Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin November 14, 2019 @ 3:46pm

Kebaya labuh Kedah bakal diangkat ke pentas Ratu Dunia 2019

Oleh Amnan Hibrahim

Wakil Ratu Malaysia Dunia 2019, Alexis SueAnn bakal mengangkat pakaian tradisional negeri Kedah iaitu kebaya labuh pada pertandingan busana kebangsaan Ratu Dunia (Miss World) ke-69 yang akan diadakan di London, pada 14 Disember ini.

Pereka busana berkenaan yang juga pengasas jenama pakaian batik, iKARRTini, Kartini Illias, berkata keupayaan busana tradisi itu untuk menonjolkan keanggunan dan pada masa sama memaparkan kerendahan hati si pemakai membuatkan beliau tertarik untuk menggunakanya sebagai busana kebangsaaan bagi wakil Ratu Malaysia Dunia 2019.

Ratu Malaysia Dunia 2019, Alexis SueAnn (kiri) dan Pereka Pakaian, Kartini Illias di Dorsett Grand Subang, Subang Jaya. NSTP/ZULFADHLI ZULKIFLI.

Sekali pandang, busana ini mungkin kelihatan agak tidak menonjol di mata yang melihatnya, namun jika diteliti, setiap elemen yang ada pada busana kebangsaan kali ini ternyata mempunyai nilai kesenian dan kebudayaan yang unik serta halus.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahun Lepas Kostum Nasi Lemak, Tahun Ini Pula Kuih Muih Tradisional

Secara umumnya, busana kebangsaan ini memiliki empat elemen penting iaitu, kebaya labuh, selendang batik, hiasan kepala dan juga aksesori tambahan.

“Bagi pemilihan batik yang digunakan untuk busana ini, saya menggunakan motif batik asli yang ada dalam koleksi saya.

Untuk bahagian kebaya labuh, Kartini berkata beliau menggabungkan dua jenis kain yang saling melengkapi dalam usahanya memaparkan kemegahan dan kekayaan masyarakat Malaysia iaitu kain sutera dan kain songket.

Selain daripada penggunaan kain sutera yang dihiasi dengan sulaman hiasan yang menarik, songket yang digunakan sebagai sarong dalam pemakaian kebaya labuh juga dihiasi dengan motif warisan masyarakat Malaysia iaitu tampok manggis.

Miss World Malaysia 2019, Alexis SueAnn. Foto: NSTP/ZULFADHLI ZULKIFLI.

Kedua-dua jenis sulaman dan hiasan yang dipersembahkan pada kebaya labuh berkenaan bukan sahaja menunjukkan kehalusan seni masyarakat Malaysia, malahan turut memaparkan kekayaan masyarakat Malaysia melalui penggunaan benang emas dan juga perak asli.

ARTIKEL BERKAITAN: Ratu Malaysia Universe 2019 Imbas Pengalaman Berbadan Gempal

Bagi penggunaan selendang batik pula, Kartini berkata rekaan ini diinspirasi daripada amalan tradisi wanita Kedah  yang sentiasa membawa bersama dengan mereka sehelai selendang batik apabila setiap kali keluar rumah.

“Bagi pemilihan batik yang digunakan untuk busana ini, saya telah menggunakan motif-motif batik yang mana proses pembuataanya dibuat secara asli dengan menggunakan kain sutera.

“Proses pembuatan batik selendang yang menggunakan teknik cop di atas kain sutera adalah cara yang berupaya menaikkan warna pada kain tersebut,” katanya ketika majlis pengenalan busana kebangsaan wakil Ratu Malaysia Dunia 2019 di Subang Jaya, baru-baru ini.

Pereka pakaian Miss Malaysia 2019, Kartini Illias. Foto: NSTP/ZULFADHLI ZULKIFLI. (untuk NST sahaja).

Turut tidak dilupakan dalam rekaan busana ini adalah elemen kepelbagaian kaum yang wujud di Malaysia. Untuk itu, Kartini memasukkan secara halus berkenaan dengan kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia melalui aksesori yang dipakai oleh Alexis ketika menggayakan busana berkenaan.

Sebagai contoh, ‘kerongsang tok’ yang dipakai oleh Alexis adalah sejenis perhiasan yang lazimnya dipakai oleh golongan aristokrat daripada keturunan Melayu dan India. Manakala, pengaruh budaya Cina dan India juga boleh dilihat pada motif hiasan yang terdapat pada perhiasan kepala dan gelang kaki yang digunakan pada busana itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Sep 2018

7 Cara Kegunaan Minyak Kelapa Dalam Rutin Kecantikan Anda

Ia boleh memperbaiki tahap kesihatan dalaman serta kecantikan luaran anda.

Featured Wed, 10 Jul 2019

Kulit muka lebih menawan dalam 14 hari!

3 produk ini wajib ada dalam beg anda

Featured Mon, 9 Mar 2020
Oh Lawa Sat, 5 Oct 2019
Oh Lawa Sat, 23 Jun 2018

Satu-Satunya Kecacatan Yang Semua Orang Mahu, Tentulah Lesung Pipit!

Namun, ternyata ia satu kecacatan ciptaan Tuhan yang indah, kerana ia dianggap sebagai penambah seri dan pemanis wajah tidak kira buat si lelaki ataupun perempuan.

Oh Lawa Fri, 31 Aug 2018

Awalan Evolusi Fesyen Tempatan Menebal Nuansa Gaya Barat

Di peringkat awal perkembangan fesyen tempatan lebih terarah atau berkiblatkan resensi Barat.

Oh Lawa Mon, 27 May 2019

Rancangan kecantikan Get It Beauty On The Road kembali dengan Edisi Raya!

Saksikannya di Astro Ria untuk mendapatkan panduan kecantikan ala Korea!

Oh Lawa Fri, 13 Jul 2018

Jenis Helaian Luar Yang Bagaimana Sesuai Untuk Bentuk Tubuh Anda, Jom Baca

Helaian luar jika digayakan dengan betul boleh memberi nilai tambah juga penyeri pada penampilan seseorang.

Oh Lawa Mon, 24 Jun 2019
Featured Sun, 3 May 2020
error: Content is protected !!