Oh Lawa By: Ad Ops July 22, 2019 @ 9:00am

Tous luaskan pengaruh di Asia menerusi kerjasama Habib Group

Pernahkah anda membeli produk perhiasan wanita berjenama Tous?

Ia bukan sahaja menawarkan seleksi barang kemas mewah mampu milik, tetapi juga produk lain seperti beg tangan, cermin mata hitam dan skaf.

Logonya yang berbentuk teddy bear comel terpampang di hampir kesemua produk keluarannya.

Bagi anda yang tidak tahu, jenama ini ditubuhkan di Sepanyol hampir 100 tahun lalu oleh satu keluarga daripada keturunan Tous.

Sejak itu, ia sudahpun mengembangkan namanya di persada antarabangsa terutamanya di Eropah.

Sekarang Tous memiliki lebih kurang 700 buah cawangan di dalam 50 buah negara di seluruh dunia. 100 buah lagi akan dibuka pada setiap tahun.

Di Malaysia, ada dua buah cawangan sahaja. Bagi meluaskan pengaruhnya di sini dan di Asia secara umumnya, Tous telah menandatangani perjanjian untuk berkolaborasi dengan syarikat pengeluar barang kemas terkemuka di Malaysia, Habib Group.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

TOUS x Habib Group: A partnership launch event. #TOUSMY #TOUSJewelry #TOUSLovers

A post shared by HABIB GROUP OFFICIAL (@habibgroupofficial) on

Di majlis pengumuman kerjasama ini, pengarah urusan Habib Group Datuk Sri Meer Habib berkata beliau dan isteri telah terbang ke Barcelona sendiri untuk mengenali Tous dengan lebih dekat.

“Daripada situlah saya mendapat tahu betapa bagusnya jenama ini. Sebagai pengeluar barang kemas juga, saya rasa kagum kerana produk Tous berkualiti tinggi dan mempunyai reka bentuk yang kreatif.

“Dan sama seperti Habib, ia adalah sebuah perniagaan yang dibangunkan oleh ahli-ahli dalam satu keluarga. Disebabkan itu, saya rasa lebih teruja untuk bekerjasama dengan Tous.”

Pengarah pengembangan jenama Tous. Levan Tsulukidze berkata syarikatnya telah disyorkan untuk berkolaborasi dengan Habib kerana Habib mempunyai sejarah perniagaan barangan kemas yang berjaya.

“Dengan itu, kami sangat berbesar hati untuk memeterai perjanjian ini.”

Beliau berkata lagi bahawa Malaysia ialah salah sebuah pasaran penting utama yang Tous ingin sasarkan pada masa akan datang.

“Dengan budaya yang inovatif, warisan kita memberi inspirasi kepada masa hadapan dan mewujudkan stail yang unik bagi wanita di serata dunia,” kata Levan.

Meer menambah, “Dengan adanya kolaborasi ini, saya percaya Tous akan berpeluang untuk menjadi sebuah jenama yang lebih berpengaruh bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh Asia.”

Tahniah kepada Tous!

Sebelum ini, duta bagi jenama Tous ialah pelakon Hollywood Gwyneth Paltrow. Demi menyasarkan golongan pembeli yang lebih muda, pelakon muda Emma Roberts telah mengambil alih.

Sementara itu, selebriti tanah air yang hadir ke majlis pelancaran di Pavilion KL termasuklah pelakon Rozita Che Wan, Eleena Sui, Nadia Brian dan Hannah Delisha, serta bekas Miss World Malaysia 2012/2013 Yvonne Lee.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@rozitachewan1 wears #TousJewelry at our partnership launch event ???? #TousMY #TousLovers

A post shared by HABIB GROUP OFFICIAL (@habibgroupofficial) on

Dari kiri: Nadia, Eleena, Hannah dan Yvonne. (Foto: Andy Kho)

Buat masa ini, Malaysia hanya mempunyai dua lokasi cawangan Tous, iaitu di Pavilion KL dan IOI City Mall, Putrajaya.

Lihatlah contoh barangan yang Tous tawarkan. Jika berkenan, cepat pergi beli!

Comel, kan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 28 Aug 2018

Awas! Produk Kecantikan Yang Mengandungi Bahan Ini Akan Buat Wajah Anda Cepat Tua

Adakah kandungan produk kecantikan anda selamat 100% apabila dipakai?

Oh Lawa Mon, 19 Nov 2018

Di Antara 5 Selebriti Terkenal Ini, Yang Mana Satukah Barbie Pilihan Anda?

Kylie Jenner bukanlah selebriti pertama yang menjelmakan diri sebagai Barbie.

Oh Lawa Thu, 18 Apr 2019
Oh Lawa Wed, 31 Jan 2018

Etika Fesyen Yang Perlu Anda Tahu

Pakaian mencerminkan diri seseorang. Secantik mana busana yang digayakan, namun jika tidak mengikut etika fesyen yang digariskan, ia pasti mencacatkan penampilan si pemakai.

Oh Lawa Tue, 16 Oct 2018
Oh Lawa Mon, 17 Dec 2018

Rating Victoria’s Secret Fashion Show Jatuh Merudum!

Hanya mencatatkan jumlah tontonan 3.3 juta berbanding 5 juta tahun lalu.

Oh Lawa Thu, 29 Nov 2018
Featured Fri, 5 Oct 2018

6 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Minum Air Sarang Burung Untuk Kecantikan

Warna sarang burung bukan berasal daripada darah burung Walet.

Featured Thu, 1 Aug 2019
Oh Lawa Mon, 12 Mar 2018

Dambakan Bentuk Wajah Secantik Fazura, Jom Cuba 4 Tips Wajah Ini!

Memiliki raut wajah bujur sireh atau kecil seperti aktres Fazura, menjadi idaman setiap wanita.

Bagi yang tiada bajet tu, ada cara alternatif yang dapat membantu anda untuk mendapatkan raut wajah dan pipi yang kecil bak pauh dilayang. Bahkan petua ini bukan saja mudah tetapi juga jimat dan selamat. Selamat mencuba!