Euforia Bola 2026
Acara By: Fadzlena Jafar December 2, 2019 @ 8:57pm

DBP lancar tujuh buku panduan kesihatan dalam bahasa Melayu

Penerbitan lebih banyak buku perubatan dalam bahasa Melayu diharap dapat menyebarluaskan pelbagai maklumat bermanfaat dan panduan mengenai penjagaan kesihatan kepada masyarakat di negara ini.

Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom, berkata penerbitan buku seumpama itu adalah sebahagian daripada matlamat penubuhan DBP menerusi lima jabatan utamanya dalam usaha mengembangkan penggunaan bahasa Melayu.

“Menerusi Jabatan Penerbitan, DBP menguruskan penerbitan dan penyediaan bahan promosi untuk majalah, jurnal, buku sekolah, buku umum, buku bahasa, buku sastera dan buku kanak-kanak serta remaja.

“Pada era ini, penerbitan buku tidak lagi terhad kepada buku bercetak, tetapi juga dalam bentuk elektronik atau multimedia interaktif,” katanya ketika berucap pada majlis lawatan ahli Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-isteri Harapan Malaysia (KASIH) di Anjung DBP, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Lawatan mesra  ahli KASIH itu diketuai isteri Perdana Menteri yang juga Pengerusi KASIH, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Yang turut hadir ialah Timbalan Pengerusi KASIH, Datin Seri Shamsidar Taharin; Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Padilah Ali.

Lancar buku perubatan

Dr Siti Hasmah melihat buku panduan kesihatan terbitan DBP sambil diperhatikan Prof Mohamed Hatta (kanan) ketika Lawatan Mesra ke DBP di Anjung DBP, Menara DBP, Kuala Lumpur. Gambar NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Pada majlis itu, Dr Siti Hasmah turut melancarkan tujuh buku oleh penulis tempatan yang menyediakan pelbagai maklumat terkini dalam bidang kesihatan seperti penyusuan susu ibu, sakit puan, autisme dalam kalangan kanak-kanak dan kanser payudara.

Sementara itu, Pensyarah Kesihatan Pekerjaan di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Noor Hassim Ismail, berkata penulisan ilmiah yang dihasilkan berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan bukan sahaja dapat dijadikan panduan kepada industri, tetapi juga bermanfaat untuk masyarakat.

“Sebagai ahli dalam bidang perubatan, doktor juga berperanan untuk menyampaikan pelbagai maklumat untuk kegunaan masyarakat menerusi medium seperti buku dalam bentuk penulisan yang mudah untuk difahami.

“Saya sentiasa menggalakkan pelajar saya untuk menulis kerana menerusi penulisan, kita dapat meluaskan lagi maklumat berkenaan kepada masyarakat khususnya golongan sasar,” katanya yang juga penulis bersama bagi buku Si Kecil di Pusat Asuhan: Panduan untuk Ibu Bapa dan Pengendali.

Prof Noor Hashim (tengah) bersama-sama dua lagi penulis buku Si Kecil di Pusat Asuhan: Panduan untuk Ibu Bapa dan Pengendali, Dr Khairul Rafizah (kanan) dan Dr Dalila menunjukkan buku yang dihasilkan sebagai panduan kepada pengendali taska. Gambar NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Pertandingan fotografi

Selain pelancaran tujuh buku itu, majlis berkenaan juga meraikan enam pemenang Pertandingan Fotografi Perpaduan 2019: Bahasa Jiwa Bangsa yang dilaksanakan oleh Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum.

Pertandingan yang bermula dari 17 September hingga 30 Oktober 2019 itu menyaksikan Noralizah Mohd Nor dengan gambar bertajuk Jawi: Warisan Budaya Sepanjang Zaman dinobatkan sebagai pemenang dengan membawa balik wang tunai RM2,500.

Pemenang kedua dengan gambar bertajuk Kita Berbeza untuk Melengkapi Antara Satu Sama Lain dimiliki Ahmad Fairus Sahar yang menerima wang tunai RM2,000, manakala tempat ketiga dimenangi Mohd Nazri Sulaiman yang membawa balik wang tunai RM1,500.

Berikut adalah tujuh buku panduan kesihatan yang dilancarkan DBP bersempena dengan lawatan mesra ahli KASIH:

1. Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak Autisme (Panduan untuk Golongan Profesional dan Ibu Bapa)

    Penulis: Normah Che Din & Noh Amit

2. 100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu 

    Penulis: Zaharah Sulaiman & Tengku Alina Tengku Ismail

3. Madu dan Wanita Menopaus: Kenyataan dan Harapan

    Penulis: Nik Hazlina Nik Hussain

4. Si Kecil di Pusat Asuhan: Panduan untuk Ibu Bapa dan Pengendali

    Penulis: Noor Hassim Ismail, Halim Ismail, Khairul Rafizah Hairodin & Dalila Roslan

5. 100 Persoalan Mengenai Sakit Puan Jilid 3

    Penulis: Nik Hazlina Nik Hussain

6. 100 Persoalan Mengenai Kanser Payudara

     Penulis: Wan Zainira Wan Zain, Arman Zaharil Mat Saad & Mazian Ismail

7. Panduan Syarak Tentang Kelahiran

   Penulis: Zurita Mohd Yussof, Siti Fatimah Salleh & Nadhirah Nordin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 15 May 2018

Nak Cantik Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki, Ladies Kena Amalkan Penggunaan Minyak Pati

Daripada insomnia sehinggalah masalah jerawat, segala kebimbangan anda tentang penjagaan kecantikan boleh diselesaikan dengan bantuan minyak pati.

Featured Mon, 18 Jun 2018

Stres Dengan Masalah Rambut Berminyak & Berbau? Cuba 3 Petua Berkesan Ini

Jangan biarkan rambut anda berminyak, atasi dengan 3 cara ini.

Acara Thu, 7 Mar 2019

Piala Seri Endon 2019 tawar hadiah wang tunai berjumlah RM150,000!

Piala Seri Endon angkat martabat industri fesyen batik negara

Gaya Hidup Tue, 3 Apr 2018

Ini Masa Paling Sesuai Untuk Beli Tiket Kapal Terbang Jika Anda Ingin Berjimat

Teringin nak travel tapi jumlah wang simpanan dalam bank tak mengizinkan?

Gaya Hidup Thu, 11 Jan 2018

Hidangan Menyelerakan di The Sumbs

The Sumbs, For Foodie By Foodie Café. Bagi warga Shah Alam, kafe ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai yang tahu tentang kelazatan makanannya. Berkonsepkan makanan fusion, The Sumbs menampilkan kelainan dalam pilihan menu dan […]

Featured Mon, 1 Jul 2019

Ulam bawa kebaikan seribu khasiat

Dah tahu kebaikannya, jadi masukkan ia ke dalam senarai menu utama!

Gaya Hidup Thu, 22 Nov 2018

Ini Trik Berkesan Nak Perangkap Lipas Di Dalam Kereta

Jangan biarkan lipas bermaharajalela dalam kereta kesayangan anda!

Gaya Hidup Wed, 21 Mar 2018

Tips Penting Untuk Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Sindrom Down. You Can Do It!

Anda dikurniakan dengan anak yang ada Down Syndrome? Jangan bersedih! It’s not the end of the world!

Gaya Hidup Sat, 10 Nov 2018
Featured Wed, 9 Jan 2019

This is the best day to take leave from work, and no, it’s not Friday

Use this tip if you care enough for your mental health.

error: Content is protected !!