Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin September 24, 2019 @ 2:46pm

Malu dengan perut buncit? Hilangkannya dengan senaman ini

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Perut buncit bukan masalah bagi pada sesetengah individu, namun bagi wanita yang mementingkan kesempurnaan jika memiliki perut sedemikian, ia menjadi satu gangguan yang agak merisaukan sebenarnya.

Ini kerana jika memiliki perut buncit, gaya berpakaian mereka mungkin terbatas disebabkan masalah perut yang timbul seterusnya ia akan menyebabkan anda kehilangan keyakinan diri selain menganggu aktiviti harian anda. 

Punca terjadinya perut buncit dipengaruhi oleh  pengambilan kalori, penuaan, genetik, kurang bergerak dan kurang tidur. Sesetengah orang mengamalkan diet yang sihat akan tetapi perut buncit masih kelihatan. 

Mengapakah perkara sedemikian berlaku? Diet sahaja tidak mencukupi untuk menghilangkan perut buncit. Diet dan senaman harus dilakukan bersama-sama. 

Ini antara senaman yang anda boleh cuba lakukan di rumah untuk menghilangkan perut buncit.

1. Squat

Panduan untuk melakukan squad. Foto: self.com

 Senaman ini bukan sahaja dapat mengempiskan perut malah ia juga bertujuan mencantikkan punggung dan mengecilkan paha. 

Caranya mudah sahaja, iaitu dengan mengangkangkan kaki agar selari dengan bahu, kemudian turunkan punggung anda seperti anda mahu duduk di atas kerusi. Kemudian bangun dan ulang semula sebanyak mana yang anda mampu. 

2. Plank 

Foto: popsugar.com

Senaman ini seakan-akan tekan tubi akan tetapi bezanya hanyalah anda perlu menahan dengan posisi tanpa naik atau turun. 

Senaman ini nampak mudah, akan tetapi bila anda sudah melakukannya, anda akan terasa kesan daripada senaman yang dilakukan. Anda perlu memastikan badan anda tidak melengkung. Cuba untuk bertahan selama satu minit dan apabila daya ketahanan badan anda meningkat, cuba tingkatkan masa bertahan sedikit demi sedikit. 

3. Gerakan yoga cobra pose

Foto: yogajournal.com

Gerakan yoga ini yang dipanggil cobra pose bagus untuk anda yang mengalami sakit pada punggung dan gangguan pernafasan. Selain itu, jika dilakukan secara konsisten ia dapat membantu menghilangkan lemak di bahagian perut dan juga gangguan pencernaan. 

Caranya, anda perlu berbaring dalam posisi meniarap. Kemudian letakkan kedua belah tangan di bawah bahu, dekatkan dengan ketiak lalu angkatkan bahagian atas badan anda secara perlahan seperti cobra dan tahan posisi ini selama satu minit. 

4. Senaman kayuhan basikal

Jangan risau! Senaman ini tidak memerlukan basikal. Anda hanya perlu berbaring di lantai lalu letakkan tangan di bawah kepala anda. 

Kemudian naikkan kaki ke atas dan buat gerakan seperti anda sedang mengayuh basikal. Jika anda melakukannya dengan betul, anda akan rasa tekanan pada otot perut. 

5. Leg raise

Foto: vanillakismis.com

Senaman ini juga dapat membantu anda dalam mengempiskan perut. Caranya amat mudah dengan meletakkan kedua-dua belah tangan di sisi. Kemudian, angkat kedua belah kaki ke atas dan ulangi sebanyak mana yang anda mampu. Paling penting angkat semula kaki sebelum ia mencecah lantai. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Aug 2024
Events Mon, 30 Dec 2024
Featured Mon, 18 Jun 2018

Impak Maksimakan Solekan Bibirmu, Ini 10 Gincu Merah Menggoda Wajib Dimiliki

Gincu merah yang garang sememangnya bisa merubah penampilan wanita serta-merta.

Featured Tue, 26 Sep 2023

“Dia Okay, Dia Wanita Kuat!”- Sharnaaz Ahmad Buka Mulut Isu Cerai Noor Nabila & Engku Emran

Moga Bella makin kuat dan bertambah gojes. Terbaik lah Mamu!🙌

Featured Thu, 12 Jan 2023

‘This Is Ernie Zakri Showcase’ Berjaya Menambat Hati 200 Peminat Bertuah

Kelunakan dan lontaran vokal mantap Ernie memang tak dinafikan power! Looking forward for next concert berskala besar! Axiata kan? Janjiiii 🤣🤪

Featured Thu, 25 Nov 2021

Bakal Terbang Ke US, Nur Sajat Dakwa Akan Muncul Dalam The Ellen Show Januari Depan

Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat mendakwa dirinya bakal muncul dalam program bual bicara terkemuka Hollywood, The Ellen Show pada Januari depan. @sajat.issa Bulan 2 Sajat terbang ke singapore ♬ original sound […]

Featured Mon, 7 Nov 2022
error: Content is protected !!