Featured By: Yanie Baharom June 26, 2019 @ 3:00pm

Jangan anggap keputihan masalah biasa orang perempuan, tiga ini agak bahaya!

Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj, merupakan masalah biasa yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia.

Statistik menunjukkan hampir 75% wanita berusia 20 hingga 40 tahun terutamanya yang sudah berkahwin menghidapi keputihan berikutan oleh aktiviti seksual.

Wanita hamil juga acapkali berdepan masalah ini, kerana faraj wanita mengandungi kadar glikogen yang lebih tinggi dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat. Apabila menjelang tempoh bersalin, lendir ini biasanya akan menjadi semakin banyak.

Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitaran haid.

Untuk pengetahuan umum, keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik.

Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid).

Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair.

Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj.

Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati.

Wanita disarankan memakai panty liner untuk memelihara faraj dari kelembapan sekaligus mengurangkan menghidari jangkitan daripada berlaku!

Bagaimana untuk mengenal pasti masalah keputihan yang tidak normal?

1. Bacterial Vaginitis

Penyebab sebenar kepada jangkitan keputihan ini masih tidak diketahui namun ia seperti jangkitan kulat yang lain dan kulat serta bakteria berkembang dalam jumlah yang banyak pada faraj seorang wanita. Ia sering berlaku kepada mereka yang mempunyai pasangan yang lebih daripada satu dan kerap melakukan seks oral.

Tanda-tanda: Jumlah keputihan semasa hamil yang banyak, keputihan berwarna kelabu, berair dan berbau hanyir. Tetapi hanya sesetengah pesakit akan menunjukkan kesemua tanda ini.

2. Trikomoniasis

Jangkitan Trikomoniasis ialah disebabkan organisma protozoa dan tersebar melalui hubungan seks. Bakteria protozoa ini boleh bertahan selama 24 jam di tempat yang lembab seperti tuala basah dan barangan mandian serta menjadikan tempat berkenaan untuk membiak

Tanda-tanda: Keputihan semasa hamil yang berbuih atau berbutir putih, berwarna kuning atau hijau, berbau dan keluar dalam jumlah yang banyak. Ia juga disertai dengan keradangan pada vagina, air kencing yang banyak dan gatal pada bahagian berkenaan

3. Vagnitis Monilia

Normal bagi seorang wanita jika memiliki sedikit kulat dalam faraj mereka. Namun jika ibu hamil terkena jangkitan monilia, kulat ini akan berkembang dan menjejaskan keseimbangan pH pada Vagina. Jangkitan ini disebabkan oleh stres, pengambilan ubat perancang oral, kencing manis ketika hamil atau penggunaan antibiotik.

Tanda-tanda: Jumlah keputihan semasa hamil yang banyak, keputihan berwarna putih dan kenyal, seperti keju lembut, rasa gatal dan rasa panas di vagina

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022

Isu Peserta Balas Komen Juri, Datuk Ramli MS Tampil Beri Respons – “Bunyi Tak Pernah Menipu, Penyanyi Jangan…”

Legend sudah mari ☺️ Kalau dia salah, kita cakap salah – Datuk Ramli MS

Featured Fri, 30 Dec 2022

Kalah Main Badminton, Imran Aqil & Dahlia Rizal Terpaksa Cium Stokin!

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil dan tunang, pempengaruh Dahlia Rizal terpaksa mencium stokin setelah tewas dalam permainan badminton. @imjeebsterpantang undur kecuali operasi♬ original sound – iJeebster Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Dahlia […]

Featured Wed, 29 Jun 2022
Featured Wed, 2 Nov 2022
Sihat Fri, 4 Oct 2019
Eat Travel Thu, 12 Jul 2018

Nak Makan Durian Sedap Sekitar Kuala Lumpur? Ini 5 Lokasi Yang Wajib Anda Pergi

Bagi pencinta durian, anda belum cukup handal kalau anda tidak pernah mengunjungi 5 lokasi makan durian yang best ini.

Featured Wed, 23 May 2018

Minyak Argan Penting Untuk Kulit Muka, Tapi Anda Tahukah Apa Fungsinya?

Minyak ini adalah kandungan penting di dalam banyak produk kecantikan sekarang.