Euforia Bola 2026
Acara By: Fadzlena Jafar May 24, 2019 @ 6:37pm

400 vendor dan 60 selebriti di Star Vendors Mega Raya Fest 2019

Ramai yang gemar membeli keperluan Aidilfitri pada saat akhir, Bukan saja anda akan mendapat fesyen baju kurung terkini, tetapi juga mungkin berpeluang menikmati potongan harga yang menarik.

Star Vendor Mega Raya Fest 2019 (Star Vendor) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 24 hingga 26 Mei 2019 ini menjanjikan kepuasan membeli-belah sambil menikmati suasana meriah menjelang Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendor, Ifa Raziah Mustafa, berkata pihaknya menyasarkan 3 juta pengunjung sepanjang festival yang membabitkan lebih 400 usahawan itu berlangsung.

KUALA LUMPUR 24 MEI 2019. Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin melawat tapak jualan Razmil di Star Vendors di PWTC. Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors, Ifa Raziah (kiri). NSTP/ROHANIS SHUKRI.

“Festival ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang istimewa kerana bukan saja menampilkan lebih 60 gerai selebriti yang kini menjadi usahawan, malah ada kira-kira 400 pembekal barangan terbabit sepanjang tiga hari festival ini berlangsung.

“Selain itu, menerusi festival ini kami berharap dapat membuka laluan kepada pengusaha Bumiputera muda untuk menambah pendapatan,” katanya

Majlis perasmian Star Vendor disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman. Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Star Vendor, Azlin Hilda Abdul Latif.

Star Vendor berada di Dewan 3 dan 4 PWTC dengan merangkumi jualan baju raya lelaki dan perempuan, tudung, makanan dan beberapa produk lain yang pasti membuatkan anda rambang mata.

KUALA LUMPUR 24 MEI 2019. Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin (kiri) melawat tapak jualan Ziana Zain di Star Vendors di PWTC. Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors, Ifa Raziah (tengah). NSTP/ROHANIS SHUKRI.

Antara selebriti yang turut membuka gerai jualan ialah Ifa Raziah, Datuk Aznil Nawawi, Erra Fazira, Ziana Zain, Fattah Amin, Datuk Rosyam Nor dan Anuar Zain, malah penceramah motivasi terkenal, Prof Datuk Dr Che Muhaya Mohamad turut memeriahkan festival itu menerusi produk telekungnya.

Pengunjung bakal berpeluang menikmati potongan harga sebanyak 10 peratus bagi setiap pembelian menggunakan Maybank QRPay.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Jul 2025

Lakukan Amang Seksual, Ustaz Selebriti Didedah Nurul Izzah Sudah Didakwa

Pihak polis telah menerima lapan laporan membabitkan individu terbabit.

Featured Sat, 14 Mar 2026

Individu Dakwa Sejadah Keluaran Syarikat Neelofa Mengandungi Corak Persis Kepala Kambing?

Seorang individu menyorot perhatian ramai apabila meluahkan rasa sangsi terhadap corak yang terdapat pada sejadah keluaran syarikat milik selebriti terkenal, Neelofa baru-baru ini.

Featured Sun, 21 Nov 2021

“Bila Mengamuk, Tahu Pun Mahu Diam” – Wanita Bengang Perniagaan Sering Diganggu Hantu

Sebuah klip video memaparkan seorang wanita bertindak berani memarahi makhlus halus kerana sering mengganggu perniagaannya viral di aplikasi TikTok. Menerusi video tular yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @beaufit04, berkongsi mengenai seorang wanita yang […]

Featured Tue, 22 Nov 2022

Tak Sabar Menunggu, DSV Buntu Siapa Perdana Menteri Baharu – “Lama-Lama Dah Keras Macam…”

Usahawan kontroversi Datuk Seri Vida tular di media sosial kerana berang akan Pilihan Raya Umum 15 yang baru sahaja tamat pada 19 November 2022 yang lalu. Vida sudah tidak dapat menahan sabar menunggu siapa bakal […]

Featured Tue, 28 Apr 2020
Featured Fri, 21 Oct 2022
error: Content is protected !!