Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar March 25, 2020 @ 3:16pm

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu kini dilanjutkan sehingga 14 April ini berikutan kes positif COVID-19 masih berlaku.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kerajaan mengambil keputusan itu bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat dihentikan dalam tempoh berkenaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berharap rakyat terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020. (Gambar NSTP)

“Saya diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara, pola semasa menunjukkan kes positif COVID-19 yang baharu masih berlaku.

“Pola ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan PKP bagi satu tempoh yang lebih lama,” katanya dalam perutusan khas, sebentar tadi.

Tempoh lanjutan penguatkuasaan PKP akan dikaji dari masa ke masa berdasarkan perkembangan semasa penularan wabak COVID-19 dan akan diumumkan kemudian.

Orang ramai yang tidak mempunyai surat kebenaran perjalanan diarah kembali. (Gambar hiasan/NSTP)

Kelmarin,  KKM mengumumkan tahap pematuhan PKP di negara mencapai 95 peratus terutama apabila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digerakkan bagi membantu penguatkuasaan perintah itu di seluruh negara.

Muhyiddin berkata, keputusan perlanjutan itu dimaklumkan lebih awal bagi memberi ruang kepada rakyat dan pihak tertentu untuk membuat persediaan awal.

“Saya juga mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluan asas anda sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

“Paling penting, semua keperluan asas mestilah sentiasa tersedia dan mencukupi, termasuk bekalan makanan, elektrik serta air.

“Perkhidmatan kutipan sampah dan pembetungan, kemudahan komunikasi serta logistik, keselamatan dan ketenteraman awam juga termasuk dalam aspek ini,” katanya.

Kelihatan jalan raya di lebuh raya AKLEH lengang selepas pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan. (Gambar NSTP/MUSTAFFA KAMAL)

Kejayaan China membendung penularan wabak COVID-19 apabila Perintah Berkurung yang dikuatkuasakan di seluruh negara itu sejak Februari lalu membuktikan tindakan berkenaan berkesan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Apr 2020
Featured Sat, 28 Dec 2024

Pentas CSOIAM Minggu Kedua Lebih Hangat!  Yuna & Dayang Nurfaizah Bakal Buat Kejutan

Selain Yuna, dan Dayang Nurfaizah, Datuk Nash juga bakal membuat penampilan istimewa.

Featured Tue, 4 Jan 2022
Featured Mon, 1 Dec 2025
Eat Travel Fri, 9 Nov 2018

Jom Enjoy Sambil Beriadah Di Taman Aktiviti Indoor SuperPark KL Musim Cuti Sekolah Ini!

Ia akan dibuka Disember ini kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Featured Thu, 12 Jan 2023

“Semoga Bujang Selamanya” – Soo Wincci Tak Mahu Kahwin?

Alaaa kenapa Soo Wincci tak nak kahwin?

familuv Tue, 24 Mar 2020
Featured Tue, 9 Nov 2021

Banduan “Diseksa” Dengan Dipaksa Mendengar Lagu ‘Baby Shark’ Berulang Kali

Tiga bekas banduan di Oklahoma, Amerika Syarikat memfailkan saman terhadap seorang polis bernama Tommie Johnson III dan tiga pegawai penjara kerana memaksa mereka mendengarkan lagu ‘Baby Shark’ berulang kali di dalam Penjara Daerah Oklahoma. Daniel […]

error: Content is protected !!