Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin November 7, 2019 @ 9:59am

3 langkah mudah kenal pasti strok

Oleh Amnan Hibrahim

Strok ataupun dikenali sebagai angin ahmar adalah suatu keadaan di mana saluran darah di dalam tubuh seseorang individu itu terhalang daripada sampai kepada  bahagian otak mereka lalu menyumbang kepada kerosakan sel-sel otak mereka.

Akibat daripada keadaan tersebut, seseorang individu akan mengalami beberapa simptom strok seperti lumpuh tubuh badan, sukar untuk bercakap, kekaburan penglihatan, kesukaran untuk berjalan dan  sakit kepala berpanjangan.

Antara simptom penyakit strok adalah sering berasa sakit kepala. NSTP/EMAIL

Di Malaysia, strok merupakan penyakit pembunuh nombor tiga masyarakat selepas sakit jantung dan pneumonia, manakala di seluruh dunia, terdapat satu kematian yang diakibatkan daripada strok bagi setiap enam saat yang berlalu.

Secara umumnya, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada berlakunya strok, antaranya tekanan darah tinggi atau hipertensi, diabetes, obesiti dan aktiviti merokok.

Obesiti juga merupakan penyakit yang boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada risiko strok. NSTP/EMAIL

Walaupun pakar mendapati 80 peratus daripada kes strok boleh dirawat dan diatasi, namun pemahaman masyarakat yang masih lagi tidak peka dengan simptom dan juga tanda-tanda strok sering kali menjadi duri dalam daging kepada usaha pemulihan dan pencegahan kematian penyakit berkenaan.

Strok adalah sejenis penyakit yang boleh diklasifikasikan sebagai pembunuh senyap. Hal ini kerana penyakit ini lazimnya tidak menunjukkan sebarang tanda ataupun simptom yang jelas kepada pesakit ataupun orang di sekelilingnya.

Sehubungan dengan itu, apakah yang boleh dibuat oleh orang sekeliling bagi mengenal pasti sama ada seseorang individu itu mempunyai tanda-tanda strok dan memerlukan rawatan yang segera. 

STR, ingat tiga akronim ini!

Terdapat tiga langkah yang boleh dilakukan bagi mengesani sama ada seseorang itu mengalami simptom strok ataupun tidak:

  • ‘Smile’- Yang pertama, minta individu berkenaan untuk senyum
  • ‘Talk’- Kedua, minta individu itu untuk bercakap dan mengucapkan satu ayat mudah
  • ‘Raise’- Ketiga, minta individu berkenaan untuk mengangkat kedua-dua tangannya

Seseorang yang mengalami tanda-tanda strok perlu segera mendapatkan pemeriksaan dan juga rawatan di pusat perubatan yang berdekatan bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tahap kesihatan mereka.  NSTP/Amirudin Sahib.

Jika individu berkenaan menghadapi masalah untuk melakukan salah satu antara tiga langkah di atas, hal tersebut merupakan tanda amaran bahawa mereka perlu mendapatkan rawatan pemeriksaan kesiharan di hospital yang berdekatan dengan segera.

Selain itu, tanda lain yang boleh dikesan jika seseorang mengalami strok adalah meminta individu berkenaan untuk menjelirkan lidah mereka. Jika lidah individu itu bengkok pada arah kiri mahupun kanan, itu mungkin boleh menjadi tanda yang mereka diserang penyakit strok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 May 2018

4 Khasiat Epal Hijau Yang Anda Tidak Tahu Selama Ini

Anda mungkin tidak tahu buah epal hijau banyak khasiat yang sangat bagus untuk tubuh badan.

Featured Fri, 17 Aug 2018
Semarak Sat, 26 May 2018

Ini Tip Berguna Buat Wanita Hamil Yang Berpuasa

Tip berguna ini untuk kekalkan tenaga yang berterusan untuk ibu hamil yang berpuasa.

Featured Fri, 2 Aug 2019

5 bahan makanan ini dapat lindung anda daripada kesan jerebu

Selain topeng muka, makanan pun boleh bantu.

Featured Mon, 24 Dec 2018

12 Jenis Ubat Yang Wajib Anda Simpan Di Rumah

Ubat-ubat ini boleh beli di farmasi berdekatan.

Featured Sun, 16 Sep 2018

Penggemar Sukan Berbasikal, Ini Tip Pemakanan Sihat Untuk Anda

Amalkan pemakanan ini untuk pecutan yang luar biasa!

Featured Mon, 6 Apr 2020

Ketahui 4 rahsia sihat ini, mudah sahaja

Selain fizikal, minda juga perlu sihat

Sihat Fri, 4 Oct 2019

Payudara bernanah mungkin abses payudara

Jangan ambil mudah bengkak susu

Featured Fri, 21 Dec 2018

Rahsia Kebaikan Herba-Herba Yang Mungkin Anda Tak Tahu!

Bukan saja membangkitkan aroma yang menyelerakan dan membuatkan hidangan lebih enak tetapi herba jugak baik untuk kesihatan.

error: Content is protected !!