Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops October 23, 2019 @ 11:06am

9 busana elegan yang Kate Middleton pakai sepanjang lawatannya ke Pakistan

Figura tinggi lampai, Kate Middleton, sering menjadi perhatian walau di mana sahaja beliau berada, sama ada bersendirian atau bersama anak-anak. Selain ibu penyayang, beliau juga turut dikenali sebagai ikon fesyen dan sering tampil menawan dengan rekaan berpotongan gaun atau skirt moden.

Tetapi pernahkah anda bayangkan bagaimana rupa isteri kepada Putera William dari Britain ini jika beliau mengenakan pakaian yang mempunyai elemen tradisional dari Asia?

Minggu lepas, pasangan diraja ini membuat lawatan rasmi ke Pakistan. Ketika itu, beliau membuktikan lagi yang beliau sebenarnya boleh disesuaikan dengan apa jua potongan fesyen.

Selain bermesra dengan orang tempatan, Kate menjiwai budaya Pakistan dengan membuat penampilan dalam pakaian tradisional dari sana.

Untuk sesetengah pakaian, beliau ada juga menyuntik elemen fesyen dari Barat, serta warna terang yang menyerlahkan lagi kehadirannya di sana.

Hasilnya ialah gabungan penggayaan yang amat unik dan elegan, sesuai dengan statusnya sebagai ahli kerabat diraja.

Selama ini beliau selalu dilihat memakai dress atau skirt yang sememangnya moden dan menjurus kepada gaya orang Barat. Jadi pernahkah anda terfikir bagaimana rupanya penampilan Kate jika beliau mengenakan sesuatu yang berasal dari Asia?

Jom lihat seleksi pakaian Kate sepanjang lawatannya di Pakistan, seperti yang dikongsikan oleh People.

1. 

William dan Kate mendarat di Rawalpindi, Pakistan pada 14 Oktober. Sumber: Samir Hussein/WireImage

Daripada saat beliau turun dari kapal terbang lagi, Kate sudah bergaya seperti penduduk tempatan. Beliau tampil dengan dress panjang berwarna putih dan biru air serta seluar yang sepadan.

Hasil rekaan Catherine Walker itu diinspirasikan oleh pakaian kebangsaan Pakistan yang dipanggil shalwar kameez. Apa yang menarik mengenai pakaian itu ialah warnanya yang berciri ombre, serta garisan lehernya yang bergantung rapi.

2. 

William dan Kate bertemu dengan kanak-kanak dari tiga sekolah yang menyertai aktiviti bagi menunjukkan usaha Pakistan dalam mencapai matlamat pembangunan mampan. Sumber: Chris Jackson/Getty Images

Untuk urusan pertama William dan Kate di Islamabad Model College for Girls, Kate mengenakan satu lagi shalwar kameez, kali ini hasil rekaan pereka fesyen dari Pakistan, Maheen Khan.

Ia berwarna biru diraja dan dilengkapi dengan skaf panjang yang dipanggil dupatta. Kate juga memakai kasut bertapak rata berwarna beige.

3.

Kate dan William bertemu dengan Imran Khan di kediaman rasmi perdana menteri Pakistan di Islamabad, Pakistan. Sumber: Karwai Tang/WireImage

Untuk pertemuan pertama dengan perdana menteri Pakistan, Imran Khan, Kate menukar kepada tunik oleh Catherine Walker yang dipadankan dengan seluar oleh Maheen Khan. Persalinan berwarna hijau zamrud itu begitu menyerlah sungguh dengan Kate!

Kate juga mengenakan aksesori berupa skaf bercorak oleh Satrangi dan anting-anting oleh pereka barang kemas Pakistan, Zeen.

4. 

William dan Kate menghadiri majlis resepsi di Monumen Kebangsaan Pakistan di Islamabad. Sumber: Chris Jackson – Pool/Getty Images

Pada hari kedua di Islamabad, Kate tampil di majlis resepsi di Monumen Kebangsaan Pakistan dengan gaun hijau zamrud gelap (warna kebangsaan Pakistan) yang berkilauan, hasil rekaan Jenny Packham.

Bukan Kate sahaja yang bergaya; William pun ada momen fesyennya tersendiri. Beliau berehat sebentar daripada sut formal untuk tampil dengan sherwani, sejenis kot panjang yang dipakai untuk majlis formal.  

5. 

Duke dan Duchess of Cambridge melawat glasier Chiatibo glacier di pergunungan Hindu Kush di daerah Chitral. Sumber: Neil Hall/PA Images

Pada hari ketiga pula, William dan Kate menjelajah ke kawasan pergunungan untuk melihat kesan perubahan iklim terhadap komuniti tempatan.

Untuk aktiviti iu, mereka memilih pakaian yang lebih kasual. Kate memakai ves kulit gelap, kemeja, skirt panjang dan kasut but.

6.

Kate melawat Perkampungan Kanak-Kanak SOS di Lahore. Sumber: Tim Rooke/Shutterstock

Ketika di Pakistan, Kate dan William ada juga melawat sebuah perkampungan kanak-kanak di Lahore dan menghadiri majlis hari jadi mereka. Kate tampil ayu dengan shalwar kameez putih rekaan Gul Ahmed dan selendang Maheen Khan.

7. 

Ketika melawat Akademi Kriket Kebangsaan, Kate sempat mencuba main permainan kriket bersama orang tempatan. Sumber: Chris Jackson/Getty Images

Untuk bermain permainan kriket, Kate menukarkan kasut tumit tingginya kepada kasut bertapak rata Hampton Canvas Plum Shoes keluaran Trotters. Rupa-rupanya inilah kasut kegemarannya untuk aktiviti-aktiviti lasak.

8. 

Demi mengikut peraturan, William dan Kate berkaki ayam ketika melawat masjid Badshahi. Sumber: Entertainment Tonight

Ketika melawat Masjid Badshahi di Lahore pada hari keempat, Kate memakai rekaan Maheen Khan yang berwarna biru hijau dan emas. Nampaknya beliau cuba menghormati kawasan.

9. 

Ribut kuat menghalang William dan Kate daripada mendarat di Islamabad, jadi penerbangan mereka dilencongkan semula ke Lahore. Sumber: Karwai Tang/WireImage

Akibat ribut yang melanda, penerbangan William dan Kate ke Islamabad ditangguhkan ke hari kelima. Kate mengenakan tunik hitam putih dan sepasang seluar ketat.

10.

Kate sempat bermain dengan anjing Golden Labrador, Salto dan Sky, ketika melawat Pusat Anjing Tentera di Islamabad. Sumber: Chris Jackson – Pool/Getty Images

Untuk urusan terakhirnya, Kate memakai jaket hitam oleh Beulah London Papilio dengan seluar putih yang ringkas. Hasilnya ialah satu penampilan kasual tetapi elegan.

Jadi apa pendapat anda? Cantikkah Kate apabila mengenakan busana tradisional dari Asia?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 1 Jul 2018

5 Stail Tudung Bawal Yang Paling ‘In’ Untuk Tahun Ini

Kalau nak bergaya macam hijabista famous, jom belajar 5 stail tudung bawal ini!

Featured Tue, 26 Jun 2018

Takut Legam Semasa Penggambaran Pulang, Puteri Aishah Lumur Sunblock Setiap Masa

Lumur sunblock di seluruh kulit wajah dan badan sebegai pelindung kulit daripada terbakar atau menjadi gelap.

Oh Lawa Wed, 25 Apr 2018

Anda Bosan Dengan Stail Hijab Yang Sama Setiap Hari? Jom Tiru Stail Selebriti Ini

Bosan denan stail hijab setiap hari? Jom tiru stail hijab artis-artis ini.

Featured Thu, 27 Feb 2020
Oh Lawa Fri, 25 May 2018

Siapa Kata Berbadan Besar Tidak Boleh Bergaya? Ini Koleksi Lebaran Plus Size Yang Wajib Anda Beli!

Kalau anda berbadan besar, tidak menjadi satu masalah untuk anda melaram dengan koleksi Amani Curve dan Michael Ang ini!

Featured Wed, 31 Jul 2019
Featured Thu, 27 Dec 2018

Serlahkan Keayuan Dengan Pilihan Warna Hijab Sesuai Tona Kulit

Salah pilih warna boleh buat wajah anda kelihatan kusam dan tak bermaya.

Oh Lawa Wed, 11 Dec 2019
Featured Mon, 6 Apr 2020
Oh Lawa Mon, 10 Jun 2019

Cara memakai setiap produk penjagaan kulit untuk dapatkan hasil terbaik

Pedap atau gosok – teknik mana yang tidak merosakkan kulit?

error: Content is protected !!