Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom August 30, 2019 @ 12:00pm

Arca Putrajaya, hasil kerja tangan gadis autistik ini luar biasa cantik!

Masih ingatkah anda pada adik Wan Jamila Wan Shaiful Bahri, 17, gadis autistik dengan bakat melukis luar biasa yang pernah ditampilkan sebagai penghias muka depan Hijab & Heels sempena Sambutan Hari Autisme Sedunia, April lalu?

Wan jamila dengan hasil kerja seninya. Foto: Hijab & Heels

Baru-baru ini, kisah Jamila kembali tular sehingga menarik perhatian media dari negara jiran Indonesia, apabila projek terbarunya menghasilkan Arca Putrajaya di tengah-tengah Dataran Putra, mendapat liputan meluas!

Tahniah Wan Jamila dan insan hebat di sebalik kejayaan beliau, siapa lagi kalau bukan ibunya, Noorhashimah Mohamed Noordin, 58 yang banyak membantu anaknya itu merealisasikan impiannya.

Arca Putrajaya bermotifkan bendera, bunga raya, wajah majmuk dan berbilang kaum rakyat Malaysia, dipamerkan sebagai antara tarikan utama pengunjung untuk bergambar bagi mengabadikan kenangan apabila berkunjung ke pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata lukisan Wan Jamila dipilih oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 27 Julai lalu untuk diabadikan pada arca berkenaan selama enam bulan bermula 27 Ogos lalu.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr Aminuddin Hassim dan pelukis, Wan Jamila bergambar bersama hasil lukisannya yang ditampal di arca Putrajaya.

Katanya, imej pada arca Putrajaya ditukar setiap enam bulan berdasarkan peristiwa penting yang berlaku dalam tempoh terbabit, untuk ditonjolkan kepada enam hingga tujuh juta pengunjung yang melawat Putrajaya setiap tahun.

“Kalau kita teliti karya itu, ada banyak garis putih dan merah (pada imej bangunan ikonik dan bersejarah negara), rupa-rupanya adalah Jalur Gemilang, barulah kita tahu setiap orang dalam lukisan itu adalah cantuman masyarakat Malaysia yang aman dan damai,” kata Aminuddin kepada media.

Menurut Aminuddin, lukisan asal Wan Jamila adalah berlatar belakangkan warna biru gelap, namun warna-warna pastel dipilih sebagai warna latar belakang arca itu memandangkan ia adalah warna kegemaran Perdana Menteri.

Noorhashimah berkata, anak keempat daripada lima beradik itu mengambil masa sebulan setengah untuk menyiapkan lukisan sebesar 152cm x 274.5cm sebelum dicetak semula untuk arca Putrajaya.

“Dia selalunya melukis dari pagi sampai malam, kadang-kadang lapan hingga 10 jam. Tetapi bergantung juga kalau dia ada acara (di luar) dia terpaksa berhenti (melukis),” katanya.

Wan Jamila (kanan) sentiasa mendapat sokongan padu ibunya, Noorhashimah.

Menurut Noorhashimah, Aminuddin mendapat maklumat mengenai keistimewaan anak perempuannya itu selepas membaca laporan sebuah akhbar yang memaparkan gambar Wan Jamila sedang melukis lukisan bertemakan kemerdekaan.

Selain arca Putrajaya, katanya Wan Jamila juga menghasilkan mural 6 kaki x 20 kaki bertemakan Hari Kebangsaan di Pusat Genius Kurnia, Kuala Lumpur yang merupakan projek dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA).

Menceritakan keistimewaan anaknya itu, Noorhashimah berkata, Wan Jamila berkomunikasi melalui lukisan sejak berusia empat tahun lagi dan hanya mula bercakap ketika berusia 10 tahun.

“Dia akan lukis semua yang diingatinya sama ada perkataan, pemandangan, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, Wan Jamila mendapat pendidikan awal di sekolah rendah biasa sebelum diteruskan dengan pendidikan di rumah (homeschooling) dan terapi.

“Oleh kerana Sejarah adalah subjek wajib, saya tidak rasa dia boleh membuat penilaian kritikal (critical view). Kalau Matematik dan Sains dia boleh buat, tetapi yang melibatkan susunan ayat dia tak boleh,” katanya.

Noorhashimah yang merupakan seorang bekas arkitek berkata, beliau kini menguruskan galeri seni ‘artjamila’ terletak Seksyen 7, Shah Alam yang dibuka sejak anak istimewa itu berusia 14 tahun.

Menurut Noorhashimah, Wan Jamila pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Autism Star Artist pada National Autism Champion 2019 dan tempat ketiga di National Abilympics Painting Competition 2018.

“Dia juga dipilih sebagai artis seni yang memberi impak oleh sebuah organisasi berpengkalan di Switzerland kerana bagi mereka karya dia memberi impak.

“Satu daripada kepakaran dia adalah melukis ikan, jadi organisasi itu berminat dengan lukisan terbabit dan minta dia melukis mengenai pencemaran laut. Mereka membeli lapan keping lukisan dengan tema itu,” katanya

Foto: Hijab & Heels

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Nov 2023
Featured Sat, 14 Jan 2023

“Bertuah Punya Anak” – Gelagat Rayyan Panggil Siti Nordiana Macam Kawan Undang Tawa!

Penyanyi Siti Nordiana yang mesra disapa Nana bersama anak lelakinya, Muhammad Rayyan Nakhaie tular di TikTok kerana gelagat ‘gila-gila’ mereka berdua. @koleksivideositinordiana #sitinordiana ♬ original sound – koleksivideositinordiana Menerusi perkongsian itu, Nana telah dimarahi oleh […]

Featured Mon, 13 Dec 2021

“Dia Nak Ikut IU Tu Pergi Zaman Goryeo” – Bagai Drama Scarlet Heart Ryeo, Lelaki Terjun Tasik Cermin Ipoh Timbulkan Pelbagai Reaksi Netizen

Tular sebuah video seorang lelaki terjun ke dalam Tasik Cermin di Ipoh, Perak baru-baru ini yang menimbulkan kemarahan dan pertanyaan warganet. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang lelaki berbaju hitam secara tiba-tiba memanjat […]

Featured Mon, 17 Oct 2022

[VIDEO] VIRAL! Tersalah Melabur, Akhirnya….

Ingat! Jangan salah melabur okay…🤩

Featured Wed, 6 Apr 2022

Pengurus Tangmo Nida, Gatick Mengaku Beri Keterangan Palsu

Tapi memang ramai yang mendakwa Gatick ni dalang disebalik kejadian

Trending Sat, 25 Aug 2018

Horrendous Accident Leaves Couple Hurt but Child Miraculous Unharmed

The couple were rolling around the road after the accident but the child remained on the motorbike as it glided away.

error: Content is protected !!