Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom December 27, 2018 @ 2:00pm

Serlahkan Keayuan Dengan Pilihan Warna Hijab Sesuai Tona Kulit

Pemilihan rona yang sesuai dengan warna kulit, bisa mengimpak maksimakan penampilan seseorang untuk kelihatan menyerlah dan menonjol dari kebiasaan.

Namun begitu ramai keliru dan sesetengahnya tidak yakin dengan warna yang sesuai dengan nada kulit mereka, hanya kerana mereka tidak menyukai sesuatu warna itu.

Sama saja seperti pakaian, pemilihan warna tudung yang sesuai dengan tona kulit berupaya menaikkan seri wajah sekaligus membuat si pemakai tampil anggun dan berkeyakinan.

Tip memilih rona hijab yang bersesuaian dengan warna kulit seperti yang dikongsikan ini, diharapkan bermanfaat buat anda.

1. Kulit Putih

Anda yang berkulit putih boleh dikategorikan bertuah kerana hampir setiap warna sesuai dikenakan dengan warna kulit ini. Namun harus juga berhati-hati dalam mengenakan warna pudar seperti pastel atau kuning kerana ia boleh membuatkan wajah tampil pucat tidak bermaya. Pilih warna kontra dari kulit iaitu gelap atau terang seperti hitam, peach, merah dan ungu. Warna-warna ini membuatkan raut wajah tampil lebih cerah bercahaya.

Foto: Instagram Alhumaira Contemporary

2. Kulit Kuning Langsat

Pilih rona terang seperti kuning, merah dan merah jambu. Rona biru juga sesuai untuk digayakan. Elakkan dari memakai coklat gelap atau krim kerana warna tersebut menjadikan kulit wajah tampak kusam.

Foto: Instagram Al Humaira

3. Kulit Sawo Matang

Hindari dari memilih rona yang seakan warna kulit sawo matang iaitu kelabu atau coklat gelap kerana penampilan anda akan tampak suram atau kelam. Rona pastel, terang bahkan gelap seperti ungu atau merah hati amat bersesuaian dengan nada kulit ini.

Foto: Instagram Alhumaira Contemporary

4. Kulit Gelap

Warna-warna terang seperti merah, jingga, kuning serta royal blue amat sesuai dipadankan dengan kulit gelap. Ianya menonjolkan sifat kontra terhadap rona kulit anda sekaligus menaikkan seri wajah serta tampak segar. Jika mahu tampil lebih berani, gayakan warna neon untuk kelihatan menyerlah. Elakkan warna kusam seperti coklat kerana boleh menenggelamkan penampilan.

Foto: Instagram Alhumaira Contemporary

Sumber: EH!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Dec 2018

Cara Betul Tuam Bengkak Pada Badan

Teknik tuaman dapat surutkan bengkak pada anggota badan.

Featured Fri, 20 Sep 2024

Mengaku Pernah Berkahwin, Hati Ustaz Wadi Annuar Masih Belum Terbuka – “Semalam Ada Orang Datang Meminang Saya”

Banyak betul Ustaz Wadi Annuar spill dalam podcast kalini!❤️❤️❤️

Featured Tue, 6 Mar 2018

Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga, Neelofa Tak Habis-Habis Dikecam Dan Difitnah. Apa Lagi Yang Tak Kena?

Tidak habis-habis dikecam netizen, terbaru, timbul pula khabar angin mengatakan nama bekas pengacara Nona ini digugurkan sebagai Ikon Wanita Negara.

Featured Fri, 31 Mar 2023
Featured Mon, 30 Jan 2023

[VIDEO] “Saya Terkejut, Bawa Bertenang Semua” – Zizan Razak Perjelas Foto Bersama Hawa Rizwana

Kalau betul pun apa salahnya kan? Nampak sama cantik sama padan Zizan dengan Hawa 🥰🤭🤪

Featured Thu, 5 Jan 2023

Rakan Throwback Momen Puteri Sarah Bernikah, Dakwa Syamsul Yusof Kaki Kongkong? – “Kuat Cemburu, Suka Skodeng Dari Jauh.. Banyak Peraturan!”

Tak boleh bergambar rapat dengan lelaki, suruh pakai jubah hitam sebab SY suka – Rakan Puteri Sarah

Oh Lawa Wed, 13 Mar 2019

5 warna yang anda akan kerap lihat dalam dunia fesyen terkini

Untuk kekal relevan, anda perlu mengikuti trend.

Featured Wed, 20 Apr 2022
error: Content is protected !!