Featured By: Ad Ops September 26, 2019 @ 10:00am

Pakar hiasan dalaman, Eric Leong kongsi panduan rumah selesa untuk warga emas

Warga emas ibarat pasu berharga daripada zaman dinasti Ming. Harganya ada yang mencecah sehingga RM8.4 juta!

Perumpamaan ini digunakan kerana jika pasu ini jatuh ke lantai dan pecah, nilainya akan merosot. Apabila retak seribu, ia tidak boleh diperbaiki lagi.

Dalam kes warga emas pula, disebabkan oleh faktor usia, mereka berpotensi untuk hilang keseimbangan lalu jatuh. Tidak seperti orang yang lebih muda, kebarangkalian untuk mereka pulih amat rendah. Itu sebabnya sebarang kecederaan patut dielakkan.

Salah satu sebab yang boleh mengakibatkan warga emas jatuh ialah incontinence, iaitu kesukaran untuk menahan kencing. 50 peratus daripada individu berumur mengalami masalah ini. Adakah ibu bapa anda tergolong sekali?

Mobiliti seseorang yang sukar menahan kencing ialah amat terhad. Jika dia terasa  mahu membuang air, dia perlu melakukannya dengan serta-merta, betul atau tidak? Ketika bergegas ke tandas, mungkin dia akan terlanggar perabot atau barang yang ada di atas lantai lalu hilang keseimbangan.

Inilah sebabnya perletakan perabot di rumah warga emas perlu dititikberatkan dan dirancang dengan betul. Mereka sepatutnya rasa selesa dan bebas untuk bergerak di dalam mana-mana ruang.

Untuk meningkatkan kesedaran mengenai hal ini, pengeluar lampin dewasa TENA dan Yayasan Kontinens Malaysia melancarkan kempen ‘Sentiasa Denganmu Mak Abah Di Mana Jua: Idea Mudah Untuk Rumah, Ibu Bapa Kita Lebih Selesa.’

Kempen ini menawarkan cadangan praktikal mengenai pengurusan dan penjagaan warga emas yang betul, serta pembaikan rumah yang mudah supaya mereka dapat hidup dengan lebih selesa. Pada masa yang sama, risiko kecederaan dapat dikurangkan demi menjaga kesejahteraannya.

Menerusi usaha ini juga, orang ramai boleh cuba memahami cabaran yang dialami oleh warga emas dalam jagaan mereka.

Untuk menjayakan kempen ini, pihak TENA dan Yayasan Kontinens Malaysia meminta khidmat nasihat pakar hiasan dalaman Dr Eric Leong untuk berkongsi idea pembaikan rumah yang disasarkan untuk gaya hidup warga emas.

Sumber: Facebook TENA

“Salah satu perkara terbaik yang kita boleh buat bagi ibu bapa kita ialah membantu mengekalkan kebebasan mereka untuk bergerak. Idea perletakan perabot dan barang yang sesuai di bilik tidur, bilik air dan ruang tamu mampu membantu mereka bergerak dengan mudah dan selamat.

“Idea ini boleh dilaksanakan dengan penggunaan warna dan haruman yang menyegarkan bagi menjadikan ruang rumah mereka lebih menenangkan,” kata Eric.

Untuk itu, Eric juga berkongsi panduan untuk pembaikan di bilik tidur, ruang tamu, bilik air dan juga dapur yang anda boleh ikuti demi kesejahteraan ibu bapa anda.

Ruang tamu

  • Alihkan barang yang tidak diperlukan. Semakin kurang barang, semakin kecil kebarangkalian untuk orang tua tersadung apabila hendak ke mana-mana.
  • Sesetengah sofa atau kerusi sedikit rendah untuk orang tua. Tambahkan kusyen leper pada tempat duduk mereka supaya mereka mudah untuk bangkit.
  • Sediakan juga kusyen untuk menyokong bahagian tulang belakang.
  • Pastikan ruang ini menyegarkan dengan meletakkan bunga dan tumbuhan segar sebagai dekorasi.

Bilik tidur

  • Di sebelah katil, pastikan ada meja kecil untuk diletakkan barang keperluan seperti air dan ubat.
  • Supaya barang-barang itu tidak terjatuh ke lantai, letakkannya di dalam bakul atau dulang.
  • Sediakan botol air termos yang anda boleh isikan air panas ke dalamnya.
  • Pastikan tiada barang yang menghalang laluan warga emas ke tandas.

Bilik air

Sumber: Hopewellcare

Sumber: Jollychic

  • Kalau boleh, asingkan bahagian basah dan kering.
  • Hamparkan tikar getah di permukaan basah. Pastikan ada alas kaki.
  • Pasangkan besi railing pada dinding. Ia memberikan sumber kestabilan serta sokongan kepada sesiapa yang memegangnya.
  • Gunakan selipar dengan tapak non-slip supaya tidak tergelincir.

Dapur

  • Memandangkan lantai akan menjadi licin dan berminyak, gunakan selipar dengan tapak yang kesat.
  • Kalau boleh, kuncikan laci. Jika seseorang itu tergelincir, dia akan berpaut pada pemegang laci itu. Jika ia mudah terbuka, dia tidak mampu untuk menstabilkan diri lalu jatuh.
  • Gunakan pinggan mangkuk dan cawan yang diperbuat daripada plastik.

Boleh anda bayangkan gambaran itu?

Untuk maklumat lanjut mengenai incontinence, layari laman web Tena (www.tena.com.my) atau laman Facebook Tena (www.facebook.com/Tena.Malaysia) atau hubungi talian bantuan bebas tol Tena di 1800-88-9988 (Isnin-Jumaat, 9 pagi-5 petang).

Tena juga menawarkan sokongan tambahan mengenai incontinence menerusi buku elektronik Caring 101 yang boleh dimuat turun. Selain itu, anda juga boleh beli lampin dewasa jenama Tena yang ada di pasaran.

Ingat ya, kita sebagai golongan yang lebih muda patut mementingkan keselamatan dan kesejahteraan ibu bapa kita. Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 10 Aug 2022

“Nak Anak Angkat Tak?” – Bercuti Di Negara Sejuk, Netizen Tawar Diri Untuk Jadi Anak Hairul Azreen

Hairul Azreen dan keluarga bercuti di negara sejuk mendapat perhatian netizen.

Featured Fri, 23 Dec 2022

Ketuai Misi Bantuan Banjir Guna Raptor F-150, Wak Doyok Utamakan Kebajikan Mereka Yang Memerlukan

Usahawan dan ikon fesyen, Wak Doyok tidak ketinggalan menghulurkan bantuan di Pantai Timur ketika bencana banjir sedang melanda kawasan terbabit. @wakdoyok8055 Saya sebagai Prisident Persatuan Bakti Kasih Malaysia . Mengetuai misi bantuan banjir. Semoga perjalanan […]

Featured Wed, 14 Dec 2022

‘Haram Sunat Bayi Perempuan Di UK’ – Dr Amalina Che Bakri

Katanya bayi perempuan tak perlu sunat sebab tak menjejaskan kesihatan. Apa pandangan korang?

Featured Mon, 22 Apr 2024
Featured Mon, 8 Jan 2024

Kongsi Video Menantu Kesayangan, Patimah Ismail Restu Puteri Sarah ‘Berteman’ – “Moga Ada Yang Menemani PSL & Anak-Anak Holiday”

Mashaa-Allah, Datin ni memang jadi inspirasi betul lah… tak pernah rasa give up mendoakan yang terbaik buat Sarah❤️

Featured Wed, 24 Mar 2021

“Rumah Sebesar Saiz Tandas.. ” – Ebit Lew Luas Misi Bantuan Ke Afrika

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sering menjadi tumpuan ramai tatkala pelbagai masalah melanda dalam masyarakat. Beliau bukan sahaja aktif melakukan aktiviti kebajikan malah sering kali membantu golongan masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan bangsa. Terbaru, […]

Gaya Hidup Sat, 24 Nov 2018
Featured Fri, 20 Jan 2023

‘Hidup Tanpamu’ Hadiah Keisya Levronka Buat Peminat Yang Sakit Hidup Tanpa Cinta

Penyanyi Indonesia yang sedang mencipta nama, Keisya Levronka, kembali mewarnai industri muzik dengan sebuah single baharu berjudul ‘Hidup Tanpamu’. Hidup Tanpamu adalah salah satu lagu melankolia dari Keisya yang menceritakan betapa sakitnya hidup tanpa ada […]