Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin October 15, 2019 @ 7:24pm

Apakah jenis kulit muka anda dan cara mengetahuinya?

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Kulit wajah adalah aset utama wanita, oleh sebab itulah kita disaran agar menjaganya sebaik mungkin agar lambat dimamah usia, kekal lembap dan cerah meskipun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

Sehubungan itu, ketahui jenis kulit wajah anda kerana ia amat membantu dalam memilih produk penjagaan atau kecantikan yang sesuai dengan kulit anda.

Jika tersalah memilih produk, tentunya kulit akan mengalami iritasi seperti timbulnya jerawat, bintik-bintik merah dan gatal kerana  kesan alahan daripada produk yang tidak sesuaian dengan jenis kulit. 

Secara asasnya, kulit wajah terbahagi  kepada lima kategori iaitu normal, kombinasi, berminyak, kering dan sensitif. Mana satukah jenis kulit anda? Ketahui ciri-ciri setiap jenis kulit wajah ini. 

Kulit normal 

Foto: nadzaim.com

Memiliki kulit jenis normal adalah keinginan semua wanita. Anda termasuk dalam golongan yang beruntung kerana kulit jenis normal mempunyai keseimbangan yang baik dan kadar minyak dan air yang mencukupi. 

Ciri-ciri jenis kulit normal adalah : 

  • kulit kemerah-merahan dan bersinar 
  • pori-pori tidak terbuka dan kurang kelihatan 
  • kulit tidak sensitif dengan teruk 

Kulit kering 

Foto: lifestyle.okezone.com

Kulit kering akan membuatkan kulit anda kelihatan kusam dan tidak bermaya. Ia disebabkan oleh kelenjar yang tidak memproses minyak yang cukup sehingga kulit kehilangan kelembapannya. Kekurangan vitamin A dan B juga boleh menyebabkan kulit kering. 

Ciri-ciri jenis kulit kering adalah: 

  • permukaan muka menjadi kering dan kasar
  • muka senang menggelupas
  • adanya garis-garis halus 

Kulit berminyak 

Foto: health.detik.com

Kulit jenis berminyak lebih sering dihadapi oleh golongan remaja. Kulit berminyak terjadi apabila kelenjar di kulit mengeluarkan terlalu banyak minyak. 

Ciri-ciri jenis kulit berminyak

  • muka kelihatan berkilau
  • pori-pori membesar
  • lebih cenderung untuk mempunyai jerawat

Kulit sensitif

Foto: kumparan.com

Apabila memiliki kulit sensitif ia amat mudah mengalami alahan. Seeloknya ketahui apa yang menyebabkan terjadinya perkara sedemikian agar boleh dihindari bahan di dalam produk yang membuatkan kulit menjadi sensitif. 

Ciri-ciri kulit jenis sensitif

  • mudah mendapat iritasi apabila menggunakan produk tertentu
  • kulit terasa gatal apabila terkena sinaran matahari
  • tekstur kulit nipis 

Kulit kombinasi 

Foto: stylo.grid.id

Kulit kombinasi adalah kombinasi di antara kulit kering dan berminyak. Selalunya ia akan berminyak di zon T, namun kering di bahagian pipi. Biasanya kulit kombinasi terjadi kerana faktor genetik atau hormon yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam jumlah lipid. Ia juga bergantung kepada cuaca. 

Ciri-ciri kulit jenis kombinasi 

  • pori-pori kelihatan besar
  •  Zon T akan mudah tumbuh jerawat
  • muka kelihatan berkilau                                                                                                                                                                                                                                                                                         

Jadi, ketahui jenis kulit anda agar mudah membeli produk penjagaan kulit, kulit tidak rosak, produk penjagaan juga boleh digunakan dengan berkesan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 30 Apr 2020

KKM pantau 3 kluster COVID-19 di Sarawak

5 kes baharu dikesan di Bumi Kenyalang

Sihat Fri, 1 Jun 2018

Anda Komited Berpuasa Tapi Berat Badan Naik Juga, Di Mana Silapnya?

Patutnya makin berpuasa, makin kurus. Ini tidak, makin naik badan dibuatnya.

Gaya Hidup Fri, 20 Jul 2018

18 Cara Elak Iritasi Dan Jangkitan Akibat Memakai Kanta Lekap

Pemakai kanta lekap mesti berhati-hati terutamanya apabila mengenakan solekan pada mata.

Featured Thu, 7 May 2020
Featured Mon, 2 Dec 2019
Sihat Mon, 19 Nov 2018

Jangan Ambil Makanan Ini Kalau Tak Nak Sakit ‘Parah’ Ketika PMS!

Kalau salah makan, perut anda akan mengalami kekejangan yang teruk!

Featured Fri, 10 Apr 2020

Tidur mengiring posisi selamat mengelakkan kematian bayi dalam kandungan

Tidur mengiring juga bantu ibu hamil lebih lena

Featured Mon, 2 Mar 2020

Ingatkan kuih, nyaris nak gigit…

Kreatif sungguh, menarik dijadikan cendera hati!

Sihat Tue, 4 Dec 2018

Periksa Perubahan Mata Anak Anda, Kanser Retinoblastoma Boleh Menyebabkan Mereka Buta!

Kanak-kanak merupakan golongan yang terdedah dengan kanser ini.

Featured Fri, 17 Apr 2020

Cara memaksimumkan konsep bekerja dari rumah

Kenal pasti perkara perlu diberi keutamaan

error: Content is protected !!