun, nutrien dalam roti putih sebenarnya tidak mencukupi untuk bayi, oleh itu pakar mengesyorkan supaya ibu bapa tidak memberikannya dalam kadar yang banyak.

Cadangan hidangan ialah sebanyak tiga atau empat kali seminggu dalam jumlah kecil sebagai makanan tambahan dalam menunya.

Foto: Jessica Gavin

Contoh hidangan roti

1. Roti disapu dengan jem buah

Tip: Buang dahulu bahagian tepi roti. Potong roti menjadi kepingan kecil supaya senang untuk anak anda pegang.

2. Roti disapu dengan mentega (seelok-eloknya mentega tanpa garam)

Tip: Buang dulu bahagian tepi roti. Potong roti menjadi kepingan kecil sebelum menyapu mentega. Untuk si kecil yang baru tumbuh gigi, bakar sedikit roti berkenaan.

3. Roti French Toast

Cara penyediaan: pecahkan telur dalam sebuah mangkuk, tambah gula dan pukul hingga sebati. Rendamkan kepingan roti kecil di dalam adunan telur dan goreng dengan rata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Mar 2022
Featured Wed, 18 Sep 2024
Featured Wed, 2 Jun 2021

Pilih Nama Klasik, Ain Edruce Dedah Wajah & Nama Anak Perempuan

Tahniah diucapkan buat pengacara dan pelawak Ain Edruce yang kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan pada 19 Mei lalu. Semalam, menerusi laman Youtubenya, Ain buat pertama kalinya mendedahkan wajah serta nama anak sulungnya […]

Featured Tue, 16 Jun 2026

Asyraf Khalid Dedah Realiti Sebenar Dunia Podcast – “Paling Bahaya! Bukan Sebab Content Dia Bagus, Sebab Dia Yang Jadi Content”

Asyraf Khalid berkata, dunia podcast semakin cenderung mengangkat kandungan viral dan kontroversi berbanding perbincangan yang bermanfaat.

Featured Sat, 16 May 2020
Featured Wed, 9 Aug 2023
error: Content is protected !!