Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops July 24, 2019 @ 3:59pm

Uqasha Senrose bongkar rahsia mengenai dirinya

Nama Uqasha Senrose tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air. Aktres jelita berusia 27 tahun ini pernah membintangi drama dan filem antaranya Tundukkan Playboy Itu, Paku Pontianak, Hero Seorang Cinderella, Spanar Jaya X dan Hantu Kak Limah 3.

Ketika ditemui sewaktu acara Masterclass Makeup Datuk Alha Alfa di Hotel Novotel baru-baru ini, Hijab & Heels sempat bertanya mengenai rutin kecantikan dan kesihatan yang diamalkan Uqasha.

Bukan itu sahaja, pelakon yang kini popular menerusi watak Nawal dalam drama Setelah Terlafaznya Akad itu turut mendedahkan rahsia mengenai dirinya. Jom kita semak perkara yang anda mungkin tidak tahu mengenai kakak kepada Nelydia Senrose ini.

rahsia uqasha senrose

FOTO: NSTP/SALHANI IBRAHIM

1. Tidak suka bersolek – Menurut Uqasha, jika dia bersolek, wajahnya tampak garang dan tua. Dia lebih gemar mengenakan gincu sahaja jika keluar rumah.

2. Memiliki kulit jenis kering – Uqasha mengamalkan rutin penjagaan wajah iaitu mencuci, memakai toner, pelembab, serum dan krim pelindung UV.

3. Tidak suka menjaga kulit – Secara jujur, gadis kelahiran Kelantan ini akui tidak begitu ambil peduli soal kecantikan, tapi sekarang sudah mula sedar akan kepentingan menjaga kulit.

4. Jika tidak kawal pemakanan dan mula rasa berat badan naik, Uqasha akan pergi bermain badminton dan melakukan aktiviti zumba untuk mengeluarkan peluh. Dia akui seorang yang tidak suka pergi ke gimnasium.

5. Pantang nampak air manis – Uqasha mengakui dia gemar minum minuman yang manis. Bagaimanapun sekarang sudah mula sedar dan mula banyakkan minum air kosong. Sekarang, perkara pertama yang akan dilakukan setiap kali bangun tidur ialah minum air kosong.

6. Sekali-sekala jika ada kelapangan dia akan pergi ke spa untuk membuat rawatan wajah.

7. Memiliki kulit kepala yang berminyak, Uqasha wajib mencuci rambutnya setiap hari.

8. Seorang yang ringkas, easy going dan mudah didekati.

9. Ketika zaman persekolahan, Uqasha aktif dalam sukan seperti bola baling, lumba lari dan berenang.

rahsia uqasha senrose

FOTO: NSTP/SALHANI IBRAHIM

10. Melihat daripada raut wajahnya, ramai yang akan menganggap Uqasha seorang yang sombong. Namun, sebenarnya dia seorang yang pemalu.

11. Mempunyai tabiat gemar gigit kuku.

12. Tidak makan pedas dan akui tidak pernah makan sos cili.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Sep 2022

[VIDEO] Anak Faziani Rohban Selamat Bernikah, Namun Kerusi Adik Bongsu ‘Kosong’ Buat Keluarga Sebak!

Alahai min pun ikut sebak! 😥 Apa jadi sekalipun hubungan adik beradik takkan pernah putus…

Featured Sat, 6 May 2023

Kes Baru Pasangan Selebriti Hadir Mahkamah Untuk Bercerai?

Makin banyak kes pasangan selebriti yang nak bercerai 🥹🥵 Siapalah agaknya kali ni… hmm.. semoga semua urusan baik baik saja

Featured Mon, 22 Jun 2026

“Kenapa Kalau Melawak Kena Malukan Orang Lain, Low EQ?” – Hafreez Adam

Hafreez Adam tampil menegur tindakan segelintir pihak yang bertindak memalukan orang lain bertujuan untuk melawak semata-mata.

Eat Travel Tue, 19 May 2020
Featured Mon, 20 Mar 2023

Raffi Ahmad Kantoi Curang! Video Call Bekas Pekerja Dalam Bilik

Serius lah? Punya sayang mas Raffi sama mbak Nigita😱

Featured Fri, 17 Aug 2018

6 Jenama Makeup Antarabangsa Yang Popular Dan Selalu Diciplak

Barangan makeup jenama luar negara dijual dengan harga yang sangat murah di pasar malam. Logik ke?

error: Content is protected !!