Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin May 3, 2018 @ 3:00pm

Boleh Bersalin Normal Ataupun Tidak? Ketahui Apa Itu Kedudukan Bayi Songsang Dalam Kandungan

Bagi pasangan yang sudah berkahwin pasti menantikan kelahiran cahaya mata. Apabila disahkan hamil, pasti setiap wanita mahukan yang terbaik termasuklah melahirkan bayi secara normal. Tapi, bagaimana pula kalau kedudukan bayi dalam kandungan songsang? Adakah anda boleh bersalin secara normal?

Pasti ada dalam kalangan anda yang tidak senang duduk dan bimbang jika diberitahu bahawa bayi dalam kandungan songsang atau breech kan? Pasti banyak persoalan yang timbul dalam fikiran anda ketika itu.

Menurut pakar runding Obstrestrik dan Ginekologi KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur, Dr.Patricia Lim Su Lyn, pasangan bakal ibu dan bapa sebenarnya tidak perlu terlalu risau atau gusar apabila kehamilan disahkan songsang pada peringkat awal kandungan.

“Biasanya bayi akan berpusing kepada kedudukan yang normal, iaitu bahagian kepalanya di bawah, apabila tiba waktu kelahiran.

“Ini kerana hanya tiga hingga lima peratus sahaja bayi akan berkedudukan songsang pada umur kandungan matang cukup 37 hingga 40 minggu kehamilan.

“Dalam erti kata lain, dalam 100 kehamilan hanya tiga hingga lima bayi sahaja yang mempunyai masalah untuk berpusing sendiri bagi memastikan kepalanya berada di bawah,” katanya.

Foto: PregMed

Untuk pengetahuan anda, kelahiran songsang apabila punggung bayi berada di bahagian punggung ibu (bawah abdomen) manakala kepalanya pula berada di bahagian atas. Menurut kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) telah menggalakkan kelahiran melalui pembedahan bagi bayi songsang untuk mengelakkan sebarang komplikasi pada ibu dan anak.

Selain itu, terdapat 3 jenis keadaan songsang yang biasa dihadapi ibu hamil iaitu:

Foto: New Health Advisor

1. Complete breech

Keadaan songsang di mana punggung bayi menghadap ke bawah uterus manakala kakinya dalam keadaan berlipat di bawah punggungnya.

2. Extended breech / Frank breech

Punggung bayi seperti duduk di dalam saluran kelahiran (birth canal) dengan kakinya berlunjur ke depan. 

3. Footling breech

Keadaan songsang ini membabitkan sebelah atau kedua-dua kaki bayi terletak di bahagian bawah seperti dalam keadaan berdiri.

Anda pasti ingin tahu agaknya sebab apa boleh berlakunya bayi songsang dalam kandungan ini kan? Ini antara faktornya:

1. Kedudukan uri di bawah (placenta previa).

2. Tali pusat pendek.

3. Bayi mengalami kecacatan.

4. Air ketuban terlalu banyak atau sedikit.

5. Ketumbuhan dalam pelvis seperti cyst atau fibroid di dalam rahim ibu.

6. Bentuk uterus yang tidak normal atau keradangan seperti endometriosis.

7. Kontraksi pramatang yang menyebabkan kelahiran berlaku pada waktu itu.

Agaknya boleh ke bayi songsang ini dilahirkan secara normal? Sebenarnya, tidak semua kandungan songsang boleh dilahirkan melalui cara yang normal. Pembedahan Caesearean adalah alternatif utama untuk kelahiran jenis ini. Hal ini kerana, sekiranya bayi songsang dilahirkan secara normal, ibu dan bayi akan mengalami risiko yang tinggi seperti kematian bayi, patah pada anggota badan bayi, kehilangan banyak darah dan sebagainya. Sebab itu, anda perlukan nasihat daripada pakar untuk tentukan sama ada kelahiran bayi anda boleh dilakukan secara normal ataupun pembedahan. 

Foto: Sweet Pea Birth

Tetapi, untuk pengetahuan anda, kedudukan bayi songsang juga boleh diubah melalui prosedur External Cephalic Version (ECV) iaitu memusingkan kepala bayi ke bawah. Prosedur ini juga bergantung pada keadaan ibu, bayi, tali pusat dan uri yang boleh dilakukan pada minggu ke-32 hingga 36 di hospital oleh doktor pakar yang mahir dengan menggunakan bantuan pengimbas ultra bunyi.

Ramai yang menyatakan prosedur ini menyakitkan dan ia mempunyai risiko tertentu termasuklah mencetuskan kontraksi dan menyebabkan kelahiran.

Apa pun nasihat penulis, jangan terlalu panik jika anda mengetahui kandungan anda songsang, sebaiknya ikutilah nasihat pakar dan berbincanglah alternatif yang paling selamat untuk anda dan bayi. 

Sumber: Majalah Pa&Ma , Utusan Online, The Malaysian Medical Gazette

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Oct 2019
Sihat Fri, 27 Apr 2018

Perhatian Buat Peminat Telur Separuh Masak. Hati-Hati Dengan Kuman Ini!

Awas! Bagi anda yang suka makan telur separuh masak!

Sihat Fri, 17 Aug 2018

Teh O Ais Punca Kegagalan Buah Pinggang?

Komponen utama teh mengandungi banyak kandungan garam asid atau oksalat boleh menyebabkan masalah buah pinggang.

Sihat Tue, 1 Oct 2019

Pulmonary Hipertension ancam kehidupan wanita, awas!

Pulmonary Hipertension menyerang tanpa mengira usia

Featured Tue, 14 Apr 2020

Formula KKM berkesan, tiada lengkungan ketara dicatat

Pemantauan berfokus bagi kawal jangkitan

Featured Wed, 18 Mar 2020
Sihat Fri, 16 Nov 2018

Penyakit Tibi Boleh Membawa Maut! Kenal Pasti Tanda-Tandanya

Kuman-kuman tibi akan menjadi aktif jika sistem imunisasi gagal menghalang kuman ini dari membiak dalam badan.

Sihat Tue, 9 Jul 2019

5 cara tangani migrain ketika di tempat kerja

Jika teruk sangat, kerja anda tidak boleh diteruskan!

Sihat Thu, 23 Jan 2020

Ibu yang ‘mentekedarah’, anak yang terima akibatnya

Bukan tak boleh, tapi minumlah secara berpada-pada

Sihat Thu, 11 Oct 2018

Khasiat Terung Untuk Wanita Hamil Yang Perlu Anda Tahu

Terung boleh meningkatkan sistem daya tahan tubuh.

error: Content is protected !!