Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops October 2, 2019 @ 4:00pm

Sinaran matahari tingkatkan risiko katarak atau kanser mata

Apabila bercakap mengenai kerosakan akibat sinaran cahaya matahari, besar kemungkinan apa yang terlintas di dalam fikiran ialah kulit. Hakikatnya, sinaran ultraungu (UV) ini bukan sahaja memberi kesan tidak baik kepada kulit, ia juga boleh memberi ancaman kepada mata anda.

Menurut satu kajian dilakukan oleh Institut Mata Kebangsaan Amerika Syarikat, radiasi UV boleh merosakkan protein di dalam lensa mata seseorang. Lambat-laun, ia akan meningkatkan risikonya untuk mengalami katarak yang boleh menjejaskan penglihatan.

Pakar mata, Dr Rebecca Taylor berkata, struktur mata kita amat sensitif terhadap radiasi UV yang menembusinya apabila ia tidak dilindung.

Bayangkan, pada bahagian belakang mata kita (retina), terdapat satu bahagian tengah yang halus (makula). “Apabila cahaya memasuki mata, ia akan terpancar ke makula seperti sinaran laser,” kata Dr Rebecca.

Cahaya akan terpancar terus ke makula. Sumber: Science Of Light

Ada bukti yang mengatakan bahawa kerosakan akibat sinaran UV boleh meningkatkan risiko kemerosotan makula. Gejala ini ialah salah satu penyebab besar bagi masalah kehilangan penglihatan yang dikaitkan dengan usia.

Pendedahan terhadap matahari juga dikaitkan dengan kanser mata serta kecederaan mata yang dipanggil photokeratitis.

Bila sinaran UV dianggap merbahaya?

Risiko kerosakan mata akibat sinaran matahari adalah lebih tinggi pada waktu tertentu dalam satu-satu hari dan dalam situasi tertentu.

Contohnya, jika anda berada di dalam kereta pada hari yang panas terik, anda seolah-olah mendapat dua kali ganda sinaran ultraungu, kata Dr C Stephen Foster, seorang profesor oftalmologi di Sekolah Perubatan Harvard.

“Anda mendapat pendedahan terus daripada matahari dan pendedahan kedua daripada sinaran yang terpantul.” Selain itu, di altitud yang lebih tinggi, sinaran matahari ialah lebih kuat, jadi risikonya pun akan bertambah.

Sediakan perlindungan untuk si kecil juga! Sumber: Mom Loves Best

Lindungi mata anda

Untuk melindungi mata anda, pakailah cermin mata hitam. ‘Kehitaman’ atau warna kantanya tidak penting. Anda hanya perlu membeli cermin mata yang boleh menghalang sinaran UVA dan UVB sebanyak 99 ke 100 peratus.

Harga cermin mata yang anda beli juga tidak penting; ada kalanya yang murah pun efektif. Anda hanya perlu memastikan cermin mata yang dibeli ada pelekat atau tag yang menyatakan ia menawarkan perlindungan terhadap UV.

Saiz kanta juga perlu dititikberatkan. Lebih besar kanta cermin mata hitam anda, lebih banyak sinaran UV yang boleh dihalang.

Untuk pengetahuan anda, ciri ‘polarisasi’ yang kebiasaannya ada pada cermin mata hitam di pasaran sebenarnya tiada kena-mengena dengan perlindungan UV. Pilih yang tepat, ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Dec 2022
Featured Fri, 14 Jun 2024

Sharifah Rose Dan Aniq Durar Terjebak Cinta Dua Darjat

Korang jangan lupa saksikan okay drma terbaru ni!!

Featured Wed, 20 Aug 2025
Featured Sun, 9 Jul 2023
Featured Mon, 14 Oct 2024

“Sekufu Atau Tidak, Itu Nombor 2… Kita Lebih Kaya, Suami Tetap Atas Kita” – Fasha Sandha

Ingat, selalu fikir positif dan doa yang baik-baik untuk semua❤️❤️❤️

error: Content is protected !!