Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin October 11, 2018 @ 2:51pm

Khasiat Terung Untuk Wanita Hamil Yang Perlu Anda Tahu

Tahukah anda, terung merupakan salah satu jenis sayuran berwarna ungu yang memiliki kandungan nutrisi yang sangat luar biasa? 

Terung adalah antara sayuran yang mempunyai kalsium, mineral, serat, bioflavonoid serta vitamin K. Ia juga sangat bagus untuk kesihatan jantung, otak dan tulang. Bukan itu saja, terung juga sangat bagus untuk wanita hamil.

Menurut perkongsian oleh Dr. Zubaidi Hj Ahmad di Facebooknya, terung kaya dengan nutrisi dan bermanfaat untuk wanita hamil. Nak tahu apa kebaikannya? Jom kita semak!

Foto: Hello Sehat

1. Kaya dengan folates

Terung yang mempunyai sumber folates sangat penting diambil sepanjang kehamilan. Kekurangan folate akan menyebabkan kecacatan neutral tube defects pada bayi yang bakal dilahirkan. Ia juga menggalakkan pembentukan sel darah merah.

2. Sumber vitamin

Kalau anda nak tahu, terung adalah sumber vitamin C, niacin, B complex, vitamin A, dan vitamin E. Walaupun kandungannya rendah, ia sangat penting untuk bayi. Terung juga mengandungi mineral seperti potassium, copper, manganese dan iron yang sangat penting dalam metabolisme untuk menghasilkan tenaga.

3. Kaya dengan karbohidrat

Terung juga kaya dengan karbohidrat kompleks yang penuh dengan serat. Ia menyebabkan rasa mudah kenyang dan lambat lapar. Jadi, ia bagus untuk menstabilkan tahap gula dalam darah bagi wanita hamil yang mempunyai diabetes.

4. Melawaskan masalah sembelit

Jangan tak percaya, terung dapat membantu melawaskan sembelit yang biasanya dialami oleh wanita hamil kerana mempunyai kandungan fiber yang penting.

5. Meningkatkan sistem daya tahan tubuh

Pengambilan terung juga dapat meningkatkan sistem daya tahan. Terung mengandungi sebatian nasunin, iaitu sebahagian dari sebatian anthocyanin yang memberikan warna pada buah terung.

Nasunin bertindak sebagai antioksida yang melawan sebatian radikal bebas dan seterusnya menghalang kerosakan sel dan DNA yang akhirnya menyebabkan penyakit dan kecacatan pada bayi.

Foto: Babyologist

Namun, pengambilan terung yang terlalu banyak di awal usia kehamilan mungkin akan menyebabkan keguguran. Tapi, belum ada kajian yang kukuh yang membuktikan bahawa pengambilan terung boleh menyebabkan keguguran. 

Sebenarnya, berlakunya keguguran dikaitkan dengan kandungan phytohormones yang menyebabkan pengecutan otot-otot rahim.

Kelahiran pramatang juga boleh berlaku jika terung diambil terlalu banyak setiap hari sebagai hidangan. Biasanya, masalah ini akan berlaku pada awal peringkat kehamilan.

Apa yang penting, masak terung dengan sempurna bagi mengurangkan risiko mendapat masalah keguguran dan kelahiran pramatang.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Fri, 27 Jul 2018

6 Jenis Senaman Mudah Untuk Hilangkan Rupa Double Chin

Tak rasa confident pulak bila ada double chin!

Featured Thu, 19 Mar 2020
familuv Tue, 29 Oct 2019
Sihat Wed, 11 Jul 2018

“Rehat Senyap” Berupaya Kembalikan Memori Yang Kabur

Rehat dalam keadaan senyap boleh meningkatkan tahap kefahaman dan membantu menambahkan daya ingatan.

Featured Sun, 21 Aug 2022

Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan Buat Doktor Yang Selamatkan Nyawanya

Alhamdulillah, Datuk Azizulhasni Awang makin pulih

Sihat Mon, 21 May 2018
Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Fri, 15 Jun 2018
Sihat Tue, 24 Jul 2018
Featured Sun, 16 Sep 2018

Penggemar Sukan Berbasikal, Ini Tip Pemakanan Sihat Untuk Anda

Amalkan pemakanan ini untuk pecutan yang luar biasa!

error: Content is protected !!