Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi November 7, 2022 @ 2:44pm

[VIDEO] “Tengok Je.. Suka Je.. Datuk K Yang Punya” – Siti Nurhaliza Usik Peminat ‘Cemburu’ Kekasih Hati Beri ‘Flying Kiss’

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian ramai selepas tular sebuah video memaparkan perwatakan comelnya ketika menjayakan konsert amal, Music of The Soul yang berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), semalam.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu sedang menyakat salah seorang peminat yang hadir ke konsert bersama kekasih hati.

Berdasarkan video tersebut, difahamkan lelaki itu disiku oleh kekasih wanitanya yang dipercayai cemburu gara-gara teman lelakinya memberi flying kiss kepada Siti.

“Yang depan saya ni kan comel je… tu isteri ke girlfriend? Yang sebelah, sebelah haa buat tak tahu pula..

“Dia (teman lelaki) buat macam ni dekat saya (tunjuk aksi flying kiss), lepastu yang perempuan tu macam ni (buat aksi menyiku)

“Ala… tengok je, suka je.. Datuk K yang punya,” ujar Siti dalam nada manja dan berseloroh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagar penyanyi kegemaran mereka itu yang dianggap sangat comel terutamanya di saat Siti menyebut nama suami tercintanya.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih lebih 700,000 tontonan, 84,000 ribu dan 663 komen.

Artikel Berkaitan: “Paru-Paru Tak Kuat Nak Capai Suara” – Alami Masalah Nafas Pendek, Siti Nurhaliza Akui Kualiti Nyanyian Terganggu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Teruja Siti Nurhaliza Sakan Menari Tema Bollywood Dengan Datuk K… Sweetnya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 May 2026
familuv Wed, 3 Oct 2018

Panduan Didik Si Abang Atau Kakak Terima Kehadiran Adik Baru

Didik supaya mereka sayang bukan benci kepada adik!

Hiburan Sat, 18 Nov 2017

Malcolm Young Meninggal Dunia

Berita kematian Young, 64, dilaporkan dalam laman web kumpulan berkenaan.

Hiburan Sun, 18 Sep 2022

“Kalau Tak Puas Hati Cakap Depan-Depan” – Ayda Jebat

Motif nak cakap belakang kan? Jumpa depan lah

Trending Mon, 14 Feb 2022

Majalah 3 Istimewa: Kapsul Masa: Misi Ke Tokyo Merungkai Usaha Di Sebalik Tabir Misi Pengembaraan 204 Artifak Dari Kuala Lumpur Ke Tokyo

Ilmu dikongsi, pameran menjadi misi… 204 artifak dari Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) menjadi tumpuan dalam pameran “14 Dynasties and a Region: The History and Culture of the Muslim World” di Tokyo National Museum, Jepun […]

Selebriti Mon, 9 May 2022

Andi Bernadee Kini Lebih Selektif

Kerjaya Andi Bernadee Makin Kukuh

Featured Sat, 26 Oct 2024

Peminat ‘Penat’ Tunggu Lagu Baru,  Naim Daniel Mahu Berhenti Menyanyi?

Haa? Takkan lah Naim dah berenti menyanyi 😭😭😭

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

Sesi Pujuk Netizen Berjaya, Fazura ‘Gembira’ Dapat Hubungi Que Haidar Selepas 3 Hari ‘Menghilang’ – “Happy Cakap Dengan Awak”

Hubungan antara pelakon, Nur Fazura dan aktor, Que Haidar semakin meraih tumpuan ramai yang dilihat semakin rapat. Dalam sesi siaran langsung tular di Threads, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, meluahkan rasa bimbang […]

error: Content is protected !!