Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom May 29, 2019 @ 12:14pm

Dr Irma, wanita serba boleh berjiwa seni

Doktor berjiwa seni, begitulah susuk wanita dikenali sebagai Dr Irma Shida Abu Samah, 38, ini.

Mempunyai kerjaya yang cukup dihormati sebagai doktor dengan mengusahakan klinik pergigian Irma Ariandi berlokasi di Plaza Larkin, Johor Bahru selain memiliki produknya sendiri (Dr Irma Skincare & Cosmetics), namun menubuhkan syarikat Dr Irma Entertainment adalah dedikasi kecintaannya terhadap bidang seni.

Tidak cukup dengan itu, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian ini turut mengendalikan satu lagi perniagaan iaitu portal gaya hidup, www.drirma.com.my yang menyasarkan wanita moden sebagai pembaca utama.

“Bidang kedoktoran dan seni khususnya muzik, adalah dua cabang yang berbeza, namun memberikan saya kepuasan yang tersendiri.

“Bidang kedoktoran memerlukan saya sentiasa ‘composed’ dan berpegang pada teori. Sementara seni pula, membolehkan saya menjadi seorang yang bebas dan tidak terikat.

“Muzik khususnya membenarkan saya untuk mengekpresikan diri dan emosi dalam lagu. Saya melihat muzik sebagai satu terapi jiwa buat saya,” katanya yang berkebolehan bermain piano dan mencipta lagu.

Melangkah serius dalam lapangan seni, Dr Irma tekad meneruskan impiannya dan berharap Dr Irma Entertainment boleh berdiri sebaris dengan syarikat pengurusan artis yang berjaya.

“Saya memang zero knowledge dalam bidang seni dan sudah tentunya pada awal pembabitan, saya ada juga ditipu bila saya dijanjikan benda yang tiada sedangkan sudah pun keluarkan modal dan ia telah menyebabkan saya kerugian puluhan ribu ringgit.

“Tapi ia tidak menjadikan saya putus asa dalam membangunkan syarikat dan Alhamdulillah, sekarang semua sudah berjalan lancar dan setakat ini kami sudah ada tiga artis residen dan ia akan dikembangkan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Foto: drirma

Bercakap mengenai portal gaya hidup, www.drirma.com.my pula, ia mempunyai variasi tujuh segmen dan tidak ketinggalan Beli Online yang memberi peluang kepada pembaca mendapatkan pelbagai produk keluaran Dr Irma Skincare & Cosmetics.

“Portal ini adalah callcard di mana umum boleh melihat dan menilai sendiri apa yang diketengahkan oleh jenama DR IRMA dengan harapan ia mampu menjadi sumber rujukan dan landasan bacaan digital popular pada masa akan datang.

“Saya punya visi untuk memberi ruang kepada bakat baharu dalam dunia seni tempatan untuk ke hadapan. Selain itu, saya juga berharap portal ini mampu membantu usahawan tempatan untuk mengetengahkan jenama mereka.

“Selain itu sebagai seorang doktor, saya juga ingin berkongsi ilmu dengan masyarakat berhubung kepentingan menjaga kesihatan. Oleh itu saya amat mengalu-alukan rakan-rakan profesional untuk berkongsi ilmu kesihatan dengan umum,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Dr Irma Entertainment yang berlangsung di D’Kayangan Steamboat & Grill, Shah Alam, baru-baru ini.

Acara meriah itu turut diserikan dengan kehadiran 20 kanak-kanak kurang bernasib baik daripada Pusat Jagaan Lambaian Kasih, Kampung Sungai Penchala, Petaling Jaya.  Dr Irma turut menyampaikan  sumbangan duit raya buat mereka.

Menghangatkan lagi suasana, persembahan nyanyian daripada Ray Asri, Jiha Akhir dan bekas finalis Mentor, AJ Azril yang juga merupakan artis naungan Dr Irma Entertainment.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@jiha.akhir mendendangkan lagu Selamat Hari Raya . . Gambar Sekitar Majlis Berbuka puasa dengan Anak- anak Pusat Jagaan Lambaian kasih dan perasmian portal www.drirma.com.my @drirma.com.my . Terima kasih kepada semua yang hadir, rakan media, rakan radio, selebriti, teman rapat dan sahabat & keluarga. Terharu atas sokongan tanpa jemu dan sentiasa meminjamkan semangat untuk DR. IRMA terus menapak. . Penaja bersama @dkayangansteamboat Team MUA @idasani_85 Tajaan pakaian @sofearose_hq @azirun_ramly . Terima kasih kepada yang menjayakan majlis Editorial, Marketing dan production team portal, Host @shah_shamshiri Event publicist @anneaeria Bacaan doa & azan @daisyed_ Nyayian @aj_azril @ray_asri @jiha.akhir Persembahan nasyid : @pusatlambaiankasih . A&R label @drirma.entertainment @riyasuara @rizalsahimy PR label @achik9667 . Team marketing online @drirma.skincare @alimi_othman dan stokis jemputan . #drirma #drirmaentertainment #ramadhan #iftar #portal

A post shared by Dr Irma Entertainment (@drirma.entertainment) on

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@ray_asri menyanyikan lagu Ria Hari Raya . Gambar Sekitar Majlis Berbuka puasa dengan Anak- anak Pusat Jagaan Lambaian kasih dan perasmian portal www.drirma.com.my @drirma.com.my . Terima kasih kepada semua yang hadir, rakan media, rakan radio, selebriti, teman rapat dan sahabat & keluarga. Terharu atas sokongan tanpa jemu dan sentiasa meminjamkan semangat untuk DR. IRMA terus menapak. . Penaja bersama @dkayangansteamboat Team MUA @idasani_85 Tajaan pakaian @sofearose_hq @azirun_ramly . Terima kasih kepada yang menjayakan majlis Editorial, Marketing dan production team portal, Host @shah_shamshiri Event publicist @anneaeria Bacaan doa & azan @daisyed_ Nyayian @aj_azril @ray_asri @jiha.akhir Persembahan nasyid : @pusatlambaiankasih . A&R label @drirma.entertainment @riyasuara @rizalsahimy PR label @achik9667 . Team marketing online @drirma.skincare @alimi_othman dan stokis jemputan . #drirma #drirmaentertainment #ramadhan #iftar #portal

A post shared by Dr Irma Entertainment (@drirma.entertainment) on

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 12 Sep 2019
Events Thu, 15 Dec 2022

Pilih Sesuatu Ikut Keupayaan & Minat, Syamira Nazir Ingin Fokus Dalam Kerjaya

Pengacara Syamira Nazir yang mula mencari tapak dalam dunia seni menceburi sesuatu bidang mengikut keupayaan dan minat. Biarpun tidak muncul sebagai seorang pelakon di kaca televisyen, Syamira yang merupakan finalis Dewi Remaja 2019 memberitahu dia […]

Featured Wed, 3 Jun 2020
Gaya Hidup Fri, 15 Mar 2019

Pengebumian suku Toraja di Indonesia ambil masa lama, sanggup tidur dengan mayat

Semakin kaya si mati, maka lebih lama proses pengebumian berlangsung.

Gaya Hidup Fri, 17 Jan 2020

Kenapa ‘lemau’ setiap kali menjelang Isnin?

Jadikan Isnin sebagai permulaan hari yang membahagiakan!

Featured Thu, 23 Apr 2020

“Yang duduk di bandar nak balik ke kampung tak boleh…tidak boleh,” – Ismail Sabri

Tolonglah jangan galak sangat nak balik kampung masa Ramadan ni

Acara Mon, 2 Dec 2019

DBP lancar tujuh buku panduan kesihatan dalam bahasa Melayu

Kandungan bermanfaat untuk ibu bapa dan wanita

Gaya Hidup Sun, 18 Nov 2018

Jom Buat Mainan Kraftangan Ikan Unik Ini Untuk Anak Anda, Tak Susah Pun!

Gunakan peluang ini untuk eratkan hubungan dengan anak.

Gaya Hidup Mon, 18 Jun 2018

Kekal Harum Sepanjang Hari, Follow 6 Tip Ini Yang Membuatkan Pewangi Anda Tahan Lama

Magisnya tentang wangian ia dapat meningkatkan keyakinan diri dan membuatkan mereka berasa istimewa.

Gaya Hidup Tue, 12 Nov 2019

Elemen inovasi, ‘sporty’ dan sejarah warnai koleksi terbaharu Onitsuka Tiger

Koleksi pakaian musim bunga dan musim sejuk tahun 2020

error: Content is protected !!