Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin November 12, 2019 @ 3:42pm

Elemen inovasi, ‘sporty’ dan sejarah warnai koleksi terbaharu Onitsuka Tiger

Oleh Amnan Hibrahim

Jenama fesyen pakaian terkenal Jepun, Onitsuka Tiger tampil dengan koleksi musim bunga dan musim panas tahun 2020 dengan gaya rekaan yang menggabungkan kombinasi antara gaya kontemporari, sukan, inovasi dan sejarah.

Selain daripada menzahirkan penghargaan kepada pengasasnya iaitu Kihachiro Onitsuka, koleksi terbaharu ini turut mengambil inspirasi daripada beberapa jenis pakaian sukan yang digunakan di seluruh dunia.

Antara pakaian sukan yang menginspirasikan koleksi dua musim Onitsuka Tiger adalah sukan bola keranjang, sukan memanjat, sukan lumba kereta, sukan berkuda, sukan berlayar, sukan terjun dan sukan tinju.

Model menggayakan ‘tank tops dan shorts’ yang diinspirasi daripada pakaian sukan bola keranjang bersama dengan ‘bicolor pullover’ yang diinspirasi daripada sukan terjun. Foto: Onitsuka Tiger

‘Bicolor pullover’ yang dijahit dengan benang polyester pasti akan memberikan keselesaan buat si pemakainya. Foto: Onitsuka Tiger

Jaket hitam tebal yang terinspirasi daripada rekaan pakaian sukan menunggang kuda. Foto: Onitsuka Tiger

Gaun satin yang mendapat sentuhan gaya daripada pakaian sukan tinju. Foto: Onitsuka Tiger

Pada malam pertunjukan koleksi berkenaan yang berlangsung di stadium olahraga Shin-toyosu Brillia itu, Pengarah Kreatif Onitsuka Tiger, Andrea Pompilio mentranformasikan venue yang digunakan menjadi suatu kawasan yang diterangi oleh cahaya biru, menjadikan suasana tempat tersebut seperti suatu kawasan yang dihadirkan daripada masa hadapan.

Antara yang menarik perhatian pengunjung pada acara malam itu adalah satu baris perkataan yang menjelma pada saat akhir pertunjukan berkenaan yang bertulis ‘Tokyo Onitsuka.’

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Pompilio berkata, inspirasi bagi frasa berkenaan timbul setelah beliau menelusuri sendiri rekaan grafik yang terdapat pada arkib simpanan jenama berkenaan.

“Apabila saya melihat titik merah berbentuk hati yang terdapat dalam koleksi arkib Onitsuka Tiger, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya adalah betapa rapatnya hubungan antara jenama berkenaan dengan ibu negara Jepun iaitu Tokyo.

Ibu negara Jepun, Tokyo adalah bandar raya yang sangat sinonim dengan sejarah perkembangan jenama Onitsuka Tiger. Foto: Onitsuka Tiger

“Sehubungan dengan itu, dua koleksi ini menampilkan semula rekaan grafik yang diambil daripada arkib dalam beberapa jenis pakaiannya yang pasti akan memberikan pengalaman kepada pengguna untuk merasai sejarah di mana tempat bermulanya Onitsuka Tiger,” katanya.

Dari segi pemilihan warna pula, Pompilo berkata Onitsuka Tiger mengetengahkan warna-warna yang mampu menghidupkan ‘mood’ yang dimahukan bagi koleksi berkenaan seperti warna hitam, kuning neon, oren neon dan indigo.

Sementara itu, lima elemen utama yang ditekankan dalam rekaan koleksi Onitsuka Tiger ini adalah fesyen anak muda, moden, kasual, ‘sporty’ dan kebebasan dalam berfesyen, di samping membawa tema gaya rekaan yang melangkaui gender dan pada masa yang sama turut meraikan kepelbagaian ragam fesyen yang wujud di serata dunia.

Koleksi terbaharu Onitsuka Tiger musim panas dan musim bunga 2020 mula berada di pasaran pada awal November tahun ini dan hanya boleh didapati terhad di Jepun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 21 Nov 2018

Jurusolek Saintis, Ciri Istimewa Nuex Rosli Berbanding MUA Malaysia Yang Lain

Nuex Rosli Mempunyai Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Genetik. Gempak!

Oh Lawa Wed, 13 Mar 2019

5 warna yang anda akan kerap lihat dalam dunia fesyen terkini

Untuk kekal relevan, anda perlu mengikuti trend.

Acara Mon, 8 Oct 2018

Corat-Coret ABPBH31: Sindiran Manja RM50 Rita Rudaini Bikin Dewan Gamat!

11 momen menarik sepanjang berlangsungnya ABPBH31 semalam!

Featured Mon, 20 Jan 2020

Panduan umrah untuk wanita, penting untuk diketahui

Semoga mendapat umrah yang mabrur

Oh Lawa Tue, 14 May 2019
Gaya Hidup Fri, 14 Jun 2019

Annabel Yao, pewaris empayar Huawei pikat perhatian dunia!

Sekalipun kaya-raya, Yao lebih selesa menjalani kehidupan seperti gadis kebanyakan.

Oh Lawa Wed, 9 Oct 2019

Produk penjagaan kecantikan Mamonde peroleh sijil halal

Formulasi ekstrak daripada tumbuh-tumbuhan

Gaya Hidup Wed, 6 Apr 2022

Philips Steam Generator Jamin Tiada Kesan Bakar Pada Pakaian

Kerja menggosok pakaian bukanlah kegemaran semua. Lebih-lebih lagi ketika mengejar masa untuk ke tempat kerja, menggosok baju yang banyak kedutan memerlukan masa lebih lama. Membantu rakyat Malaysia menyelesaikan tugas menggosok baju penuh gaya, Philips memperkenalkan […]

Oh Lawa Fri, 8 Mar 2019

Telekung Siti Khadijah rintis laluan bina jenama eksklusif industri fesyen Muslimah

Usaha pacu kejayaan selepas sedekad telekung SK di pasaran

error: Content is protected !!