Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin November 20, 2019 @ 12:51pm

Bandar raya lestari inspirasi koleksi terbaharu Uniqlo Malaysia

Oleh Amnan Hibrahim

Jenama fesyen terkenal, Uniqlo memperkenalkan Koleksi LifeWear Uniqlo Musim Bunga/Panas 2020 yang diinspirasi daripada idea bandar raya lestari.

Koleksi baharu Uniqlo itu menampilkan tiga konsep yang menjanjikan kelainan kepada pengguna iaitu aktiviti luar, kerjaya dan kraf serta seni dan reka bentuk. 

Pengurus Pemasaran Uniqlo Malaysia, Dawn Chow, berkata Uniqlo sentiasa memberi penekanan kepada prinsip utamanya dalam menghasilkan koleksi pakaian bagi memenuhi kehendak gaya hidup pengguna.

Model memperagakan Koleksi LifeWear Uniqlo Musim Bunga/Panas 2020. NSTP/MAHZIR MAT ISA

“Berdasarkan prinsip yang mengutamakan gaya hidup pengguna itu, sejak koleksi sebelum ini lagi Uniqlo Malaysia telah memperkenalkan tiga konsep asas dalam rekaan iaitu aktiviti luar, kerjaya dan kraf serta seni dan reka bentuk.

“Kami mengkaji keperluan gaya hidup pengguna berasaskan ketiga-tiga konsep itu supaya setiap rekaan yang dihasilkan menepati kehendak dan keperluan pengguna,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran koleksi pakaian berkenaan yang berlangsung di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah atlet kapal layar, Danial Najmuddin; Pengasas Stephanie Ng Design, Stephanie Ng dan wakil daripada CityFarm Malaysia, Johansen Chew, Looi Choon Beng serta Jayden Koay.

ARTIKEL BERKAITAN: Butik Pop-Up Fred Perry Dibuka Di RexKL

Pengurus Pemasaran Uniqlo Malaysia, Dawn Chow (berpakaian hitam) bergambar bersama-sama model ketika majlis pelancaran Koleksi Musim Bunga/Sejuk Uniqlo 2020. NSTP/MAHZIR MAT ISA

Mengulas mengenai pembaharuan yang diperkenalkan untuk koleksi terbaharu Uniqlo itu, Dawn berkata, konsep bandar raya lestari dipilih bagi mengiringi tiga konsep asas yang sudah sedia digunakan dalam koleksi sebelum ini.

“Dalam koleksi pakaian konsep aktiviti luar yang lepas, rekaannya dilihat lebih menyentuh mengenai elemen yang berkaitan dengan alam sekitar, hutan belantara, kawasan kerja dan ruang awam, manakala rekaan terbaharu ini pula menekankan pada perhubungan interaksi antara alam semula jadi dan juga manusia. 

“Oleh itu, kita dapat melihat dalam rekaan ini bagaimana elemen berkenaan dijalinkan melalui pemilihan warna dan fabrik yang digunakan,” katanya.

Elemen berkenaan jelas dilihat melalui pemilihan warna yang mempunyai kaitan dengan alam semula jadi seperti laut dan juga air. Misalnya, warna yang berkaitan dengan laut atau air lazimnya berwarna biru atau kelabu lembut, namun koleksi berkenaan turut menerapkan penggunaan warna lebih berkilauan sebagai tarikan.

Penggunaan warna lembut yang diserikan dengan warna berkilaian seperti merah menjadi tarikan bagi Koleksi LifeWear Uniqlo Musim Bunga/Panas 2020. NSTP/MAHZIR MAT ISA

Dawn berkata, pemilihan konsep yang diolah berdasarkan tema bandar raya lestari iaitu seni dan reka bentuk dapat dilihat menerusi penggunaan bahan dalam penghasilan pakaian berkenaan.

“Untuk fabrik yang digunakan bagi koleksi ini, kami menggunakan bahan campuran yang boleh dikitar semula, justeru setiap helaian pakaian diperbuat daripada fabrik yang asli dan organik.

“Saya yakin, pembaharuan dalam rekaan pakaian jenama kami ini pasti memberikan keselesaan dan juga memudahkan pengguna kami dalam kerja-kerja harian mereka mahupun aktiviti mengisi masa lapang,” katanya.

Danial Najmuddin (tengah), bergambar bersama model ketika acara pengenalan koleksi pakaian musim bunga dan musim sejuk UNIQLO 2020. NSTP/MAHZIR MAT ISA

Sementara itu, Stephanie yang bertanggungjawab dalam menghasilkan rekaan bagi pentas peragaan berkenaan berkata, masyarakat seharusnnya lebih peka terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam produk harian mereka.

“Kesedaran dalam kalangan masyarakat adalah sesuatu yang amat penting dalam usaha kita untuk memelihara kelestarian alam sekitar.

“Oleh itu, memiliki produk harian yang diperbuat daripada bahan yang menyumbang kepada kelestarian alam sekitar adalah sesuatu yang sangat penting bagi menyokong usaha berkenaan,” katanya.

Stephane Ng (tengah), bergambar bersama model yang memperagakan koleksi baharu Uniqlo 2020. NSTP/MAHZIR MAT ISA

 

Selain itu, koleksi baharu Uniqlo itu turut menitikberatkan rekaan yang sesuai untuk individu yang sentiasa aktif dan menggemari aktiviti lasak.

Danial yang juga penggemar jenama Uniqlo berkata, sebagai atlet kapal layar beliau memerlukan pakaian yang direka khusus untuk individu yang sering aktif dalam aktiviti sukan.

“Bagi pakaian yang menawarkan rekaan yang ringkas, Uniqlo adalah jenama yang terbaik. Selain rekaannya yang ringkas, pakaian jenama ini juga tahan lama, selesa dan sangat mampu milik,” katanya ketika ditemui.

Koleksi terbaharu daripada Uniqlo Malaysia ini akan mula berada di pasaran bulan Disember 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 17 Sep 2022

Terkenal Dengan Imej Muslimah, Pelakon Remaja Didakwa Sering Ke Kelab Malam & Berpakaian Tidak Senonoh?

Dengar kata dah tak bertudung dan pakaian sekarang macam betina s*ndal! 👀

Featured Sun, 28 Aug 2022

Bimbang Penonton Bosan, Anna Jobling Sedia Bergerak Solo Tanpa Meerqeen

Anna Jobling ingin digandingkan bersama orang lain?

Eat Travel Tue, 6 Nov 2018

8 Jenis Makanan Kaum India Sempena Perayaan Deepavali

Anda wajib rasa semua kuih kaum India, memang sedap!

Featured Thu, 4 Aug 2022

[VIDEO] “Watak Hayfa Sangat Berat, Saya Faham Perasaannya… ” – Ummi Nazeera Pernah Risau Tak Boleh Hamil Di Awal Perkahwinan

Menjadi seorang wanita ini tak mudah kan.. lebih-lebih lagi apbila dah berkahwin. Apapun, tahniah Ummi Nazeera sebab berjaya bawa watak Hayfa dengan penuh emosi!

Featured Mon, 17 Apr 2023
Featured Tue, 22 Mar 2022

“Tak Adil Jika Hanya Tuding Kesilapan Pada Satu Pihak” – Ruhainies Harap Orang Ramai Maafkan Zul Ariffin

Apapun, Ruhainies berkata manusia tak boleh lari daripada melakukan kesilapan dan bukan niatnya untuk ‘back up’ Zul, tetapi..

Featured Mon, 15 Aug 2022

[VIDEO] “Siapalah Kata Mereka Cerai?” – Solat Jemaah Bersama, Noor Nabila Beri ‘Hint’ Rumah Tangga Bersama Engku Emran Masih Baik

Segala kontroversi telahpun terjawab. Pasangan bahagia ni elok je tunai solat jemaah bersama-sama. Tapi comel Jebat Jayden niii, gerammm je!

Featured Wed, 1 Mar 2023

Filem Kontroversi Didakwa Sentuh Bab Agama, Pengarah Mohon Tonton Sampai Habis

Min pun tak tengok lagi citer ni, tapi klip tu dah tengok lah… 🙂

error: Content is protected !!