Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops July 31, 2019 @ 12:00pm

Inginkan hidangan ayam unik? Cuba resipi ayam nanas ‘sweet sour’ ini

Sebelum ini, anda pasti pernah dengar atau mencuba hidangan ayam masak lemon. Apabila dimakan dengan nasi putih, memang terangkat rasanya!

Selain lemon, ada juga hidangan ayam masak buah oren. Ia telah dipopularkan oleh restoran masakan Cina popular, Panda Express.

Apa-apa pun, rasa masam daripada lemon atau oren ini memang kena dengan perisa ayam. Tetapi teringin tak untuk tahu apa rasanya jika ayam ini dimasak sebagai hidangan sweet sour?

Jika mahu, anda bolehlah cuba resipi di bawah ini yang menerokai flavour ini dengan menggunakan nanas. Maklumlah, buah ini ada yang masam, ada yang manis. Sesuailah!

Jom tengok bagaimana ia dimasak di dalam video oleh Tasty di bawah ini.

Bahan

  • 680 gram dada ayam, dipotong kecil
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 cawan tepung jagung, dibahagikan kepada 125 gram (sediakan satu sudu besar ekstra)
  • 1 biji telur gred A
  • 1 biji nanas
  • 2 sudu besar minyak sayuran, (sediakan lebih untuk goreng)
  • ½ biji lada benggala merah, dipotong
  • ½ biji lada benggala hijau, dipotong
  • ½ cawan bawang putih (white onion), dipotong
  • 2 sudu kecil bawang putih (garlic), dicincang
  • 1 sudu kecil halia, dicincang
  • ¼ cawan cuka epal (60ml)
  • ¼ cawan gula (50 gram)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • Nasi putih
  • Bijan, untuk hiasan
  • Daun bawang, untuk hiasan

Cara penyediaan

1. Di dalam mangkuk besar, gabungkan ayam dengan kicap, telur dan 1 sudu besar tepung jagung. Tutup dan perapkan di dalam peti sejuk selama 20 minit.

2. Potong isi nanas menjadi kiub.

3. Di dalam mangkuk lain, letakkan tepung jagung yang selebihnya dan masukkan ayam perap tadi. Gaul hingga setiap kepingan ayam betul-betul disaluti tepung. Goncang sedikit kepingan itu untuk meleraikan serbuk tepung lebihan.

4. Isikan kuali dengan minyak masak bersuhu 180°C.

5. Goreng kepingan ayam sehingga bahagian luarnya perang keemasan dan isi masak sempurna. Letakkan ayam ke dalam  pinggan, alas kertas tisu supaya lebihan minyak dapat diserap.

6. Untuk membuat sos, panaskan 2 sudu minyak di dalam pan bersaiz sederhana, dengan api sederhana.

7. Tumis lada benggala dan white onion selama 2 ke 3 minit, hingga lembut.

8. Masukkan halia dan bawang putih, masak hingga wangi.

9. Masukkan cuka, gula dan sos tomato dan kacau hingga mendidih.

10. Masukkan kiub nanas dan biarkan masak.

11. Masukkan ayam dan gaul hingga sos menyalutinya. Dah siap!

12. Hidang dengan nasi putih dan hiaskan dengan daun bawang dan bijan.

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 24 Sep 2022
Featured Fri, 14 Feb 2025

Kembali Ke Indonesia, Ameera Khan Manis Berkebaya Kongsi Momen Bersama Jefri Nichol

Ameerra sebelum ini mendedahkan bahawa dia akan bertemu Nichol sebelum berangkat ke Paris.

Featured Wed, 11 Jan 2023
Featured Mon, 14 Jul 2025

[VIDEO] Siti Jamumall Sebak, 100 Peratus Kos Bersalin Ditaja DSV

Siti Jamumall syukur dengan rezeki yang dikurniakan.

Featured Mon, 20 Nov 2023
Eat Travel Fri, 24 Apr 2020

2 helah penyediaan makanan mudahkan percutian santai

Bercuti, tetapi makan seperti di rumah sendiri

Featured Wed, 23 Apr 2025

Bakal Nikah Bulan Depan, Eyka Farhana Enggan Kongsi Tarikh Kahwin

Majlis pernikahan mereka akan diadakan secara sederhana di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

error: Content is protected !!