Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom September 10, 2019 @ 12:00pm

Lelaki minta tunang buktikan masih dara, Dr Amalina kesal!

Apabila pasangan kekasih mengikat tali pertunangan, bererti sebelah kaki mereka sudah bersedia melangkah ke alam perkahwinan dan semestinya sebelum keputusan itu diambil, banyak pertimbangan dibuat. 

Salah satunya, menyakini bahawa wanita atau lelaki yang ditunangi kita itu adalah orang yang kita cintai dan punya keserasian melainkan ia adalah aturan keluarga.

Justeru apabila lelaki yang bakal menjadi suami menggesa tunangannya untuk membuktikan status dara, ia adalah satu permintaan yang tidak masuk akal apatah lagi keluarga wanita turut menyokong. Sedangkan Islam menyaran kita untuk menjaga aib diri.

Mengapa keluarga wanita tadi tidak meminta tunangan si anak yakni lelaki itu membuktikan ‘keterunaannya’ untuk mengesahkan dia seorang lelaki tidak pernah ternoda dan baik? Memang tidak masuk akal, kerana tiada rawatan untuk membuktikan ‘keterunaan’ sebagaimana rawatan pemulihan dara.

Tetapi mungkin isu ‘keterunaan’ ini boleh dibuktikan dengan penggunaan Alat Pengesan Pembohongan Poligraf untuk melihat sejauh mana kejujuran lelaki itu. 

Topik yang diperkatakan ini ada kaitan dengan luahan doktor bedah popular, Dr Amalina Bakri yang berasa kesal terhadap tindakan seorang lelaki yang bertanyakan tentang selaput dara tunangnya.

Berkongsi perkara terbabit di laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini, Dr Amalina meneaskan situasi itu amat mengecewakan.

“Seorang gadis bertanya kepada saya soalan ini: “Doktor, bagaimana saya nak buktikan kepada tunang dan keluarga saya yang saya masih dara? Ada tak pemeriksaan perubatan untuk memberikan bukti yang mereka minta?”

“Pertama sekali, saya tidak percaya seseorang individu boleh bertanyakan soalan sedemikian. Dan ianya menyedihkan apabila tunang dan keluarganya sendiri sanggup meminta bukti.

“Apapun, saya tidak mahu terus membebel. Ini pautan artikel daripada Prof Dr Imelda mengenai selaput dara,” tulis Dr Amalina.

Seorang gadis bertanya saya soalan ini: “Doktor, bagaimana saya nak buktikan kepada tunang dan keluarga saya yang saya masih dara. Ada tak pemeriksaan perubatan untuk bagi bukti sebab dia orang minta.”
First of all, I cannot believe that someone would ask such thing.

— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) September 6, 2019

Dalam artikel terbabit, Dr Imelda menerangkan secara terperinci tentang keadaan selaput dara yang sering menjadi mitos dan dikaitkan dengan hubungan kelamin.

Malah, ada yang turut berkongsi pandangan dan nasihat kepada gadis yang mengajukan pertanyaan terbabit agar mempertimbangkan untuk tidak meneruskan hubungan dengan tunangnya itu.

Hingga ada yang berang dan mempersoalkan balik tentang kesesuaian dan keperluan lelaki berkenaan mengajukan solan sedemikian kepada tunangan yang bakal menjadi isterinya itu.

Pelbagai kisah menarik mengenai topik kesihatan wanita dikupas menerusi rancangan Tanya Dr Imelda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Jun 2026
Featured Fri, 8 Nov 2024

Terima Mas Kahwin RM100, Ina Naim Akhirnya Sah Bergelar Isteri

Ina dan pasangannya yang dikenali sebagai Mohd Khairul Rizal sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz sahaja.

Featured Thu, 27 Jun 2024

Isu Mesej Lucah Selesai, Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada Sepakat Berhenti Sebar Aib Di Media Sosial

Konflik rumah tangga antara pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Nurul Shuhada semakin rumit apabila kedua-duanya dilihat saling berbalas hantaran menerusi media sosial termasuklah pendedahan beberapa bukti ‘panas’ melibatkan aktor itu. Bagaimanapun, selepas tular pesanan […]

Featured Thu, 25 Aug 2022

Dedah Tidak Miliki Akaun Media Sosial, Que Haidar Dipuji Pandai Didik Anak! Netizen Pula Terpukau Lihat Kecantikan Mereka

Masya-Allah cantik bethol anak-anak dara Que Haidar ni 😍 Macam princess min tengok!

Featured Fri, 8 Sep 2023
Trending Tue, 6 Aug 2019

Peminat Naelofar Dan Starbucks Boleh Dapatkan Jenama Ini Serentak!

Dapatkan Neelofar X Starbucks dalam masa yang terhad ni tau!

Hiburan Wed, 11 Oct 2023
error: Content is protected !!