Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Fadzlena Jafar May 19, 2020 @ 10:00pm

Produk Brown Sugar Bubble Tea Ball tiada sijil halal JAKIM, ramuan ada gelatin babi

Produk Brown Sugar Bubble Tea Ball yang begitu popular di Malaysia kebelakangan ini disahkan tidak mempunyai status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), malah produk dari Taiwan itu mengandungi gelatin babi.

JAKIM dalam satu kenyataan, semalam menjelaskan JAKIM dihujani soalan mengenai produk berkenaan yang menimbulkan pertikaian dalam media sosial apabila ada warga siber yang mendakwa produk berkenaan tidak halal.

“Pihak kami mula menerima pertanyaan berkenaan isu status halal produk Brown Sugar Bubble Tea Ball daripada pengguna di media sosial rentetan timbul dakwaan yang menyatakan produk berkenaan tidak halal.

“Berdasarkan semakan pihak @halalmalaysiaofficial, produk itu tidak memiliki pengesahan halal daripada JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM,” kata kenyataan itu.

Selain itu, JAKIM mengesahkan produk bubble tea keluaran Taiwan yang diimport oleh Meng Chong Foodstuffs Pte Ltd, syarikat yang berpangkalan di Singapura didapati mengandungi sumber bahan ramuan tidak halal, iaitu gelatin babi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Penjelasan Isu Status Halal Produk Brown Sugar Bubble Tea Ball Pihak kami mula menerima pertanyaan berkenaan isu status halal produk Brown Sugar Bubble Tea Ball daripada para pengguna di media sosial rentetan timbul dakwaan yang menyatakan produk tersebut tidak halal. Berdasarkan semakan pihak @halalmalaysiaofficial , produk tersebut tidak memiliki pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Lebih jelas lagi, produk bubble tea keluaran negara Taiwan yang diimport oleh syarikat Meng Chong Foodstuffs Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura tersebut mengandungi sumber bahan ramuan yang TIDAK HALAL iaitu gelatin babi. Justeru, para pengguna khususnya pengguna Islam dinasihatkan agar lebih berwaspada dengan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan belian sebarang produk makanan atau minuman baik di Malaysia atau di luar negara. Jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Perlu diketahui bahawa produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pengesahan halal luar negara yang diiktiraf adalah dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut prosedur, peraturan jua perundangan berkaitan yang telah ditetapkan di negara masing-masing. Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal. Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:- http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular Terima kasih. “Yakini Halal Malaysia” Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. ???? [email protected] ☎ 03-8892 5000/1 25 Ramadhan 1441 H 18 Mei 2020 M #YakiniHalalMalaysia #SemakSebelumSebar @halalmalaysiaofficial

A post shared by JAKIM (@myjakim) on

Sehubungan itu, JAKIM menasihatkan pengguna supaya lebih berwaspada dengan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan pembelian sebarang produk makanan atau minuman baik di Malaysia mahupun di luar negara.

“Jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk yang sudah dipersijilkan halal oleh JAKIM, JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

“Perlu diketahui bahawa produk yang telah dipersijilkan halal oleh agensi berkenaan adalah dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut prosedur, peraturan dan juga perundangan berkaitan yang ditetapkan di negara masing-masing,” kata kenyataan itu.

Orang ramai yang ingin mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, boleh melayari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Feb 2025

Along Cham Tekad, Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Kes Dadah

Along nekad mengaku tak bersalah atas pertuduhan kes dadah

Featured Thu, 16 Apr 2026

Alami Lebam & Bengkak Dibahagian Kaki, Siti Nurhaliza Dilapor Terlibat Kemalangan Jalan Raya Di Lebuhraya MEX

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan telah mengalami kemalangan  jalan raya di lebuhraya Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pada Khamis.

Featured Tue, 10 May 2022
Eat Travel Mon, 30 Apr 2018

Jom Lepak Sambil Makan Lamb Chop Di Mr. Steak House Shah Alam. Memang Puas Hati!

Teringin nak makan western food? Jom pergi ke restoran Mr. Steak House.

Featured Fri, 20 Feb 2026

“Aku Diam Lagi Korang Caci Maki”- Mia Sara Nasuha

Mia terkilan apabila dirinya menerima pelbagai komen berbaur provokasi.

Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Thu, 21 Apr 2022

Warga OKU Malaysia Dihukum Gantung 27 April Ini Di Singapura

Semoga ahli keluarga mangsa tabah dan kuat..

Eat Travel Tue, 12 Mar 2019

Jangan percaya pada label! Ketahui 5 taktik penipuan syarikat makanan

Pengguna wajib membaca label, ini sebabnya.

error: Content is protected !!