Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops September 5, 2019 @ 9:42am

Fabrik ‘mesra tubuh’ koleksi Temujanji X Wanpa wajib dimiliki sekarang!

Anda mencari koleksi pakaian yang menggunakan fabrik mesra tubuh selain praktikal untuk digayakan ke pejabat atau majlis keramaian? Koleksi pakaian Temujanji X Wanpa adalah item yang anda cari.

Kesemua koleksi pakaian Temujanji X Wanpa mengetengahkan tema girl next door, sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya kasual moden.

fesyen cantik

Antara koleksi tema ‘Girl Next Door’ dari Temujanji X Wanpa. Foto: Temujanji

Temujanji merupakan label fesyen yang diusahakan oleh pereka fesyen muda yang sedang meningkat naik pada masa ini, Datin Seri Suzie Eryanty.

Kolaborasi Temujanji X Wanpa ternyata cukup istimewa apatah lagi koleksi 27 rekaan jenama itu diperagakan di pentas Minggu Fesen Kuala Lumpur  (KLFW) 2019 yang berlangsung di Pavilion baru-baru ini.

fesyen cantik

Koleksi Temujanji X Wanpa menggunakan fabrik mesra tubuh. Foto: Temujanji

“Alhamdulillah, tahun ini Temujanji kembali di persada fesyen dengan koleksi terbaharu. Pada masa sama Temujanji turut menghasilkan kolaborasi bersama jenama terkenal, Wanpa. 

koleksi fesyen Temujanji

Datin Seri Suzie Eryanty teruja dan optimis dengan kolaborasi bersama Wanpa Foto: Instagram Temujanji

Saya mahu kolaborasi ini menjadi salah satu usaha bagi menempa nama dalam industri fesyen,” tutur wanita cantik berketurunan Melayu-Portugis-Cina ini kepada Hijab & Heels.

Antara selebriti yang pernah menyarung rekaan koleksi daripada Temujanji ialah Erin Malek, Yana Shamsudin, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Nadia Brian dan ramai lagi.

fesyen cantik

Antara koleksi Temujanji X Wanpa Foto: Temujanji

fesyen popular

Antara koleksi  Temujanji X Wanpa Foto: Temujanji

Fesyen popular

Antara koleksi Temujanji X Wanpa Foto: Temujanji

Kesemua koleksi ini ditawarkan pada harga mampu milik bermula dari RM79 hingga RM279 manakala bagi tempahan busana perkahwinan, harga bermula dari RM 1500.

fesyen popular

Antara koleksi Temujanji X Wanpa Foto: Temujanji

fesyen kasual

Kolaborasi hebat Datin Seri Suzie Eryanty dan Wanpa. Foto: Temujanji

Bagi yang berminat, anda boleh membuat pembelian atau tempahan menerusi laman Instagram Temujanji atau terus ke Boutique Saville yang terletak di Melawati.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 May 2019

Mahu cantik dan langsing di pagi raya, jom bersenam ketika bulan puasa!

Siapa kata bersenam ketika Ramadan tidak boleh

Featured Wed, 2 Nov 2022

Mona Allen Nak ‘Cop’ Anak Che Ta Jadi Menantu?

Manis Aaisyah ni, ramai peminat! Hihiii 🤩☺️

Oh Lawa Mon, 14 May 2018

14 Pakaian Luar Biasa Yang Pernah Diperagakan Oleh Lady Gaga, Pelik-Pelik Belaka!

Tak ada siapa lagi yang dapat menandinginya daripada segi kreativiti dan keberanian.

Featured Mon, 26 Apr 2021

Adira Suhaimi Kini Berniqab?

Setelah pengacara, Noor Neelofa tampil berniqab tahun lalu, penampilan tersebut ternyata memberi impak kepada orang ramai. Beberapa rakan artis seperti Yatt Hamzah turut memuat naik foto berniqab sebagai sokongan buat pengacara itu walaupun tidak mengenakan […]

Featured Wed, 25 May 2022
Featured Tue, 20 Mar 2018

Bila Masa Yang Paling Sesuai Untuk Buang Air Di Atas Kapal Terbang? Ini Jawapannya

Memang tak syok bila anda berada 30,000 kaki di udara dan tiba-tiba terasa macam nak buang air. Kalau flight anda sejam je, bolehlah tahan lagi.

Oh Lawa Mon, 12 Mar 2018

Tuah Kulit Hitam Legam, Dulu Dihina Tapi Kini Dibayar Jutaan Ringgit!

Lolita, 16 tahun yang mencipta populariti mendadak sejak berita tentang dirinya diperkatakan di laman sosial kerana dikatakan mirip wajah patung Barbie versi kulit hitam.

Featured Fri, 30 Sep 2022
error: Content is protected !!