Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom October 25, 2019 @ 12:12pm

Bukan ‘beshe-beshe’ hiasan kepala wanita zaman dulu, nombor 9 paling aneh!

Sesetengah aksesori kepala seperti yang dipaparkan ini mungkin ‘aneh’ jika dipakai pada zaman sekarang, namun suatu ketika dulu hiasan kepala ini menjadi identiti dan melambangkan prestij sesebuah masyarakat dengan pelbagai variasi budaya.

Bagi memastikan tradisi ini tidak dilupakan generasi akan datang, beberapa pereka fesyen mengambil inisiatif untuk mengembalikan nostalgia fesyen yang pernah popular itu di pentas peragaan dengan sedikit penambahbaikan.

Ada pelbagai jenis gaya, bentuk dan saiz aksesori kepala, malah sesetengahnya dipakai dengan tujuan yang berbeza misalnya upacara keagamaan, selain itu majlis perkahwinan atau sebagai tanda pengenalan status.

Jom kita lihat aksesori kepala tradisional yang menjadi kemegahan wanita dari 11 negara ini.

1. Bolivia – Cholitas

Foto: latam.com

Sekali pandang macam topi watak Charlie Chaplin pun ada, selain boleh dikaitkan dengan stail klasik lelaki Eropah. Tetapi bagaimana topi jenis bowler ini menjadi pilihan wanita Bolivia sebagai aksesori tradisional? Pada tahun 1920-an di pasar La Paz, topi ini dijual murah pada wanita tempatan kerana saiz ia kecil untuk lelaki Eropah yang bekerja di negara itu. Sejak itu, topi berkenaan menjadi fesyen bagi wanita Bolivia sehingga sekarang.

2. China – Fengguan

Fengguan merupakan aksesori kepala bagi wanita berkelas tinggi pada Dinasti Ming, ketika menghadiri majlis keramaian atau rasmi. Fengguan didatangkan dalam pelbagai variasi rekaan, bergantung pada jumlah naga, burung phoenix dan hiasan yang lain.

3. Russia – Kokoshnik

Foto: Etsy.com

Hiasan kepala dijahit khas dengan butiran mutiara dan hanya dipakai oleh mereka yang sudah berkahwin menjadi identiti wanita Russia sejak kurun ke-16 hingga ke-19 di utara Russia, namun kini dijadikan sebagai aksesori bagi pakaian tradisional orang Russia. Aksesori ini diinspirasikan dari seni reka banggunan Russia, rekaan kokoshnik yang kebanyakannya membentuk mercu.

4. Korea – Eoyeo Meori

Foto: Prezi

Ya ampun! Tak senget ke kepala dengan sebeban rambut palsu ni. Bayangkan pakai penyambung rambut pun boleh membuatkan kepala berdenyut-denyut, apa lagi sekelompok rambut palsu di atas kepala yang tiga kali ganda besar daripada saiz wajah.

Eoyeo Meori ialah aksesori rambut palsu khas untuk wanita yang sudah berkahwin dan digayakan oleh wanita ketika zaman Joseon. Sebenarnya terdapat banyak lagi jenis ‘meori’ mengikut status wanita berkenaan. Eoyeo Meori antaranya untuk status wanita yang berkelas tinggi seperti ratu, puteri raja atau dari keluarga kenamaan.

5. United Kingdom – Fascinator

Fascinator diperkenalkan pada kurun 19 sebagai hiasan kepala yang menutup sebahagian rambut, namun mula menjadi fesyen pada tahun 1960 sebagai topi koktel sehinggalah 1990-an. Kini ia menjadi aksesori tradisional dipakai ketika majlis perkahwinan dan acara rasmi lain.

6. Indonesia – Tengkolok Tanduk (Minangkabau)

Tengkolok Tanduk merupakan pelengkap gaya bagi pakaian tradisional orang Minangkabau. Bentuk tengkuluk sangat menarik, ia diambil dari bentuk tanduk kerbau. Biasanya dipakai oleh pengantin perempuan Minangkabau dan ia bermaksud wanita terbabit kini sudah menjadi pemilik rumah atau isteri.

7. Thailand – Lomi Akha (Kaum Akha, wilayah Chiang Mai)

Foto: Pinterest

Kaum Akha tinggal di kawasan bukit di antara empat negara iaitu Thailand, Laos, Myanmar dan wilayah Yunan di China. Pakaian tradisional wanita Akha biasanya berwarna-warni dan kepala mereka dhiasi aksesori kepala dipanggil Lomi Akha. Lomi Akha hiasan penuh bebola besi dipakai wanita dewasa, manakala Ulo Akha untuk kanak-kanak perempuan.

8. Amerika Syarikat – Warbonnets (Native American)

Foto: 1zoom

Warbonnets melambangkan kuasa kepahlawanan, kepimpinan dan kerohanian didalam suku orang asli Amerika. Mereka yang mencapai status pahlawan dan srikandi saja layak menyarungkan Warbonnets yang diperbuat daripada bulu burung helang. Jika anda memakainya sebagai penyataan fesyen, bererti anda sudah melanggar atau dianggap tidak menghormati budaya mereka.

#9 Namibia – Herero Cow Horn

Kalau Indonesia berbangga dengan tengkolok tanduknya, lain pula ceritanya dengan puak Herero di negara Namibia yang menyerlahkan penampilan kolonial mereka dengan aksesori kepala berbentuk tanduk lembu. Kenapa kolonial? Mereka pernah dijajah oleh Jerman pada tahun 1884-1915 dan fesyen kolonial menjadi pakaian tradisional mereka sehingga sekarang.

10. Perancis – Coiffe

Foto: robertharding

Coiffe yang bermaksud topi, renda berwarna putih yang dipakai oleh wanita sebuah di Perancis iaitu Brittany. Terdapat pelbagai jenis bentuk dan saiz Coiffe dan yang paling menarik ialah Bigouden Coiffe, topi renda dengan ketinggian yang mencecah 30 hingga 40 cm. Coiffe dipakai bersempena dengan keraian istimewa atau festival tempatan.

11. Malaysia – Kain kelubung

Foto: Astro Awani

Terakhir adalah kain kelubung. Kain kelubung bukan sahaja dipakai oleh golongan diraja, tetapi turut dipakai oleh rakyat biasa.  Bagaimanapun bagi golongan diraja, mereka memakai kelubung sutera dan songket serta fabrik lain dari China dan India, manakala rakyat biasa menggunakan kelubung dari kain biasa dan batik.

Kelubung digunakan untuk menutup kepala sekiranya keluar dari istana. Wanita istana dimestikan berkelubung sekiranya hendak keluar mahupun pada hari-hari perkabungan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Feb 2023
Featured Tue, 8 Jun 2021

“Tak Macam Drama Biasa, Macam Tengok Filem”- Netizen Puji Sinematografi Masih Ada Rindu

Drama Akasia Masih Ada Rindu yang baru sahaja ditayangkan pada 1 Jun lalu kini semakin mendapat perhatian ramai. Keserasian antara dua pelakon utama iaiitu Farid Kamil dan Mimi Lana membuatkan membuatkan para penonton ternanti nanti […]

Featured Sun, 16 May 2021

Hukum Tak Ambil Tahu Isu Palestin , Ini Jawapan Dari Ustaz Adnin

Seluruh dunia kini tertumpu kepada isu melibatkan Palestin dan Israel. Dengan tema solidariti untuk palestin dan #FreePalestin, seluruh dunia  berusaha untuk menegakkan keadilan buat rakyat Palestin yang diserang Israel serta memelihara kesucian Masjidil Al Aqsa […]

Featured Thu, 8 Sep 2022

Kes Cabul: Ibu Dakwa Nama Puteri Balqis Digugurkan Daripada Projek Drama

Alahai, kesiannya Aqish 🥹 Semoga keadaan akan kembali jernih seperti sedia kala nanti 🥹

Featured Fri, 2 Mar 2018

Keliru Apa Perbezaan Expired Date, Use Before & Use By? Baca Penjelasan Ini, Penting!

Tahukah anda perbezaan antara EXPIRED DATE, USE BEFORE dan USE BY?

Featured Wed, 27 Oct 2021

Tak Tahan Digganggu, Tindakan Berani Gadis Ini Menegur Lelaki Yang Mengikutinya Dapat Perhatian Ramai

Siapa sahaja yang tidak takut apabila terdapat lelaki tidak dikenali memerhati dan mengganggu ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Pada Selasa yang lalu, satu video di TikTok tular dimana seorang gadis berhadapan dan menegur lelaki […]

familuv Sat, 16 Jun 2018

9 Teknik Urutan Yang Perlu Dipraktikkan Untuk Bayi Anda

Bayi anda akan tidur lena selepas diurut guna 9 teknik urutan ini.

Featured Tue, 19 Nov 2024

Tunku Azizah Kembali Bergelar Mahasiswa UIAM, Netizen Luah Rasa Teruja – “Moga Berjumpa Dimana-Mana Kuliah Nanti”

Tunku Azizah berkongsi mengenai perkara itu ketika hadir pada majlis Konvokesyen Ke-40 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diadakan pada 16 November lalu.

Featured Sat, 28 Feb 2026

“Saya Tak Suka Orang Mengatur-Atur Hidup Saya” – Que Haidar Serah Soal Jodoh Pada Tuhan

Pelakon Que Haidar tampil menjelaskan pandangannya berhubung soal jodoh dan kehidupannya sekali gus menegaskan dia lebih selesa menyerahkan segalanya kepada ketentuan Tuhan.

Featured Tue, 31 Dec 2024

Bekas Editor Kongsi Foto & Keadaan Terkini Anita Sarawak… Mengaku Sudah Bersara Dari Menyanyi -“Pilih Kehidupan Berbeza, Lebih Privasi & Selesa”

‘mohon sampaikan kemaafan kami dan kami amat menghargai segala tanda ingatan’ – Anita Sarawak

error: Content is protected !!