Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops August 28, 2019 @ 10:00am

4 snek yang anda boleh ‘masak’ dengan seterika

Terasa lapar dan teringin untuk makan snek, tetapi anda tiada dapur untuk memasak ataupun kuali leper? Tiada masalah, gunakan sahaja seterika baju anda!

Mereka yang tinggal di asrama pasti pernah mencuba teknik ini, selain memasak mi segera di dalam cerek elektrik.

Walaupun menunya terhad, namun jadilah sekadar untuk alas perut!

Bila bercakap mengenai memasak dengan menggunakan seterika, snek yang paling kerap dibuat ialah sandwich keju panggang.

Kepingan keju sederhana cair yang diapit dengan roti bakar, memang sedap dimakan! Tetapi bukan ini sahaja yang anda boleh hasilkan dengan teknik unik ini.

Di bawah ini ada tiga lagi resipi yang anda boleh cuba, iaitu untuk s’mores (marshmallow dan kepingan coklat yang diapit dengan biskut), quesadilla (sandwich keju yang diperbuat daripada kepingan tortilla) dan sandwich mentega kacang dan jem. Mudah sahaja!

Alat yang anda perlukan selain ramuan ialah sebuah seterika, kertas aluminium dan pisau mentega.

Pastikan permukaan seterika anda bersih dan pastikan juga tiada air di dalamnya.

Setelah anda sediakan kesemua ramuan yang diperlukan, pasang seterika anda. Tetapkan kepanasannya kepada yang paling tinggi dan matikan pengeluaran stimnya.

Untuk resipi sandwich dan quesadilla, panaskan setiap sisi kepingan roti selama 2.5 minit, ataupun hingga roti mula membakar.

Untuk resipi s’mores pula, panaskan hingga coklat dan marshmallow mula mencair.

Awas! Kertas aluminium yang anda gunakan mungkin panas, jadi berhati-hatilah apabila mengendalikannya.

Dah sedia? Jom lihat cara-caranya menerusi video tutorial di bawah ini.

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022
Featured Wed, 16 Feb 2022

Gara-Gara Darah Haid Tak Stop 2 Bulan, Wawa Zainal Buang Alat Cegah Kehamilan

Yelah, siapa pernah kena memang rasa tak selesa sangat

Featured Mon, 24 Feb 2025
Featured Mon, 25 May 2026

Tabung Bantuan Cecah RM164,775… Aznil Nawawi Umum Tutup Kutipan Derma Untuk Anak Amyza Aznan

Aznil berkata, akaun bantuan tersebut akan ditutup tepat jam 12 tengah hari sebelum semua wang dipindahkan ke akaun milik Amyza.

Featured Mon, 6 Nov 2023

Fattah Amin & Fazura Bergabung Dalam Prekuel Mat Kilau?

Wah, mesti gempak ni berlakon suami isteri❤️‍🔥❤️‍🔥

Featured Mon, 17 Apr 2023
Featured Tue, 19 Aug 2025

“Saya Yang Pikul Tanggungjawab Dari Mereka Kecil”  – Hantaran Di Media Sosial Curi Perhatian, Rita Rudaini Tuju Pada Siapa?

Rita Rudaini menyorot perhatian apatah lagi hantarannya itu kelihatan seakan-akan meluahkan perasaannya.

error: Content is protected !!