familuv By: Yanie Baharom August 15, 2019 @ 2:00pm

Isteri ‘chubby’ mampu buat suami gembira!

Setiap kali membicarakan topik orang berbadan gempal sukar mendapat jodoh atau punca suami cari wanita lain, pasti ibu penulis mencelah.

Ini kenyataan lapuk yang biasa keluar dari mulut ibu “Ala…kak Salmi itu badan besar tinggi lagi daripada pakcik Jais, elok je bahagia. Anak saudara emak, suami dia kecil, bininya besar kalau tengok tak padan langsung tapi elok saja bahagia.”

“Kawan kau tu, ramai yang cantik-cantik dan badan selim- melim, kenapa bercerai dua, tiga kali? Pokok pangkalnya hati, kalau suami ikhlas menerima dan isteri pun pandai jaga rumah tangga, InsyaAllah jodoh panjang,” katanya.

Menghadam kata-kata ibu, ada benarnya. Malah, faktor paras rupa dan fizikal bukanlah kunci kebahagiaan rumah tangga.

Perkaitan kisah di atas dengan topik yang ingin dikongsikan, bagai tempias dengan satu kajian yang dijalankan oleh jabatan psikologi UNAM mendapati suami yang mengahwini isteri yang chubby 10 kali lebih bahagia dalam rumah tangga, wow!

Foto: ohbulan

Tapi mengapa? Dan bagaimana suami boleh lebih bahagia pula?

Menurut Dr Filemon Alvarado dan Dr Edgardo Morales, suami yang mengahwini pasangan chubby lebih banyak senyum, gembira dan lebih mudah menyelesaikan masalah.

Kajian ini hanya ingin membuktikan perbezaan psikologi dalam kalangan lelaki apabila memiliki pasangan masing-masing.

Pakar menjelaskan, wanita yang kurus didapati lebih ‘menyimpan rasa’ dan kurang ramah. Sebab itu mereka sukar untuk didekati.

Malah, kajian juga mendedahkan wanita yang kurus lebih senang untuk ‘jatuh’ ketika mengalami tekanan dan boleh mengalami datang haid yang tidak normal.

Akan tetapi, janganlah kita mendiskriminasi wanita-wanita lain di luar sehinggakan mereka yang kurus terpaksa berusaha untuk menaikkan berat badan.

Kaitan antara isteri yang chubby dengan fikiran seorang suami

Ini bukan kali pertama kajian terhadap psikologi seseorang suami dan ciri-ciri isterinya dikaji.

Sebelum ini, kajian pada tahun 2012 mendedahkan lelaki budiman lebih suka perempuan kurus, namun lelaki yang selalu tertekan menggemari perempuan yang sedikit chubby.

Persoalannya, kenapa lelaki yang selalu tertekan tertarik pada wanita chubby?

Ini kerana tekanan menukar ‘streotaip klasik’ yang menganggap lelaki hanya suka perempuan yang kurus, ramping dan cantik. Sebenarnya, tidak!

University of Westminster di London, menyoal 41 sukarelawan lelaki dalam subjek mengatasi tekanan.

Antara isu yang ditanyakan adalah  tarikan wanita dimata lelaki dengan berdasarkan bentuk badan mereka.

Keputusan kajian menunjukkan 40 lelaki memilih wanita yang bertubuh lebih gempal sebagai lebih menarik berbanding yang lain.

Pakar mengkonklusikan perkara ini, semakin tertekan seorang individu, semakin dia boleh mengubah persepsi biasa yang dibuatnya.

Semoga perkongsian ini boleh menangkis fikiran wanita-wanita di luar sana yang kurang keyakinan diri!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 24 Jul 2021

Pelakon Veteran Datuk Baharuddin Omar Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

Industri hiburan hari ini dikejutkan dengan kehilangan sebutir permata yang pernah menyinari dunia perfileman suatu ketika dahulu. Pelakon veteran Datuk Baharuddin Omar, 85, atau lebih dikenali dengan watak Anjang Aki dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya […]

Eat Travel Thu, 16 Aug 2018

Kari Laksa Malaysia Tersenarai Dalam Top 5 Makanan Terbaik Dunia, Cayalah!

Terdapat 10 makanan Malaysia lain yang turut tersenarai!

familuv Tue, 22 Jan 2019

10 ungkapan yang anda perlu kerap ucapkan kepada anak

Anak anda akan rasa lebih dihargai.

Featured Fri, 16 Dec 2022
Featured Sun, 19 Apr 2020

Tempoh pendaftaran kelahiran, kematian dilanjutkan

Denda turut dimansuhkan sekiranya lambat daftar

Featured Tue, 10 May 2022

Degupan Jantung Anak Dalam Kandungan Terhenti Seminggu Sebelum Raya, Elvina Mohamad Keguguran 

Anak syurga.. Elvina lakukan prosedur membersihkan rahim hari ini