Sihat By: tex_admin October 15, 2019 @ 8:05pm

Anda mempunyai gastrik? Ketahui puncanya

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Gastrik merupakan satu keadaan di mana berlaku keradangan pada dinding perut. Ia akan menyebabkan seseorang berasa tidak selesa. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semula jadi yang melindungi perut daripada bahan kimia berasid semula jadi yang diperlukan untuk proses penghadaman.

Foto: doktoroncall.com.my

Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus di permukaan perut. Keadaan ini akan meyebabkab anda mengalami gastrik. Gastrik boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: 

  1. Gastrik ringan: Pembengkakan pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan. 
  2. Gastrik berat: Berlaku luka yang berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan. 
  3. Ulser gastrik: Bersamaan dengan ulser perut yang memberi maksud sejenis luka terbuka. Boleh dikesan dalam muntah atau najis. 

Apakah punca yang menyebabkan seseorang itu mengalami gastrik?

Pemakanan yang tidak teratur 

Apabila anda tidak menjaga makan dengan betul atau sering menangguh masa makan, tindakan ini boleh menyebabkan terjadinya gastrik. Ini kerana apabila badan memerlukan makanan, otak akan menghantar signal ke bahagian perut untuk merembeskan asid gastrik. 

Foto: hellosehat.com

Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik akan menghakis permukaan perut. Lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis. Jika sampai ke tahap itu, seseorang boleh mengalami sakit di bahagian ulu hati. Dengan itu, walaupun anda sesibuk mana dengan kerja dan tugasan, pastikan anda makan mengikut waktu. 

Makanan yang terlalu pedas 

Memakan makanan yang terlalu pedas juga tidak baik untuk kesihatan terutamanya usus dan perut. Makanan pedas adalah sukar dan lambat untuk dicernakan. Oleh itu, perut akan merangsang lebih banyak rembesan asid untuk mencernakannya di dalam perut. 

Makanan berlemak 

Foto: grid.id

Pengambilan makanan berlemak secara tidak terkawal juga boleh menjadi punca anda menghadapi gastrik. Makanan berlemak tinggi sukar untuk dihadam oleh perut lalu menyebabkan perut mengeluarkan asid yang berlebihan. 

Penggunaan ubat tahan sakit 

Ubat tahan sakit seperti aspirin, ibuprofen dan napoxen juga boleh menyebabkan gastrik jika diambil dengan terlalu kerap atau berlebihan. Ia akan menyebabkan gastrik dengan menjejaskan faktor utama yang melindungi lapisan dinding perut.  

Oleh itu, pastika anda makan pada masa yang sepatutnya dan cuba susun jadual kerja supaya masa makan anda tidak tertangguh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 30 May 2018

Tiada Lagi Kebimbangan, Ada Solusi Untuk Pengidap Diabetes Jalani Ibadah Puasa Sempurna

Diabetes sering dianggap sebagai penyakit yang mendatangkan masalah kepada pesakit ketika Ramadan kerana mereka tidak boleh mengambil makanan dalam tempoh masa yang lama melebihi 12 jam setiap hari.

Featured Wed, 2 Oct 2019

Sinaran matahari tingkatkan risiko katarak atau kanser mata

Bukan kulit saja yang anda kena lindung daripada sinaran UV!

Featured Sat, 9 May 2020
Sihat Fri, 4 Oct 2019
Sihat Fri, 22 Feb 2019

10 tanda gigi dan gusi anda tidaklah sesihat yang anda sangka

Jika anda rasa gigi anda sudah cukup sempurna, jom periksa betul-betul.

Featured Tue, 17 Mar 2020
Featured Wed, 25 Sep 2019

Pakai kosrset memudaratkan kesihatan? Ini jawapan Kevin Zahri!

Pakai korset beriya, makan tak dijaga macam nak kurus tu sis?

Featured Mon, 9 Dec 2019

SUU Balm, produk pelembap kulit bebas SLS dan SLES

Ramai melihat perubahan selepas menggunakannya.