Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom May 24, 2019 @ 10:00am

Tak sedar datang haid ketika hampir waktu berbuka, batal atau tidak puasa?

Seorang teman merungut, kurang lebih dua jam sebelum berbuka puasa dia didatangi haid.

“Menyesal aku pergi ke tandas. Sebab pergi tandaslah ternampak tanda merah, kalau tak tahu mesti puasa aku tak batal dan dapat penuh hari ini,” kata teman itu.

Lalu penulis menyelit dan memaklumkan kepadanya: “Setahu saya kalau datang haid waima dah dekat waktu berbuka pun memang batal. Tak pernah dengar pula kalau tak sedar datang haid, tak batal puasa.

“Kalau tak tahu, tak batal puasa babe,” bidasnya.

Kesimpulan daripada perbualan di atas menunjukkan, sama ada penulis mahupun teman tadi kurang pasti status sah atau batal puasa seseorang itu apabila dia didatangi haid ketika hampir waktu berbuka puasa.

Untuk jawapan yang lebih rapi dan bertepatan dengan hukum syarak supaya kita tidak membuat andaian sendiri, ikuti penjelasan dibawah ini yang diambil melalui beberapa petikan hadis ini.

Pertanyaan 1:

Al-Lajnah Ad-Daimah lil Ifta’ ditanya: “Seorang wanita sedang berpuasa, namun beberapa saat sebelum azan Maghrib, dia didatangi haid. Apakah dia harus membatalkan puasanya?”

Jawapan:

Jika haid datang beberapa saat sebelum Maghrib, maka puasanya batal dan dia diwajibkan menggantikan puasa pada hari itu di hari yang lain. Jika haid itu datang selepas terbenamnya matahari, maka puasanya sah dan tidak wajib baginya menggantikan puasa tersebut.

 

Pertanyaan 2:

Syaikh Ibnu Utsaimin ditanya: “Seorang wanita merasakan darah, namun darah tersebut belum keluar sebelum terbenamnya matahari, atau merasa sakit seperti kebiasaannya ketika dia alami semasa haid. Apakah puasanya itu sah atau dia perlu menggantikan puasa untuk hari itu?”

Jawapan:

Jika seorang wanita suci merasakan akan datang masa haidnya ketika dia berpuasa, namun darah tidak keluar kecuali setelah terbenamnya matahari; atau sudah merasakan sakit (senggugut), namun darah haid belum juga keluar kecuali setelah terbenamnya matahari, maka puasanya pada hari itu adalah sah dan tiada ketepatan menggantikan puasa untuk hari itu. Sama ada dia sedang melaksanakan puasa wajib atau puasa sunat, keadaan itu tetap tidak membatalkan puasanya.

Bagaimana wanita semua! Adakah persoalan atau kekeliruan anda selama ini mengenai topik yang diutarakan sudah terjawab? Penulis berharap coretan ini sedikit-sebanyak dapat memberi pencerahan dan manfaat kepada anda.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 12 May 2018

Kerana Obses, Wanita Ini Hiasi Rupa Dan Rumahnya Serba Pink, Sakit Mata Tengok!

Pakaian, perabot, kereta serta rumah, semuanya bewarna pink! Anjingnya pun diwarnakan!

#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Syifa Jadi Pelaris, Aksi Adik Beradik Melvin Undang Tawa Netizen – “Depa Tak Nak Beli Kalau…”

Adik kepada Syifa Melvin, Syida Melvin tular di media sosial kerana mempromosikan barangan kosmetik semasa sesi live di TikTok. @syida.melvin Kita dok kalot sembang pasai Glowrizer yg depa dok kalot nak tengok SIFA SIFA SIFA […]

Gaya Hidup Mon, 2 Jul 2018
Gaya Hidup Mon, 29 Jul 2019

Panjang umur seperti Tun M dan Tun Siti Hasmah, amalkan 22 tip ini!

Singkirkan aura negatif baru boleh hidup lama

Featured Wed, 29 Apr 2020
Featured Sat, 9 May 2020
Featured Wed, 30 Oct 2019
Gaya Hidup Mon, 1 Apr 2024
error: Content is protected !!