Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops July 16, 2019 @ 10:00am

17 foto mengapa Hoi An di Vietnam dipilih bandar terbaik dunia 2019

Pernahkah anda melancong ke Vietnam? Destinasi popular yang sering dikunjungi pelancong di negara indah itu antaranya Ho Chi Minh, Hanoi dan Halong Bay.

Satu lagi destinasi yang kian mendapat perhatian ialah Hoi An. Bukan Hanoi ya, tetapi Hoi An!

Bandar kecil ini dipilih sebagai bandar terbaik di dunia oleh pembaca laman web pelancongan Travel + Leisure bagi bancian tahunannya yang ke-24.

Daripada tempat kelapan tahun lalu, Hoi An merampas takhta yang sebelum ini dipegang San Miguel de Allende, sebuah bandar di Mexico yang kini menduduki tempat kedua.

Jadi apakah yang menarik di Hoi An ini? Tengok gambar-gambar di bawah ini.

Foto: Shutterstock/Judyta Jastrzebska

Reka bentuk bandar berwarna ini rata-ratanya terpelihara, seolah-olah ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.’

Jalan-jalannya sesuai untuk pejalan kaki dan Hoi An dianggap sebagai antara bandar yang paling selamat di Asia.

Menurut seorang pengunjung, bahagian dalam bandar ini dihadkan kepada kereta dan anda hanya boleh berjalan kaki ke tengah-tengah kawasan kedai dan pasar dengan mudah.

Foto: Shutterstock/Tang Trung Kien

Antara catatan pengundi, aktiviti membeli-belah di sini juga sangat memuaskan kerana semuanya boleh ditempah mengikut cita rasa anda. Contohnya, anda boleh menempah sehelai gaun atau three-piece suit. Harganya juga amat berpatutan!

Foto: Shutterstock/CCinar

Di pasarnya pula, anda boleh membeli pelbagai barangan segar dan eksotik.

Pilihan makanannya juga mengagumkan. Antara makanan yang perlu anda cuba ialah popiah yang dibuat dengan ramuan segar. Tampak sedap, kan?

Foto: Shutterstock/Tang Trung Kien

Jangan risau, di sini ada pilihan vegetarian atau vegan juga.

Pada waktu malam pula, jangan lupa singgah di pasar malamnya yang dihiasi dengan lampu berwarna-warni. Abadikan gambar untuk Instagram anda! 

Foto: Shutterstock/newroadboy

Lokasinyanya yang terletak di tepi sungai Thu Bon membuatkan suasana Hoi An ini tenang dan aman. Bak kata orang, sejuk mata memandang!

Foto: Shutterstock/Tang Trung Kien

Pada masa tertentu dalam setahun, kawasan perairan di Hoi An dipenuhi dengan pokok teratai yang berwarna terang. Hebat sekali! 

Foto: Shutterstock/saravutpics

Anda juga boleh menyewa basikal untuk harga lebih kurang RM5 sehari. Boleh dikatakan semua benda di bandar ini memang murah.

Foto: Shutterstock/saravutpics

Selain itu, anda juga boleh mengikuti jelajah ‘bakul’ melalui hutan paya kelapa sawit di perkampungan Cam Thanh.

Foto: Shutterstock/Hien Phung Thu

Menarik, kan? Memang macam bakul!

Foto: bookmundi.com

Di Hoi An, kebanyakan lelaki bekerja sebagai nelayan yang mencari rezeki di laut, malah industri ini turut menjadi antara tarikan pelancongan.

Foto: Shutterstock/Nguyen Quang Ngoc Tonkin

Cara tradisional bagi menangkap ikan di sini sesuatu yang memukau pandangan dan pengunjung boleh belajar teknik-tekniknya.

Foto: Shutterstock/Thampitakkull Jakkree

Anda boleh ikut gaya orang tempatan dengan pergi ke pasar sebaik sahaja matahari terbit.

Foto: Shutterstock/Jimmy Tran

Ataupun tunggu hingga matahari hampir terbenam untuk menikmati pemandangan yang mengancam.

Foto: Shutterstock/Thampitakkull Jakkree

 Bukan sungai sahaja, pantainya juga menakjubkan!

Foto: Shutterstock/Chris Howey

Peminat hidupan marin  tidak patut melepaskan peluang untuk menerokai Kepulauan Cham. 

Foto: Shutterstock/Midori9813

Jika anda lebih menggemari tarikan di darat, ada tiga tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang boleh dilawati, iaitu kota Hue Imperial, runtuhan kuil My Son dan gua Phong Nha.

Foto: Shutterstock/Roman Babakin

Adakah anda tertarik dengan destinasi percutian ini? Dekat sahaja dengan Malaysia!

Jika anda belum ada perancangan untuk ke mana-mana, bolehlah anda mempertimbangkan bandar terbaik untuk tahun 2019 ini sebagai destinasi terkini!

Selamat bercuti!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 17 Oct 2021

Teruja Dapat Kek Birthday Dari Jiran, Reaksi Budak Lelaki Ini Buat Netizen Sebak

Bak kata pepatah, jiran sepakat membawa berkat. Jiran adalah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita dan penting dalam kehidupan kita. Terbaharu, seorang pengguna TikTok yang bernama @imanfauzi97 telah memuat naik sebuah video di aplikasi […]

Featured Thu, 23 Mar 2023

Yusof Haslam Harap Syamsul Boleh Muhasabah Diri – “Nasihat Ibu Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan, Bukan Racun”

“Jangan biarkan ibu sendiri menangis…” – Datuk Yusof Haslam 🥲🥹

Featured Tue, 18 May 2021

Semakan Dan Penebusan RM 150 E-Wallet Bermula 1 Jun 2021

Khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, anda layak untuk menerima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia RM150 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA). Kerajaan memperuntukkan bantuan  sebanyak […]

Featured Fri, 24 Dec 2021

“Sekurang-Kurangnya Dapat Tolong Mereka” – Mat Salleh Turut Serta Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

Satu video di TikTok telah mendapat perhatian netizen dimana video tersebut menunjukkan dua orang mat salleh turut membantu dalam misi membersihkan rumah mangsa banjir. Video tular itu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @ryanmahowlett, berkongsi […]

Featured Thu, 23 Jan 2020
Featured Tue, 2 Dec 2025

Indah Ruhaila Hamil Anak Pertama Selepas 8 Tahun Menanti

Penyanyi Indah Ruhaila berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dia akhirnya hamil anak pertama selepas lapan tahun penantian.

error: Content is protected !!