Featured By: Ad Ops June 17, 2019 @ 10:00am

Rambut anda bermasalah atau tidak bermaya? Buat sendiri pupur untuk kembalikan serinya

Anda mungkin sudah biasa dengan idea penggunaan pupur yang mampu merawat masalah kulit, tidak kiralah pada bahagian muka atau badan.

Selalunya formula atau cecair pekat yang disapukan pada kulit ini boleh menanggalkan sel kulit kering, mengekalkan kesegaran kulit dan meratakan semula ton kulit akibat sinaran matahari.

Tetapi teknik ini sebenarnya bukan disasarkan kepada bahagian kulit sahaja, sebaliknya untuk rambut pun anda boleh menggunakan pupur.

Dengan ramuan yang betul, anda boleh menyasarkan macam-macam masalah yang menghantui anda, seperti rambut berminyak atau kering, dan juga kulit kepala yang gatal.

Mudah sahaja untuk menggunakan pupur ini. Sapu dan gosok dari akar ke hujung rambut dan biarkan selama 20 minit sebelum bilas.

Di dalam video di bawah ini ialah empat resipi yang anda boleh cuba dan buat sendiri, daripada Goodful. Semak dahulu masalah rambut yang anda alami dan pilih resipi yang paling sesuai.

Resipi 1: Membersih, sesuai untuk rambut berminyak

Bahan:

  • I cawan dadih
  • ¼ cawan cuka epal
  • 1 sudu besar madu
  • Jus daripada 1 biji lemon

Cara penyediaan: campurkan ramuan ke dalam mangkuk kecil dan kacau hingga rata.

Ramuan dadih menawarkan protein, madu mengilatkan rambut, manakala jus lemon menambahkan jumlah asid pada rambut anda.

Resipi 2: Melegakan, sesuai untuk kulit kepala gatal

Bahan:

  • ½ cawan minyak kelapa
  • ¼ cawan gula perang
  • 30 titis minyak tea tree

Cara penyediaan: campurkan ramuan ke dalam mangkuk kecil dan kacau hingga rata.

Minyak kelapa mengurangkan kehilangan protein, gula perang menanggalkan sel kulit mati, manakala minyak tea tree membantu melawan kelemumur.

Resipi 3: Menyuburkan, sesuai untuk rambut kering

Bahan:

  • 1/3 cawan santan kelapa
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji buah avokado
  • 1 sudu besar madu

Cara penyediaan: Kisar dengan mesin pengisar.

Minyak zaitun mengelakkan rambut daripada rosak, avokado kaya dengan vitamin E dan madu melembutkan rambut.

Resipi 4: Memperbaiki: sesuai untuk rambut rosak

Bahan

  • ¼ cawan dadih
  • 2 biji telur
  • ¼ cawan minyak kelapa
  • 1 biji pisang
  • 1 sudu besar madu

Cara penyediaan: Kisar dengan mesin pengisar.

Ramuan telur menambahkan protein, minyak kelapa merapikan rambut manakala pisang menggalakkan rambut baru untuk tumbuh.

Mudah dan ringkas, bukan? Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Aug 2022

Gara-Gara Video Berunsur L*cah, PU Syed Beri Teguran Buat Aliff Syukri – “Bayangkan Anak Kamu…”

Fikir soal kematian, sedia ke nak tanggung dosa penonton – PU Syed

Featured Fri, 21 Jan 2022
Featured Mon, 13 Aug 2018

Tahukah Anda Baking Soda Boleh Menyebabkan Iritasi Pada Kulit Wajah?

Penggunaan baking soda dalam perawatan kulit dapat memberikan kesan yang buruk.

Oh Lawa Sun, 21 Jan 2018

Tip Pilih Jam Tangan Ikut Acara

Terdapat banyak jenis serta pilihan rekaan jam tangan di pasaran yang boleh dimiliki mengikut citarasa masing-masing. Namun, pemilihan jam yang betul sangat penting agar tidak mencacatkan penampilan si pemakai.

Featured Mon, 8 May 2023
Featured Tue, 12 May 2020