Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar June 10, 2019 @ 5:48pm

Rekaan eksklusif jam tangan Bell & Ross bukan sekadar penunjuk masa

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 Bell & Ross tahun ini, jenama mewah jam tangan itu mengeluarkan 23 model baharu yang ditambah baik daripada koleksi sedia ada khusus untuk peminatnya.

Masih mengekalkan ciri eksklusif yang maskulin dan ringkas tetapi bergaya, koleksi baharu ini sesuai dijadikan hadiah untuk insan tersayang.

Pengurus Besar Bell & Ross Asia, Tong Chee Wei, berkata rekaan yang lebih moden itu diinspirasikan daripada beberapa kisah kejayaan di seluruh dunia bersandarkan kepada empat penceritaan, iaitu udara, tanah, laut dan urban ergonomic.

Bell & Ross

Tong Chee Wei menunjukan Bell & Ross lancar koleksi baharu bagi suku kedua tahun 2019. NSTP/MAHZIR MAT ISA

“Bell & Ross terkenal kerana diilhamkan daripada kisah sebenar, antaranya MA-1 yang menggunakan idea jaket tentera udara Amerika Syarikat (AS). Seperti jaket berkenaan yang boleh diterbalikkan, tali jam tangan ini juga boleh digunakan di kedua-dua bahagian.

“Peminat ragbi tentu tidak perlu diperkenalkan dengan kisah penuh inspirasi pasukan ragbi New Zealand, All Black. Model BR-X1 Phantom yang diilhamkan daripada pasukan terkenal itu tampil dengan warna hitam daripada tali, bingkai hingga ke permukaannya,” katanya ketika ditemui pada majlis taklimat memperkenalkan 23 model baharu Bell & Ross di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Meskipun memberi keutamaan kepada rekaan setiap model jam tangan, Bell & Ross tetap menitikberatkan teknologi dalam pembuatan jam tangan berkenaan.

Tong berkata, Bell & Ross memastikan setiap model dihasilkan dengan teknologi tinggi bersesuaan dengan identitinya yang sinonim dengan penggemar aktiviti tahan lasak.

“Jenama ini terkenal dengan rekaannya yang ranggi dan bergaya, tetapi pada masa sama tahan lasak sesuai dengan imejnya yang diilhamkan daripada pelbagai sukan seperti Formula 1, selaman, ragbi dan tentera udara.

Bell & Ross

Jenama jam tangan Bell & Ross yang diilhamkan daripada jaket tentera udara AS. NSTP/MAHZIR MAT ISA

“Bell & Ross memastikan teknologi digunakan dimanfaatkan daripada sukan berkenaan yang memerlukan ketepatan dan keunggulan,” katanya.

Bell & Ross akan tampil dengan koleksi baharu pada suku keempat tahun ini yang menggabungkan bingkai empat segi sama dengan tali jam diperbuat daripada emas, besi dan kulit.

Berikut antara model yang ditambah baik daripada koleksi sedia ada dan dilancarkan pada tahun ini:

1. BR S Quartz

Didatangkan dalam empat pilihan iaitu BR S Black Diamond Eagle, BRS Black Diamond Eagle, BR S Green Camo dan BR S Green Camo Diamonds memberi kilauan menawan dengan hiasan berlian sama ada dalam permukaan atau bingkainya.

Harga: RM10,700 – RM31,500.

Bell & Ross

Model R.S.19 Bell & Ross ini berharga RM91,000 dan boleh didapati pada suku kedua tahun 2019.  NSTP/MAHZIR MAT ISA

2. BR V1-92 Blue Steel

Permukaan berwarna biru berlawanan dengan bingkai besi berkilauan menjadikan model ini tampil bergaya sesuai digayakan ke pejabat.

Harga: RM10,000

3.  BR V2 Military Beige

Diilhamkan daripada keunikan aspek ketenteraan yang menjadikan rekaan ini tampak hebat bergaya dengan warna kuning air pada permukaannya. Anda boleh memilih tali jam diperbuat daripada kulit mahupun besi.

Harga: RM11,800 – RM19,200

4. BR V2-94 Bellytanker Bronze

Dihasilkan dalam jumlah terhad iaitu hanya 999 unit sahaja di dunia, model ini tampak hebat dengan bingkai diperbuat daripada gangsa dan tali jam daripada kulit.

Harga RM21,700

Bell & Ross

Bell & Ross lancar koleksi baharu bagi tahun 2019. NSTP/MAHZIR MAT ISA

5. BR 03-92 Diver

Khusus untuk penyelam, ada dua pilihan yang tidak kurang hebat iaitu Diver Black Matte dan Diver Green Bronze. Bezanya hanya bingkai yang diperbuat daripada dua warna, hitam dan gangsa, selain Diver Green Bronze yang menggunakan tali jam kulit hanya dihasilkan sebanyak 999 unit.

Harga: RM18,500

6. BR 03-92 Bi-Compass

Model ini sesuai untuk mereka yang aktif dalam aktiviti tahan lasak dan berwarna hitam keseluruhannya. Juga didatangkan secra terhad iaitu hanya 999 unit.

Harga: RM16,000

Model BR V2-94 Military Beige Bell & Ross yang berharga RM19,200. NSTP/MAHZIR MAT ISA

7. BR 03-92 MA-1

Diilhkam daripada jaket tentera udara AS yang boleh diterbalikkan, tali jam tangan ini juga boleh digunakan pada kedua-dua bahagian.

Harga: RM17,000

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Feb 2025

AJL39: Nyanyian Berjiwa, Marsha Milan Rampas Gelaran Juara AJL.. Jom Semak Keputusan Penuh!

Keputusan penilaian 10 buah lagu finalis AJL 39 kali ini dilakukan oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Edry Abdul Halim.

Featured Sat, 18 Sep 2021
Featured Tue, 13 Dec 2022

Lancar Single Terbaharu ‘One and Only’, Kisah Peribadi Jadi Ilham Alvin Chong

Pelakon dan penyanyi Alvin Chong kembali dengan sebuah lagi karya menarik berjudul ‘One And Only’. Lagu yang diilhamkan dari kisah peribadi Alvin sendiri ini mempunyai makna yang besar buat dirinya. Menurut Alvin, karya terbaharu ini […]

Featured Tue, 14 Mar 2023

Syura Badron Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Alhamdulillah, sedap nama baby Syura 🥰🥰 Tahniah!

Featured Wed, 10 May 2023
Featured Fri, 5 Oct 2018

Fahami Perbezaan Jenis Gula, Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Untuk Tubuh Anda

Gula jenis fruktosa adalah yang paling asli dan berupaya membekalkan tenaga dan sangat menyihatkan tubuh.

Featured Fri, 17 Jan 2020
Featured Tue, 22 Aug 2023

Tepis Dakwaan Sejak Kurus Kuat Bergelek, Fasha Sandha Bidas Netizen Mulut Celupar – “Lagi Malu Kalau Nampak Warak Tapi Munafik”

‘Lagi malu kalau kelihatan warak dan baik, tapi bersifat ‘munafik’ dan hipokrit’ – Fasha Sandha

error: Content is protected !!