Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 16, 2024 @ 4:54pm

Tampil Mohon Maaf, Marissa Dania Akhirnya Buka Mulut Isu Kahwin Senyap Di Thailand – “Tak Larikan Diri, Ini Jalan Saya & Aslam Pilih”

Pempengaruh, Marissa Dania akhirnya tampil membuka mulut berhubung pernikahannya bersama jejaka berstatus suami orang, Aslam pada Disember lalu.

Memetik laporan Harian Metro, anak perempuan kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim ini berkata dia memilih untuk berdiam diri selama ini demi menjaga nama baik keluarga.

“Saya mohon maaf kerana sudah melukakan hati banyak pihak termasuk keluarga.

“Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak yang terbabit.

“Ini adalah jalan saya dan Aslam pilih (hidup berpoligami). Jadi saya mohon semua pihak beri ruang untuk kami menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar.

“Insya-Allah, semuanya akan baik-baik saja. Saya sedang berusaha ke arah itu dan doakan semuanya berjalan lancar,” ujarnya.

Marissa Dania

Sementara itu, Maissa meluahkan kata syukur apabila ahli keluarganya menerima kehadiran Aslam meskipun perkahwinan mereka mendapat tentangan daripada ibu bapa.

“Saya akui pernikahan kami mendapat tentangan keluarga. Tiada ibu bapa yang bersetuju dengan pilihan seperti ini, lebih-lebih lagi usia saya yang masih muda.

“Saya dan Aslam tidak mahu hubungan kekeluargaan ini terputus atau dilanda masalah.

“Jadi kami kuatkan semangat dan harunginya bersama.

“Walau apapun rintangan yang datang, saya dan Aslam akan cuba selesaikan masalah yang berlaku satu demi satu,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Marissa memilih untuk tidak mengulas mengenai hubungannya bersama madu, Umisya Mazlan.

“Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja untuk kami berdua,” tambahnya lagi.

Marissa Dania

Sebelum ini, Marissa berkongsi foto bersama Umisya di Instagram Story (IGs) miliknya seakan menunjukkan hubungan mereka pernah baik pada Januari lalu.

Namun begitu, Umisya dalam satu kenyataan berkata foto mereka bersama itu diambil sebelum heboh mengenai berita pernikahan Marissa dan Aslam di media sosial sehingga menyebabkan mereka berbalah antara satu sama lain.

Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan keluarga pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand.

Artikel Berkaitan: “Setiap Luka Mempunyai Kesempatan Untuk Diubati” – Sempena Syawal, Marissa Bawa Aslam Jumpa Famili… Abby Abadi Kongsi Detik Pertemuan Dengan Menantu

Artikel Berkaitan: “Saya Terima Poligami Ini, Kami Pun Dah Berdamai” – Umisya Mazlan Terbuka Bermadu Dengan Marissa Dania

Artikel Berkaitan: “Jaga-Jaga Ya Kalau Nak Keluarkan Statement…” – Terkejut Marissa Dania Kongsi Foto Bersama Adik, Kakak Umisya Mazlan Beri Pesanan ‘Halus

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Feb 2023
Trending Tue, 10 Dec 2019

Cha In-Ha artis K-drama kejutkan peminat muzik Korea?

Harga kemasyhuran yang berakhir dengan kematian!

Trending Wed, 20 Oct 2021

“Kepada Yang Mudah Terhibur Dengan Cerita ‘Sampah’ 2 Manusia Tu…” – Izwan Azir Saleh Minta Media Hentikan ‘Drama’ DSV & Iqbal

Penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir Saleh memohon agar media tertentu berhenti memberikan liputan terhadap kisah yang berlaku antara usawahan selebriti, Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli. Izwan yang mengendalikan segmen […]

Hiburan Mon, 14 Oct 2019
Hiburan Wed, 19 Dec 2018

Popular Sekelip Mata Di Indonesia, Nissa Sabyan Masih Terkejut

Dengan pengikut seramai lebih 8 juta di Instagram, populariti Nissa sebagai penyanyi lagu dakwah dikagumi ramai.

Events Thu, 18 Jan 2018

SUPER SHOW 7 IS COMING TO MALAYSIA, BUT WHEN?!

Super Junior promised Malaysian fans that they will come back here for their major concert, Super Show 7. There are already rumours running around about the concert!

Featured Thu, 9 Feb 2023

KJ Sah Jadi DJ Hot FM Mulai Rabu Depan

Fuh! Tak sabarnya nak dengar KJ dekat Bekpes Hot nanti!

Hiburan Fri, 12 Jan 2024
Featured Thu, 6 Oct 2022
error: Content is protected !!