Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops August 21, 2019 @ 11:00am

Badan kurang air? Jangan minum air banyak ketika perut kosong

Air sering dianggap sebagai satu elemen biasa dalam kehidupan walaupun ia sebenarnya adalah keperluan yang sangat penting untuk kesejahteraan tubuh badan.  

Sama ada anda sedar atau tidak, perkara pertama yang akan dilakukan jururawat apabila anda dimasukkan ke wad ialah mencucuk jarum pada mana-mana anggota badan, biasanya pada tangan, untuk memasang tiub yang berfungsi mengalirkan air menerusi aliran darah ke dalam badan.

Oleh itu, jelas kepentingan air dalam kehidupan manusia kerana tanpa air yang mencukupi, manusia akan mengalami kelesuan dan mungkin boleh jatuh sakit jika badan tidak mendapat air yang cukup.

Nyahhidrat (dehydration) atau kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan keletihan dan menjejaskan daya ketahanan seseorang itu.

Dalam kadar yang sikit pun ia boleh merosakkan mood atau kebolehan untuk menumpukan perhatian.

Cara yang paling mudah untuk mengubatinya ialah dengan meminum air. Akademi Perubatan Amerika Syarikat mengesyorkan wanita dewasa minum sebanyak 2.7 liter air sehari. Untuk lelaki dewasa pula ialah sebanyak 3.7 liter.

Bagaimanapun, minum air dalam kuantiti yang banyak sepanjang hari bukanlah cara terbaik atau paling efisyen untuk menepati keperluan jumlah air dalam badan.

“Anda minum air banyak dan dalam masa dua jam, anda kerap kencing dan ia berwarna jernih,” kata David Nieman, profesor kesihatan awam di Appalachian State University.

“Itu bermakna air yang anda minum tadi tidak kekal di dalam badan.”

Hal ini paling kerap berlaku apabila anda minum air banyak ketika perut anda kosong. Air putih selalunya akan berlalu menerusi sistem penghadaman manusia apabila pengambilannya tidak disertai dengan sebarang makanan atau nutrien.

“Tiada faedah pun anda minum berbotol-botol air di antara waktu makan. Besar kemungkinan ia terus keluar melalui sistem kumbahan,” kata David.

Sebaliknya, pengambilan air sekali dengan asid amino, lemak dan mineral nampaknya membantu badan mengekalkan lebih banyak kandungan H2O, lalu mempengaruhi kadar penghidratan dalam badan. Ini sangat penting bagi mereka yang bersenam atau berpeluh dengan banyak.

Lain jenis air, lain kadar penghidratannya

Foto: Indiatimes.com

Satu kajian telah dijalankan pada 2015 bertujuan membandingkan kesan penghidratan bagi pelbagai jenis minuman seperti air putih, susu dan teh.

Berdasarkan ujian air kencing peserta kajian ini, penyelidik mendapati beberapa jenis minuman (termasuklah susu, teh dan jus oren, tetapi bukan minuman sukan) ialah lebih menghidrat daripada air putih.

Semestinya tiada siapa yang mencadangkan anda patut lebih meminum susu dan jus oren. Air putih masih menghidrat, sama seperti minuman sukan dan juga air kopi.

Tetapi penyelidik kajian ini merumuskan bahawa elemen di dalam setiap jenis minuman itu mempengaruhi jumlah air yang kekal dalam badan individu yang minum air berkenaan. Salah satunya ialah kandungan nutrien.

Air yang banyak boleh keluarkan toksin?

Tanggapan popular mengenai bagaimana pengambilan air yang banyak dan kerap berupaya mengeluarkan toksin dari dalam badan sebenarnya tidak mempunyai bukti kukuh. 

Air kencing sememangnya membawa sisa kumbahan keluar, tetapi pengambilan air yang banyak ketika perut kosong tidak membantu pun proses pembersihan ini.

Jangan terlebih hidrat!

Sebenarnya, air kencing jernih ialah petanda bagi ‘terlebih hidrat (overhydration)’, menurut Cleveland Clinic.

Dalam sesetengah kes, pengambilan air dalam jumlah yang banyak boleh memudaratkan kesihatan. Contohnya, mereka yang hanya minum air setelah bersenam selama berjam-jam berpotensi untuk mengeluarkan terlalu banyak sodium menerusi air kencing mereka. Hal ini akan mengakibatkan kadar sodium dalam badan mereka tidak seimbang.

Itulah sebabnya minuman sukan yang mengandungi nutrien dan sodium sangat membantu bagi mereka yang bersenam.

Foto: Wellturned

Cara betul untuk menghidrat

1. Minum air atau apa jua minuman sedikit demi sedikit

Tindakan ini mengelakkan buah pinggang anda daripada menjadi terlalu penuh. Ia membantu badan untuk mengekalkan lebih banyak H2O.

2. Minum air sebelum atau ketika menjamah sarapan, hidangan tengahari atau makan malam

Pengambilan air dengan asid amino, lemak, vitamin atau mineral membantu badan menyimpan air yang masuk.

3. Makan pisang daripada minum minuman pisang selepas bersenam

Pengambilan apa jua buah dengan air akan menghidratkan badan.

Kesimpulannya..

Apa-apa pun, anda tidak patut kurangkan minum air ataupun gantikan air kosong dengan minuman lain.

Bagi mereka yang ingin kekal hidrat, mengambil air secara berperingkat dan menggabungkan air dengan makanan adalah lebih efektif.

“Air memang bagus untuk kesihatan, tetapi anda juga boleh ‘lemas’ akibatnya,” kata David.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Aug 2023

Khai Bahar Sebak Fikir Keadaan Ibu, ‘Malas’ Ambil Serius Isu Fitnah & Kontroversi

Sebaknya! Ibu tiada duanya dalam dunia ni tau😭😭😭😭

Featured Tue, 5 May 2026

“Tak Sangka Benda Ni Berlaku, Saya Juga Penat Bekerja & Jaga Anak-Anak” – Dr Fie Terkilan Terima Notis Daripada Nubhan

Bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek meluahkan rasa terkilan selepas menerima notis berkaitan kes komital yang difailkan oleh bekas suami terhadapanya. Kata Dr. Afifah usai perbicaraan kes berlangsung, dia tidak menyangka menerima […]

Featured Thu, 18 Jun 2026

Miliki Latar Pendidikan Agama, Ozlynn Akui Perjalanan Hijrah Masih Belum Sempurna – “Moga Pengakhiran Kita Semua Lebih Baik”

Ozlynn akui setiap individu mempunyai perjalanan hidup dan ujian yang berbeza untuk menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah SWT.

Featured Wed, 23 Jun 2021

“Nak Pakai Tudung Semula, Tapi Kena Istiqamah Dulu”- Uqasha Senrose

Pelakon jelita, Uqasha Senrose meluahkan  hasrat hatinya untuk berhijrah dan kembali mengenakan hijab. Perkara itu dikongsi Uqasha menerusi satu video Tiktok  yang dimuat naik yang menampilkan pelakon itu tampil sopan dan manis lengkap memakai hijau […]

Featured Sun, 30 Jun 2024
Featured Fri, 19 Mar 2021
Featured Sun, 19 Apr 2020
Featured Tue, 31 Mar 2026

Tak Halang Anak Kahwin Usia Muda, Abby Abadi Mohon Jangan Libatkan Diri Dalam Hubungan Orang Lain – “Faham Dulu Makna Tanggungjawab”

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menegaskan dia tidak menghalangnya anaknya untuk berkahwin pada usia muda namun perlu memahami makna tanggungjawab selain tidak melibatkan diri dalam hubungan orang lain.

Featured Wed, 7 Sep 2022

Jenayah Atau Aib? Peguam Ulas Isu Puteri Balqis – “Kes Boleh Jadi Rumit Sebab…”

Alamak, boleh jadi rumit sebab apa tu? 🤯🥲 Moga semuanya baik baik saja

Featured Mon, 8 May 2023

Uyaina Arshad Sanding Kali Kedua, Seronok Tumpang Majlis Aqiqah Anak

Alahai! manis betul pasangan sama cantik, sama padan ni kan? Paling cute terselit si kecik tu🥰

error: Content is protected !!